Dulu, masa saya sekolah .. nak tahu result penuh dari peperiksaan pertama hingga peperiksaan akhir tahun, kena tunggu report card keluar. Sekarang dah mudah, hanya guna sistem online SAPS untuk ibu bapa. Menerusi SAPS, boleh lihat keputusan peperiksaan dan ujian anak-anak dari awal tahun sampai akhir tahun.

Buat ibu bapa yang masih tak tahu, anda boleh semak dan lihat keputusan peperiksaan dan ujian anak dengan mudah, secara online menerusi SAPS ini. Nak semak, boleh terus ke pautan ini - SAPS NKRA Ibu Bapa

Dulu Report Card, Sekarang Guna SAPS Untuk Ibu Bapa Lihat Keputusan Akademik Anak-Anak

Dulu Report Card, Sekarang Guna SAPS Untuk Ibu Bapa Lihat Keputusan Akademik Anak-Anak
Masa zaman saya, di sekolah rendah saya di SRKPT, Jalan Gambang, Kuantan .... apabila report card dah keluar, masa tu punyalah sejuk kaki tangan nak tunjuk kat mak abah saya. Seram tak seram, sampai saya dah tak ingat bagaimana rasa ketika itu, yang saya ingat ialah saya dapat nombor satu masa di darjah empat, setelah 3 tahun saya dapat nombor tercorot di kelas paling corot ... huhu.

Bila arwah abah saya dapat tahu, saya dapat nombor satu .. punyalah gembira, sehingga dibelikan saya sebuah basikal warna biru. Itulah hadiah paling best pernah saya dapat dari arwah abah. Pun begitu, saya tetap pergi ke sekolah dengan jalan kaki ... haha... sebab sayang basikal tu nanti ada orang nak pinjam .. hahahaha... lagipun arwah abah tak bagi saya bawa ke sekolah, takut nanti hilang.

Kenangan Top 10 Dari Bawah, Ngelat Report Card

Bayangkan 3 tahun saya dapat top 10 dari bawah untuk keseluruhan darjah ... tetiba masa darjah 4 saya dapat nombor satu... huhu .. merasa la naik ke pentas terima hadiah dari guru besar.

Rasanya, ada sekali dua saya tak berikan report card kat mak abah saya .. .. takut ooo .. keputusan teruk. Apa yang saya buat ialah, saya tiru tanda tangan arwah abah .. dan bagi balik kat cikgu kelas. Fuh ...  tapi ... saya tupai yang tak pandai melompat, jadi faham-faham aje la .. kantoi ngan emak ... jadi kenalah hukuman mandatori .. haha.

Dulu, guna report card bolehlah ngelat ... cakap report card hilangla, tiru tandatangan ibubapa, padam markah, tukar markah dan tulis ulasan cikgu sendiri ... huhu.

Sekarang, anak-anak sekolah kena terima hakikat bahawa mereka boleh menjadi bijak tetapi kena bijak dari segi akademik di sekolah. Tak leh nak bijak kelentong mak abah .. haha...

Tengok Perkembangan Akademik Secara Online

Menerusi SAPS, ibu bapa dah boleh tengok perkembangan akademik anak-anak dengan mudah. Tak perlu pun nak datang ke sekolah macam dedulu walaupun ada sekolah masih lagi buat perjumpaan waris murid-murid.

Tahun 2016, keputusan peperiksaan dan pencapaian akademik anak-anak saya .. buat saya dan isteri sangat gembira!
Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Online
Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah Online
Alhamdulillah, dua orang anak saya di sekolah rendah berjaya buat saya dan isteri tersenyum gembira, walaupun tidak secemerlang murid lain yang hebat dalam kurikulum dan ko-kurikulum, namun saya lega bahawa pencapaian anak-anak tidak seperti saya waktu saya di zaman sekolah rendah dahulu .... hmm ni mesti datang dari genetik isteri saya ni .. huhuhu.

Darjah satu, darjah dua .. nombor ke 28/30 di kelas paling tak pandai ... haha. Bila saya masuk darjah 5, dapat kelas paling pandai ... siap kena speaking lagi ngan kawan-kawan dari bangsa Cina, Kadazan, Bidayuh, Singh, yang lahir kat oversea ... (perempuan je macam ni).

Itu saya. Alhamdulillah, anak-anak saya lebih baik daripada apa yang pernah saya capai. Ini nikmat Allah S.W.T berikan. Bukankah semua ibubapa mahukan begitu?

Sejuk mata, sejuk hati .. wife saya yang mengandungkan mereka.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Senang betul guna SAPS ni en. Hasrul. Hari ni exam, esok markah dah keluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh tu kena tgk cikgu la .. kalau cikgu tu rajin, pantas ... in Sha Allah kejap je leh dapat tgk keputusan exam di SAPS tu

      Padam
  2. Wahhh hebatnya results anak anak HH. Tahniah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement