Langkau ke kandungan utama

Cara Update Firefox Versi Terkini

Anda pengguna pelayar internet Firefox? Masalah dengan Firefox anda? Jika ya, anda mungkin perlu update atau upgrade pelayar Firefox supaya pengalaman anda melayari internet tidak terganggu atau bermasalah. Firefox adalah antara pelayar internet yang popular, bukan sahaja di peranti desktop komputer, malah di peranti mudah-alih. Ia merupakan aplikasi percuma melayari internet paling popular, selepas Google Crome dan juga Microsoft Edge.

Blog saya sendiri ramai yang masuk dan baca menggunakan aplikasi Firefox dan Google Crome. Firefox adalah pelayar internet bersifat terbuka yang dibangunkan oleh Mozilla.

Cara Update Firefox Versi Terkini

Tatacara langkah untuk kemaskini Firefox versi terkini 2016
Memandangkan Mozilla Firefox adalah pelayar internet bersifat terbuka, ia sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pembabitan ramai dalam komuniti Mozilla membolehkan Firefox sentiasa ke hadapan dalam banyak aspek berkaitan pelayaran internet yang selamat, lancar dan pantas.

Namun begitu, tidak ramai pengguna internet yang menggunakan Firefox tahu untuk update dan upgrade pelayar internet ini di komputer desktop mereka. Walaupun Firefox boleh update secara automatik, tetapi disebabkan ada sesetengah komputer yang menggunakan Windows Firewall, dan juga perisian antivirus yang ketat, proses update atau kemaskini Firefox sering terhalang.

Untuk itu, saya sukacita nak kongsikan beberapa tatacara mudah untuk anda tahu cara nak update Firefox versi terkini secara manual. Moga ia dijadikan panduan berguna untuk anda, agar browser internet Firefox anda sentiasa dikemaskini, tidak bermasalah, dan lancar setiap kali anda mahu mencari maklumat dan info di internet.

Hanya ikuti langkah-langkah di bawah:

Klik pada hujung atas Firefox anda, dan anda akan nampak paparan seperti di bawah ini. Anda kemudian klik pada bahagian bertanda 'tanda soal'.
Langkah 1 - Cara Update Firefox Versi Terkini
Apabila anda klik tanda soal, paparan di bawah pula akan keluar, klik pada 'About Firefox'. Pelayar internet anda, akan kemudiannya mencari kemaskini terkini. Jika tiada update atau kemaskini yang diperlukan, ia akan keluar status - 'Firefox is up to date'.
Langkah 2 - Cara Update Firefox Versi Terkini
Sekiranya tidak, paparan di bawah akan keluar dengan memperlihatkan kemaskini yang sedang dilakukan. Apabila selesai, ia akan minta untuk anda restart Firefox anda.
Cara Update Firefox Versi Terkini
Senang je kan? Jangan abaikan tatacara ini jika anda mahu pastikan Firefox anda memberikan pengalaman untuk browsing internet yang mantap. Anda juga boleh menggunakan Firefox untuk versi lebih personal seperti ditunjukkan di bawah ini; di mana ia tidak menyimpan data berkaitan laman web yang anda pernah lawati, kata kunci apa yang anda cari, fail-fail sementara seperti video dan juga cookies.

Namun, ia tidak menjadikan anda seorang anonymous kerana data anda masih boleh diperoleh menerusi ISP dan juga admin network rangkaian anda jika menggunakan internet di pejabat (Wifi/LAN).
Jika anda mahukan browser bercirikan Islam, boleh gunakan Salam Browser yang pernah saya tulis untuk pastikan anak-anak tidak melihat sesuatu yang tidak sesuai dengan umur mereka - 6 Cadangan Untuk Elak Kanak-Kanak Lihat Iklan Tidak Sesuai di Internet




Komen

  1. Terima kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .... moga dapat bantu orang lain juga

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…