Blog Adalah Satu Perniagaan - Ikut Cara Blogger Satun Ini Sara Kehidupan

Blog Adalah Satu Perniagaan - Ikut Cara Blogger Satun Ini Sara Kehidupan. Saya nak kongsikan satu kisah benar daripada seorang kenalan dan juga rakan yang menetap di Satun, Thailand. Walaupun kami hanya pernah bertemu sekali semasa Kembara Homestay-Rail Tourism KTM pada tahun 2014, saya dan beliau boleh dianggap rapat di alam maya. Dan beliau hanya mahu dikenali sebagai Abang Joe (Joe Karlisa Latisya).

Beliaulah yang telah bantu mempopularkan blog saya di dunia realiti, dan satu-satunya blogger dari luar Malaysia yang sudi mengaku secara terbuka bahawa beliau adalah anak murid saya di Universiti Hasrul Hassan ... haha... dan antara blogger yang boleh dianggap berjaya menjadikan blog sebagai satu perniagaan.

Blog Adalah Satu Perniagaan

Blog Adalah Satu Perniagaan - Ikut Cara Blogger Satun Ini Sara Kehidupan
Blog adalah satu perniagaan. Itu prinsip beliau apabila menulis entri baru. Apa jua artikel yang diterbitkan di blog SatunSiam adalah bertujuan untuk bisnes. Bukan bisnes online, tetapi bisnes sebenar. Menerusi blog, beliau menyara kehidupan, jauh lebih baik daripada kehidupannya yang dahulu.

Dengan Blog, Ubah Gaya Hidup dan Sara Hidup



Berikut adalah isi penuh apa yang dikongsikan di FB:

Tiga tahun yang lalu, bila berpindah ke Satun dari Malaysia, saya telah mengubah gaya hidup. 

Berbaki wang RM300 selepas membina rumah batu campur plywood, kami sekeluarga meneruskan kehidupan. Kerja pertama saya, menyeludup minyak petrol dari Wang Kelian ke Satun. Kereta tangki penuh 45 liter isi RM75.00 dan jual RM120 dan untung RM45.00. Sehari buat 3 kali, dapat RM135, dalam hati not bad.

Masuk hari ke-7 pihak berkuasa Malaysia tahan dan minta derma, satu trip RM50. Saya kata gila kot, untung baru RM45 camna nak bagi. Depa kata kalau tak boleh bagi, depa nak sita kereta. Setelah berbincang, mereka lepaskan dan saya tak boleh angkut minyak lagi. Kerja dah tak da, camna nak hidup ni. 

Sedekah Ilmu

Sabtu dan Ahad saya pergi mengajar secara percuma seperti biasa kepada murid-murid miskin di kampung. Selang beberapa hari saya di tawarkan bekerja di sebuah kedai hardware kampung dengan pendapatan purata 5 hari THB300 dan sebulan THB1200. Ringan sedikit beban kewangan. 

Di samping itu berbekal Handphone Nokia C30 saya buat marketing pakej perlancongan di Satun. Saya ada blogspot dan Facebook, semua tu kan free. 

Ya Allah tak sampai tiga bulan Anas Akmal kol dan minta bantu bawa rombongan UUM selama 3H2M dan dapat untung dalam RM1000++ dan saya beli Handphone Lenovo dan bermula era baru dalam business online travel and tour sehingga hari ini.

Apa yang saya nak bagitau di sini adalah menukar gaya hidup kepada sara hidup untuk menghadapi kegawatan ekonomi. Hidup di Thailand tak seindah kita datang 3H2M. Kita bukan boleh berniaga terang terang, nanti kena tangkap. Bekerja pun tidak dibenarkan dan kalau ada pun, seperti gaji yang saya terima, seminggu Thb300. Itupun secara haram. Tugas saya terpaksa menceduk pasir ke lori pickup menggunakan skop. Bukan ada jengkaut. Apapun saya pasrah dengan qada dan qadar Allah. DIA yang bawa saya ke Satun dan di Satun dia membuka rezeki saya.

Dengan Blog Percuma, Buat Bisnes Pelancongan

Nak mulakan business pelancongan kita tak perlu ada bas atau speedboat. Kita cuma perlu berjumpa tokey bas dan tokey speedboat atau tokey hotel. Kita bincang dengan depa, bahawa kita nak promosi dan jual produk depa secara online di Facebook dan Blogspot. Takkan depa tak mau, free.

Bila customer booking, kita dapat komisen. Walaupun kita dapat komisen sikit tapi kalau ramai orang, komisen akan jadi banyak. Ada kawan bertanya, boleh hidup ke dengan komisen macam tu, saya jawab, ko minyak naik 10 sen pun macam nak mati tak kan aku akan mati dengan komisen yang sekecil itu. 

Ada yang bertanya, tak kan, tak keluar modal langsung. Saya jawab, cuma sedikit, lagipun tokey bank dia pun keluar modal sedikit saja, dan yang ada dalam bank bukan duit dia tapi duit kita. Oleh itu bagi saya adalah usaha tawakal dan berdoa. Rezeki Allah S.W.T yang beri, bukan bapak yang kasi.

#ceritasatun #kembarasatun30 #satun #ceritakarlisa #blogadalahsatuperniagaan #universitihasrulhassan
Menarik? Inspirasi buat anda? Jika anda nak tengok bagaimana beliau menulis blog untuk perniagaan, boleh baca di sini - Blog SatunSiam
Kalau anda nak belajar bagaimana nak jana income dengan blog, boleh baca segala tips blogging dan tips buat duit online yang saya kongsikan di blog ini. Ikuti blog ini dengan mudah dengan daftar percuma email anda di bawah atau boleh follow FB HASRULHASSAN.COM

Blog memang boleh buat duit jika anda tahu caranya. Nak tahu cara? Klik sini - Buat Duit Blog

{ 8 comments.. read them below or add one }

Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim November 08, 2016
Salah satu contoh yang terbaik dalam berblogging.
Elih Japahar Elih Japahar November 08, 2016
Boleh memang boleh kalau kena caranya.....:)
Tutorial Salim Tutorial Salim November 13, 2016
Saya salim blogger Indonesia. Saya komen pakai bahasa indonesia boleh. Mantap tulisannya, menambah semangat saya trus hadir menjadi blogger.
Pendekar Pendekar November 28, 2016
Link Paling Last Tu Landing Page Kosong? Baru buat ke tu? Errmm . . .

memang inspirasi kisah beliau ni.

dulu2 ingatkan dia ni perempuan.

Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 28, 2016
Siapa yang betul2 nak buat duit dengan blog boleh ikuti cara ni.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 28, 2016
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog saya ni Sobat.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 28, 2016
Dah perbentulkan. Ada masalah dengan pihak di sana.
Ahmad Ahmad November 29, 2016
yang terpenting kerja keras dan pantang menyerah

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.