Langkau ke kandungan utama

Tips Adsense - Letak Iklan Cara Betul

Tips Adsense - Letak Iklan Cara Betul. Ramai blogger yang mempunyai akaun Adsense tidak tahu cara meletakkan iklan dengan betul. Sebenarnya, mengikut panduan Adsense yang diberikan oleh Google, anda perlu letakkan iklan Adsense pada tempat yang boleh dilihat dengan baik oleh pengunjung blog anda.

Namun, harus diawasi bahawa .. iklan tersebut mestilah tidak mendominasi paparan blog anda. Google Adsense masih pentingkan konten blog. Jadi, pastikan konten blog adalah keutamaan bila anda letakkan iklan Adsense ini.

Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan

Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan
Salah satu tips meletakkan iklan Adsense di blog adalah dengan meletakkan format atau saiz iklan yang betul di tempat yang betul. Sebagai contoh, anda tidak boleh letak iklan banner Adsense bersaiz 330 pada bahagian sidebar anda yang mempunyai had kelebaran maksima 300px. Ini akan membuatkan samada iklan Adsense anda tidak muncul atau iklan Adsense anda tidak terpapar sepenuhnya.

Contoh lain ...

Anda pilih iklan Adsense saiz 728x90. Kemudian anda letakkan pada atas setiap post. Jika di paparan desktop, iklan tersebut mungkin dipaparkan dengan baik. Namun, jika pengunjung singgah ke blog anda menerusi smartphone, kemudian besar iklan tersebut tidak keluar atau tidak dipaparkan dengan baik.

Untuk paparan di smartphone, pilih banner iklan Adsense yang kurang dari 330px atau 500px. Ia bergantung dengan cara pengunjung lihat blog anda menerusi peranti mobile mereka.

Jika anda mahu letakkan iklan Adsense di dalam post anda, terutama di bahagian tengah post, saya syorkan anda untuk letakkan banner iklan bersaiz 300x250 ataupun iklan teks bersaiz 420px. Dan iklan ini mesti dijarakkan antara perenggan post anda supaya ia tidak mengganggu konten.

Penalti Diberikan Jika Salah Letak Saiz

Adsense akan penalti blog anda, dan mungkin banned dari blog anda untuk paparkan Adsense jika banner iklan tersebut menghalang pembacaan konten.
Adsense membolehkan anda untuk jana income menerusi blog secara santai, kerja dari rumah. Tak tahu cara nak apply Adsense? Baca panduan ini - Panduan Adsense Untuk Blogger

Letak Banner Iklan Jenis Responsive

Walaupun banyak 'pantang-larang' untuk letakkan iklan cara betul dalam blog .. pihak Adsense telah menyediakan satu lagi jenis iklan Adsense yang akan selesaikan semua masalah saiz banner iklan Adsense anda - iaitu iklan banner Adsense jenis Responsive.
Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan
Pilihlah jenis Responsive ini untuk memaksimakan income Adsense blog anda. Ia dalah cara perletakkan iklan paling mujarab selain menghalang anda daripada tersilap meletakkan saiz banner iklan Adsense yang sesuai.

Contoh Iklan Dari Banner Responsive Adsense

Menerusi jenis Responsive, anda boleh letakkan banner iklan Adsense di mana-mana sahaja dalam blog anda, dan ia akan sesuaikan dengan kelebaran peranti yang memaparkan blog anda. Cuba lihat contoh di bawah ini:
Tips Adsense - Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan
Cara Betul Letak Iklan Adsense Ikut Format Diberikan

Anda nampak kan? Saiz iklan itu berubah mengikut saiz paparan peranti.

Saya harap tips ringkas ini dapat bantu anda menjana income lebih baik menerusi Adsense. In Sha Allah, dari semasa ke semasa .. saya akan kongsikan lagi tips mengenai Adsense.

Anda digalakkan untuk tinggalkan komen dan bertanya mengenai Adsense dalam setiap post berkaitan tips Adsense ini, in Sha Allah .. saya akan jawab dan sediakan post mengenainya.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasi atas perkongsian. Risau juga kadang-kadang iklan adsense tu menganggung pandangan pembaca.. Masalah pertama, kena banned.. yang kedua, pembaca taknak lagi singgah ke blog kita ;-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut sahaja saranan diberikan oleh team Adsense. Untuk elak pembaca dari lari, kena perkuatkan konten blog anda.

      Perlu rajin cari bahan.

      Padam
    2. Ok terima kasih atas nasihat. En HH memang terbaik :)

      Padam
  2. dah dapat kelulusan iklan adsense ni masih pening nak letak iklan hihihihihi

    BalasPadam
  3. bagus perkongsian info ni HH...follow rule adsense inshAllah boleh jana income tnggi.

    BalasPadam
  4. Dah setahun lebih pakai yang responsive.... Income pun makin sedap

    BalasPadam
  5. nice info bro.. :D bleh cuba nnti bila dah dapat adsense.. :D

    diharap bro sudilah follow blog sy ye.. baru je nk berjinak dengan blog2 ni.. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…