Petua Lama Untuk Jaga Aset Wanita Supaya Kembali Ummph

Suami. Dia jarang bersuara kalau si isteri sudah 'tidak sedap' untuk dirinya. Tau-tau dah cari yang muda, yang lagi ummph, yang lebih sedapppp. Pastinya wanita yang dicari adalah yang muda belia, kalau janda dicarinya janda muda .. yang masih lagi belum 'terusik' sepenuhnya.

Untuk itu, saya sukalah nak kongsi satu petua lama. Petua lama yang sangat baik untuk wanita menjaga segala aset yang ada, agar kekal ummph, sentiasa 'sedap' untuk si suami tercinta. Biar suami melekat pada anda walaupun usia anda sudah meningkat. Nak kekalkan suami tercinta, mestilah menjaga kesegaran, kebersihan dan kesihatan dalaman dan luaran.

Petua Lama Untuk Jaga Aset Wanita Kembali Ummph 

Petua Lama Untuk Jaga Aset Wanita Kembali Ummph
Petua yang akan diberikan ini mungkin ada rakan-rakan pembaca kalangan wanita yang sudah tahu dan mungkin juga sudah amalkan. Ia adalah satu amalan untuk ibu-ibu selepas bersalin untuk kembalikan kesihatan dan kesegaran bahagian dalaman. Bila dalaman dah cantik, dah sedap dan sudah kembali ummph, in Sha Allah ... bahagian luaran pun akan nampak kembali menarik.

Petua ini digelar orang sebagai Air Asam Kunyit. Bahan-bahannya mudah, dan syor saya kalau nak cari boleh cari di Pasaraya Mydin bahagian rempah ratus.

Bahan-Bahan

  1. Kunyit hidup (bukan serbuk)
  2. Asam jawa
  3. Buah Manjakani
  4. Gula perang atau madu atau boleh juga digunakan gula batu (untuk pemanis)

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk kunyit hidup sehingga separuh lumat (seeloknya anda pakailah lesung batu).
  2. Selepas itu, rebuslah atau renehkan kunyit hidup bersama dengan buah Manjakani. 
  3. Rebus sehingga air rebusan jadi separuh. Contoh, jika anda masukkan 4 gelas air, air rebusan perlu sampai jadi hanya 2 gelas. Satu tips mudah - gunakan sudu dan tandakan takat air. 
  4. Kemudian, anda letakkan asam jawa (bukan air) secukup rasa dan juga gula perang.

Sejukkan. Minumlah pagi, petang dan malam. Boleh disimpan dalam peti sejuk, dan kemudian suamkan air tersebut sebelum diminum.

Ok, setiap bahan yang digunakan dalam Air Asam Kunyit ini ada khasiatnya untuk kesihatan dan kesegaran bahagian dalaman seorang wanita.

Khasiat Tradisional Bahan-Bahan

Kunyit Hidup

Petua Lama Untuk Jaga Aset Wanita Kembali Ummph
Ia bantu untuk mencuci darah dan kotoran organ dalaman. Boleh membantu proses pengecutan rahim dan kurangkan masalah buncit. Ia juga dipercayai boleh kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, memulihkan luka-luka dalaman, menaikkan seri muka, membuang angin (boleh tambahkan halia dalam rebusan). Orang lama juga ia boleh elakkan masalah seperti tombong atau rahim terkeluar atau rahim jatuh.

Asam Jawa

Asam Jawa Untuk Kecantikan dan Kecergasan Wanita
Untuk membantu proses membuang lemak berlebihan, juga sangat bagus untuk kesegaran tubuh badan, serta membantu proses pelawasan agar mudah membuang air besar.

Manjakani

Rahsia buah Manjakani untuk wanita sihat dalaman
Bahan 'ajaib' untuk pulihkan otot dalaman terutama bahagian V wanita, Ia akan bantu bahagian tersebut untuk kembali seperti asal atau dengan kata lain mengetatkan kembali bahagian V selepas bersalin.

Selain itu, orang lama juga berkata bahawa Manjakani mampu untuk tegangkan balik segala aset-aset lain seorang wanita. Ia juga dikatakan bagus untuk awet muda serta kurangkan masalah keputihan, dan cepatkan penyembuhan luka jahitan.
[Baca]Gula Batu Campur Nanas Untuk Redakan Masalah Batuk

Pantang Larang

Pun begitu, petua lama untuk jaga aset ini ada pantang larangnya. Dinasihatkan agar jangan minum Air Asam Kunyit ketika waktu haid atau datang bulan (period). Wanita hamil adalah dilarang sama sekali untuk amalkan petua ini kerana ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan.

Mahu yang lebih mudah, anda boleh baca post berikut - Produk Terbaik Penjagaan Alat Sulit Wanita - 14 Sebab Produk Ini Jadi Viral di FB

Semoga dengan perkongsian ini dapat hangatkan lagi perhubungan dan rumahtangan pasangan suami isteri. Biar hidup kekal suami isteri hingga ke akhirnya. Jika suami mahu si isteri kekal hebat untuk anda, pastikan anda kongsikan petua ini atau belikan produk-produk yang ada di pasaran. Isteri anda sihat, cergas, kekal menawan dan ummph .. anda juga yang akan terus sayang, suka, gembira dan sedappp .. huhuhu...

2 comments.. read them below or add one

seri akmad seri akmad September 12, 2016
Sekarng ni boleh beli je en hh. Tp nak jimat buat sendiri. Yy serbuk dah siap paket ada dekat mydin...sy pernah terjumpa ni...mmg srdap sgt airnya..x kelat
yang baik yang baik September 14, 2016
Tengok asam jawa tu pun dah kecor air liur... Belum buat lagi jamu tu.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.