Langkau ke kandungan utama

Isteri Dah Tamat Sarjana

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, isteri saya telah pun dengan rasminya graduate dari Universiti Malaya pada Oktober 2016. Setahun bertungkus-lumus untuk habiskan program Sarjana di Universiti Malaya. Saya cukup kagum dengan segala pengorbanan dan usaha yang dicurahkan oleh isteri saya. Dan pastinya saya bangga yang isteri saya telah berjaya menghabiskan pengajian sepenuh masa ini dengan jayanya.

Bukan mudah. Walaupun program Sarjana yang isteri saya ambil bukan program berbentuk penyelidikan, tetapi apabila saya lihat keadaan isteri saya di dalam minggu peperiksaan; saya sedar bukan mudah untuk seorang wanita yang dah lama tinggalkan pengajian untuk belajar semula dan hadapi.

Isteri Dah Tamat Sarjana, Alhamdulillah ...

Selama setahun itulah, saya perlu memastikan keluarga saya kekal berfungsi seperti sediakala. Jaga, pakai, makan, minum dan persekolahan anak perlu seperti biasa dan terjaga. Walaupun isteri saya tiada di sisi sepanjang masa ketika dalam pengajian, ia bukan bermakna saya boleh abaikan tanggungjawab yang dikosongkan. Malah, saya perlu pastikan isteri saya tidak perlu risau akan keadaan kami ketika dia sedang fisabillilah.
Dan alhamdulillah, isteri saya seorang yang sangat faham walaupun dirinya sendiri dalam kesibukan ya amat - menghadiri kuliah, perbincangan dan kerja kursus. Setiap minggu, isteri saya akan pulang, berulang-alik dari Universiti Malaya dan Putrajaya ke Parit Buntar. Nasib baiklah ada perkhidmatan ETS, dan juga kad pelajar KTM i-Card yang berikan kemudahan untuk isteri saya pulang dengan mudah (tiket ETS 50% diskaun).

Pejam celik, pejam celik .. tempoh setahun cepat berlalu. Ada tangis, ada risau, ada gembira, ada keseronokkan.

Bangga saya dapat masuk ke Dewan Tunku Canselor melihat isteri saya menerima skrol Sarjana. Bangga saya bahawa isteri saya telah berjaya melalui saat-saat sukar sebagai seorang pelajar, dan juga sebagai seorang ibu dan isteri.
Syukur selalu. Alhamdulillah.

Dan tahniah buat isteri saya kerana berjaya mendapat segulung Sarjana yang bukan mudah untuk diperoleh, hanya keazaman dan iltizam serta pengorbanan jitu sahaja yang boleh bantu harungi. Ini juga membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk belajar, dan tiada jalan mudah untuk dapatkan sarjana melainkan belajar menerusi saluran yang betul, dan di universiti yang berdaftar.

Mungkin selepas ini, target untuk teruskan pengajian dan mendapat Doktor Falsafah? Tak siapa tahu.

Terima kasih Allah.


advertisement


Komen Pembaca ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …