Cara Mohon KTM i-Card Pelajar Secara Online

Cara Memohon KTM i-Card Pelajar Secara Online. Sejak isteri saya tamat belajar Sarjana di Universiti Malaya, saya dah kurang lihat laman web ETS KTM. Almaklumlah, sudah tiada kepentingan khusus.. haha. Selalunya saya akan lihat jadual waktu perjalanan ETS, dan buat tempahan tiket secara online. Bila tempah online, saya boleh dapatkan potongan harga tiket sehingga 50% untuk isteri saya, menggunakan kad pelajar KTM i-Card.

Aha .. kalau anda merupakan seorang pelajar, samada pelajar kolej, pelajar IPT, samada ambil program sijil, diploma, sarjana muda, sarjana mahupun kedoktoran (PHD), anda sebenarnya boleh memohon kad pelajar KTM i-Card ini untuk dapatkan diskaun harga tambang tiket keretapi, termasuklah ETS.

Cara Memohon Kad Diskaun KTM i-Card Pelajar Secara Online

Cara Memohon Kad Diskaun KTM i-Card Pelajar Secara Online
Jika sebelum ini, isteri saya mohon menggunakan borang KTM i-Card yang boleh diambil di stesen KTM, tetapi terkini, pihak KTM telah memudahkannya dengan membolehkan para pelajar membuat permohonan kad diskaun pelajar ini secara atas talian, atau secara online.

Permohonan kad KTM i-Card Pelajar secara online boleh dilakukan menerusi pautan berikut - [+] Apply KTM i-Card
Cara Memohon Kad Diskaun KTM i-Card Pelajar Secara Online
Anda akan dikenakan bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM35 untuk setahun, dan perlu mengemukakan alamat lengkap untuk penghantaran kad diskaun pelajar KTM i-Card. Pembayaran pula boleh dilakukan menerusi online banking.

Maklumat Pendaftaran KTM i-Card Yang Diperlukan

Selain itu, anda juga perlu kemukakan maklumat berkaitan tempat belajar anda samada anda seorang pelajar sekolah mahupun pelajar dari IPTA, IPTS atau kolej. Dan anda juga diminta untuk menyediakan maklumat pensyarah atau guru untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan anda sebagai pelajar.

Menerusi laman permohonan kad KTM i-Card secara online ini juga, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk carian.

Jangan lepaskan kelebihan ini untuk mendapatkan harga tambang murah diskaun 50% daripada KTM. Serius ia sangat menjimatkan .... lagi-lagi untuk pelajar yang sering berulang-alik atau sering pulang ke kampung halaman.

1 comment... add one now

Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 20, 2016
Siapa yang nak diskaun tambang keretapi, boleh apply

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.