Bulan Ramadhan kali ini, saya terkena batuk. Bukan saya sahaja, anak-anak pun ada yang terkena batuk. Apabila dah terkena batuk, memang kurang selesalah nak buat kerja, nak tidur dan nak beribadah. Mungkin cuaca yang tidak menentu, membuatkan saya diserang sakit tekak dan batuk. Memandangkan ubat batuk di rumah sudah kehabisan stok, maka saya gunakan cara tradisional.

Saya amalkan minum air Jus Nanas (segar) yang dicampur dengan Gula Batu. Dalam masa sehari sahaja, sakit tekak dan batuk saya hilang. Cuma ada rasa kerengsaan sikit pada anak tekak, al maklumlah .. minum jus nenas ketika sahur dan berbuka, lepas tu seharian tekak tidak dibasahi air. Rasa tajam Nanas tu macam tertinggal lak dalam tekak .. huhuhu. Lagi-lagi, jus Nanas dibuat secara sendiri, perah dari sumber.

Gula Batu + Jus Nanas Merawat Batuk

Apa yang perlu anda buat untuk legakan sakit tekak dan batuk dengan petua ini ialah ...
Gula Batu Jus Nanas Merawat Batuk
  1. Perah jus Nenas (samada beli jus tersebut atau perah terus dari buahnya).
  2. Masukkan sebiji Gula Batu ke dalam secawan jus Nenas.
  3. Kacau, dan tambahkan sedikit air suam untuk memudahkan Gula Batu larut.
  4. Minum sehingga habis.
  5. Amalkan setiap pagi dan petang, kalau dalam kes saya .. sahur dan berbuka.

In Sha Allah .... batuk akan hilang.

Saya dah gunakan petua ni atas paksaan isteri saya .. hahaha ... alhamdulillah, ia mujarab dan hanya ambil masa sehari untuk melihat kesannya.

Saya dapat tahu kebanyakan Jus Nanas yang ada dijual, turut mengandungi Gula Batu sebagai bahan utama. Jadi, tidak syaklah ada yang kata Jus Nanas tersebut boleh melegakan sakit tekak dan batuk.

Kalau begitu, bolehlah simpan sebotol dua Jus Nanas di dalam rumah. Kalau tak pun, beli je buah Nanas, dan buat jus sendiri .. bukan susahpun, beli buah Nanas, buang kulit, perah ...campur Gula Batu pastu letak dalam peti ais.

Cubalah.... leh je berbuka dengan Jus Nanas + Gula Batu.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

Alhamdulillah...in sya Allah boleh diamalkan ni..

Reply

Ada petua yang suruh kita tapis jus nenas sampai takde buih dan serat. tapi petua yang ni campur dengan gula batu je ya?. Lagi senang.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.