Langkau ke kandungan utama

Kongsi Kegembiraan Bersama Ayah Ibu Pengasuh Amri

Kongsi kegembiraan dengan Ayah Ibu pengasuh Amri. Amri, anak sulong saya; waktu kecil dijaga dan diasuh oleh pasangan Pak Teh dan Mak Teh Amri .... itu yang kami panggil kepada pasangan ini. Pak Teh Amri dulunya bekerja sebagai pekerja am dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai, dan Mak Teh Amri adalah surirumah sepenuh masa. Mereka ada 3 orang anak, tetapi seorang daripadanya telah kembali ke rahmatullah lebih 11 tahun dahulu.

Abang Long kepada Amri, anak kepada pasangan ini seorang tahfiz meninggal dunia akibat satu kemalangan jalanraya di Kedah. Kami sekeluarga sempat melihat keadaan arwah yang ketika itu dirawat di Hospital Sungai Petani, Kedah. Hmm .. sedih bila kenang kembali saat-saat tersebut.

Kongsi Kegembiraan Kejayaan Bersama Ayah Ibu Pengasuh Amri

Kongsi Kegembiraan Ayah Ibu Pengasuh Amri
Abang Long dengan Amri waktu itu memang rapat. Abang Long itulah yang jaga dan melayan karenah Amri sejak dari kecil. Jadi, bila dapat tahu arwah kemalangan, kami memang tak fikir panjang .. terus ziarah arwah yang ketika itu sedang koma.

Al Fatihah. Jika arwah ada, tentu dia akan sangat seronok melihat kejayaan Amri dapat 6A UPSR 2016.
[Baca] Tips dan Petua Untuk Anak Capai Cemerlang 6A UPSR
Anak saya, Amri merupakan antara anak asuhan pasangan ini yang paling akrab. Amri dijaga sejak dari bayi hinggalah berumur 4 tahun (kalau tak silap). Malah, Amri dimanjakan oleh Pak Teh Amri. Kalau Amri tak dapat sesuatu dari saya dan isteri, pasti dia akan dapat menerusi Pak Teh.

Pak Teh dan Mak Teh Amri memang pasangan yang sangat baik. Bila bercakap ... memang lembut, tak pernah saya dengar suara kasar pasangan ini. Mereka menjaga Amri dengan penuh kasih sayang, dan telah dianggap macam anak sendiri.

Kami sangat bertuah kerana mengenali pasangan ini. Walaupun sudah tidak lagi mengasuh Amri, Pak Teh dan Mak Teh Amri agak kerap bertanyakan mengenai perkembangan Amri. Selalu juga datang bertandang ke rumah. Bagus kan?

Alhamdulillah, atas asuhan pasangan ini terhadap Amri ... Amri jadi seorang anak yang baik buat diri kami suami isteri. Dan saya fikir, kerana asuhan yang baik itulah ... Amri boleh berjaya menjadi seorang murid yang cemerlang akademik di sekolah. Sahsiah di sekolah pun baik sehingga semua guru sekolah puji akan sikap Amri yang tidak banyak masalah.

Maka, setiap kali Amri capai kejayaan, kami akan kongsikan dengan pasangan ini.... kerana kami mahu mereka turut rasa gembira atas setiap kejayaan manis anak asuhan mereka. In Sha Allah.

Saya juga harap, anak saya Amri tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan pasangan ini.



Komen Pembaca ...

  1. tahniah buat anak HH.. juga tahniah untuk HH dan isteri.. insyAllah dia takkan lupa jasa orang yang menjaganya..















































































































































































    BalasPadam
  2. kejayaan tersebut patut dikongsikan ramai-ramai

    BalasPadam
  3. alhamdulillah mesti bangga wpun hanya pengasuh

    BalasPadam
  4. wah, blog berwajah baru

    tahniah HH sekeluarga ;)

    BalasPadam
  5. Seronok bila kejayaan dikongsi bersama

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dapat kongsi kejayaan bersama.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.