Di kesempatan yang ada, saya serta keluarga mengingatkan bahawa terdapat amanah besar yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh umat Islam di dunia. Andai amanah ini tidak dilaksanakan, maka gagallah kita sebagai umat akhir zaman, umat yang terpilih oleh Allah S.W.T.
Salam Maulidur Rasul - Mari Ingat Pesanan Akhir Nabi S.A.W
12 Rabiulawwal bukan sekadar tarikh kelahiran Nabi, tetapi juga tarikh kewafatan baginda. Begitulah hebatnya perancangan Allah S.W.T yang mahu tarikh ini mudah diingati oleh semua umat Islam. Dan dengan perancangan Allah S.W.T jugalah, Nabi Muhammad S.A.W telah menyampaikan amanah yang terakhir menerusi khutbah Jumaat yang disampaikan baginda pada 19 Zulhijjah tahun kesepuluh Hijrah. Khutbah Jumaat terakhir itu disampaikan di Lembah Uranah, Gunung Arafah.Kenapa Perlu Ingat 12 Rabiulawwal?
Mengapa kita semua perlu ingat tarikh 12 Rabiulawwal ini? Mengapa tidak? Sedangkan di saat akhir nyawa Nabi S.A.W, baginda masih menyebut .. "Ummati.. Ummati" menunjukkan baginda masih risau, masih sayang kepada seluruh umat Islam walaupun agama Islam itu telah sempurna dan lengkap disebarkan oleh baginda.Sebelum Nabi S.A.W dicabut nyawanya, baginda ada berdoa ... doa ini diucapkan baginda dalam nada berbisik setelah selesai bersiwak (membersihkan gigi). Ia didengari oleh isteri baginda, Aisyah r.a:
"Sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri nikmat dari golongan para Nabi, orang-orang yang jujur, para syuhada dan para shalihin. Wahai Allah, ampunilah dosaku, sayangilah aku, dan pertemukan aku dengan-Mu (Kekasihku Yang Maha Tinggi). Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi ..dan disambung lagi setelah Nabi membasuh wajahnya dengan air ...
"Sesungguhnya kematian itu akan menghadapi 'sakaratulmaut', Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .. Wahai Allah, Kekasihku Yang Maha Tinggi .."
Sehari sebelum Nabi wafat, baginda telah membebaskan semua hamba sahaya dan menyedekahkan semua kelengkapan perang baginda kepada kaum muslimin. Tiada sisa harta baginda melainkan telah disedekahkan.
[Baca] Kisah 5 Perkara Dalam Mimpi NabiDan inilah khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh umat Islam....
Sumber:Detik 7 Hari Menjelang Wafat Nabi Muhammad S.A.W
salam maulidur Rasul HH
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.