Usia Blog 5 Tahun, Usia Kami 40 tahun

Saya ingin memulakan blog post ini dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ucapan, segala doa dan ingatan terhadap saya dan isteri yang kini sudah pun masuk umur 40 tahun. Manakala blog saya yang tidak semegah mana ini pula mencapai usia ke 5 tahun.

Bulan 7 dan bulan 8 adalah bulan bermakna bagi saya dan isteri kerana di bulan tersebut, kami dilahirkan oleh ibu masing-masing. Mungkin ada yang tidak tahu, 9876 adalah angka bertuah kami berdua .. kerana di dalam angka ini ada tarikh lahir saya dan isteri. Mungkin jodoh Allah S.W.T yang penuh dengan surprise. Alhamdulillah, usia perkahwinan kami juga sudah mencapai 13 tahun ...

Usia Blog 5 Tahun, Usia Kami 40 tahun

Kami masing-masing berusia 40 tahun
Usia blog saya, hasrulhassan.com turut bertambah menjadi 5 tahun pada bulan Ogos yang bertuah ini. Memang saya memilih bulan Ogos untuk mengubah blog saya dari blog biasa-biasa menjadi blog yang luar biasa dengan keringat dan daya serta ilmu yang saya ada. Dan alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger, rakan sekolah .. saya merasakan blog ini telah berada di dalam kedudukan tersendiri di dalam dunia blog Malaysia.
[Baca] Siapa Hasrul Hassan ...
Terima kasih atas semua sokongan rakan-rakan yang mengenali diri saya, diri isteri saya .. termasuklah ibu saya, dan ayah isteri saya, juga adik-beradik dan juga sahabat-handai. Terima kasih sebab baca blog saya dalam diam-diam .. hehehe... :)
Gambar blogger hasrul hassan
Saya bukanlah blogger yang popular dan terkenal di Malaysia. Saya juga bukan seorang blogger yang hebat mana. Saya cuma blogger sepenuh masa yang biasa-biasa sahaja, menjadikan blog sebagai lubuk rezeki selama 5 tahun ini ... dengan bantuan ramai orang yang mungkin tidak terdaya nak disebut satu-persatu.
[Baca] 5 Petua atau Tips Seorang House Husband Untuk Menjadi Blogger Dikenali
Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T yang membolehkan saya berkongsi rasa, cerita, ilmu, pengetahuan dan informasi untuk semua orang. Doakan saya dan isteri serta anak-anak dengan segala kebaikan ye ... in Sha Allah. Dan terima kasih sekali lagi buat semua ....


6 comments.. read them below or add one

Bro Framestone Bro Framestone August 24, 2016
Happy buzday...

Nak tanya satu soalan...

Adakah isteri anda lebih tua sebulan dari anda?
ZULHILMI TEMPOYAK ZULHILMI TEMPOYAK August 24, 2016
tahniah tuan. semoga terus strong! :D
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar August 24, 2016
alhamdulillah..semoga terus maju dan berjaya di dalam dunia blog..amin..

www.ceritaejoy.com
At-Tarmizi At-Tarmizi August 24, 2016
semoga kekal hingga hujung nyawa =)
Cik Yaya Cik Yaya August 24, 2016
Salam..pe habaq?
yaya saje mai sini melawat kengkawan blogger.. =D
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim August 24, 2016
semoga terus berjaya sampai ke Jannah.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.