Kembara Homestay Rail Tourism Bersama ETS KTM

Kembara Homestay Rail Tourism #VMY2014 Bersama ETS KTM. Siapa tak pernah lagi merasa naik tren baru kepunyaan KTM Berhad iaitu ETS? Ia sebuah tren eletrik cukup pantas dan selesa. ETS bermaksud Electric Train Set atau ada orang kampung cam saya memanggilnya Electric Train System. Mengapa saya dok sibuk nak cerita mengenai ETS ini? Ini adalah kerana ia merupakan pengangkutan utama dalam Pakej Rail Tourism #VMY yang diperkenalkan oleh Railway Tourism Association Malaysia (RTAM). Pakej pelancongan ini menggabungkan perkhidmatan keretapi (ETS) dengan penginapan inap desa atau homestay.
Kembara Homestay Rail Tourism #VMY2014 Bersama ETS KTM
Ada 'pramugari' dan 'pramugara' dalam ETS Gold
Beberapa fakta untuk anda ketahui mengenai ETS ini.

  • Ia sebuah tren elektrik dengan rekabentuk aerodinamik.
  • Ia boleh mencapai kelajuan sehingga 140km/j
  • Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh hanya dalam masa 1 jam 55 minit dengan kelajuan maksima
  • Ia lebih mesra alam, lebih senyap, lebih laju dan lebih lancar
Kembara Homestay Rail Tourism #VMY2014 Bersama ETS KTM
EST untuk semua kaum dan bangsa

Beza ETS Dengan Komuter

ETS ini berbeza dengan Komuter yang merupakan pengangkutan KTM popular antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Komuter merupakan unit EMU atau Electric Multiple Unit, dan hanya mempunyai paling banyak - 3 gerabak sahaja. Dibandingkan dengan ETS, ia mengandungi enam gerabak, lebih laju dari EMU dan lebih lancar.

Pengalaman saya menaiki ETS dari KL Sentral ke Ipoh semasa pelancaran brosur Rail Tourism #VMY2014 memang menarik. ETS dari KL Sentral ke Ipoh ada dua kategori perjalanan atau gerabak, iaitu Gold dan juga Silver; di mana terdapat perbezaan harga dan juga jangkamasa perjalanan selain stesen disinggahi. Anda boleh rujuk laman web KTMB untuk info berkaitan perjalanan ETS ini.

Saya kongsikan sedikit gambar dan foto dalam gerabak ETS ini semasa acara pelancaran pakej Rail Tourism #VMY2014 ini.

Keadaan Dalaman Gerabak B ETS

Kembara Homestay Rail Tourism #VMY2014 Bersama ETS KTM
Tempat duduk dengan ruang luas dan selesa
Kembara Homestay Rail Tourism #VMY2014 Bersama ETS KTM
Bahagian tempat letak beg atas kepala juga luas, selain koridor gerabak yang tidak bertingkat
Keadaan dalaman tren ETS KTM #tourail #railtourism #vmy2014
Laju tetapi lancar, anda boleh bersms dalam gerabak tanpa masalah typo yang ketara
Keadaan dalaman tren ETS KTM #tourail #railtourism #vmy2014
Informasi mengenai bahagian gerabak ETS untuk kemudahan penumpang
Keadaan dalaman tren ETS KTM #tourail #railtourism #vmy2014
Tandas dengan pintu automatik
Keadaan dalaman tren ETS KTM #tourail #railtourism #vmy2014
Tren dengan ciri-ciri sederhana kontemporari
Keadaan dalaman tren ETS KTM #tourail #railtourism #vmy2014
Kelajuan ETS dipaparkan di skrin TV
Semasa 'kembara' perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh mengikuti pelancaran #VMY2014 Rail Tourism ini, kami di gerabak B telah berpeluang berkenalan dan bermesra dengan Kumpulan Geng Wak Long dari Pasir Mas, Kelantan. Mereka mendengdangkan lagu-lagu rakyat yang segar buat hiburan kami semua.

Geng Wak Long Pasir Mas, Kelantan

Dan sesekali terlihat ETS meluncur laju pada kelajuan maksimum tanpa kami semua menyedarinya. Jadi terbukti lancar .... dan kami tiba ke stesen KTM Ipoh, dalam tempoh yang kami semua tidak sedar.
Ingin merasa kelancaran EST dengan kelajuan sehingga 140km/jam? Maka, anda boleh mencuba pakej Tourail atau Rail Tourism ini sempena #VMY2014 (Tahun Melawat Malaysia 2014).

Untuk maklumat pakej Homestay Rail Tourism #VMY2014, anda boleh rujuk dengan RTAM (Rail Tourism Association Malaysia).

Railway Tourism Association Malaysia
Malaysia Tourism Centre (MATIC)
No. 109, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel No: + (6017) 3641157, +(6019) 3268480
Fax No: +603-91081565
Email: tourail.packages@gmail.com

Atau lawati laman web RTAM di sini - Malaysian Railway Tourism
Atau Facebook RTAM - FB Railway Tourism Association Malaysia