Ada yang tanya saya, ok ke kamera yang ada pada telefon pintar ZTE Blade V7 Lite yang baru saya peroleh tempoh hari? Hmmm ... kalau ikutkan saya, kamera telefon pintar ZTE Blade V7 Lite hanya biasa-biasa sahaja, tak boleh rasanya nak lawan dengan kamera telefon pintar yang rega RM1000 ke atas. Namun, saya agak puas hati juga kalau setakat nak tangkap gambar outdoor ... lagipun mana nak dapat sebuah telefon pintar yang ada premium spec tetapi harga bawah RM500!

Dalam post ini, saya akan tunjukkan beberapa contoh gambar dari kamera telefon pintar ZTE tersebut. Yelah, ramai yang masih tertanya-tanya .. sebab saya ada sebuat telefon ini merupakan telefon pintar canggih tetapi berharga bajet. Anda boleh tengok dan buat perbandingan, serta nilaikan sendiri.

Contoh Gambar Dari ZTE Blade V7 Lite

Untuk info, telefon pintar ZTE Blade V7 Lite dilengkapi kamera depan 8MP dengan flash, dan kamera belakang 13MP dengan flash. Kalau anda gemar berselfie, telefon ni bagi saya memang best .. sebab .. dia ada keupayaan untuk ambil gambar sendiri jika anda buat tanda V, senyum, panorama selfie dan juga face detection. Yang ni memang saya agak teruja sedikit .. sebab ia mampu ambil gambar selfie terbaik.

Nah ... beberapa contoh gambar untuk anda lihat sendiri yang saya ambil menggunakan kamera telefon pintar ZTE Blade V7 Lite.

Gambar Dari Kamera Belakang ZTE Blade V7 Lite



Ok. Bagaimana? Apa yang saya paparkan di atas adalah gambar outdoor tanpa ada sebarang manipulasi, hanya tuju dan snap (auto-mode). Gambar Bunga Matahari ini diambil di Apitary Bee Farm, Ringlet, Cameron Highlands.

Di bawah ini pula adalah beberapa gambar menggunakan kamera depan .. huhuhu .. gambar selfie.

Saya harap dengan perkongsian beberapa contoh gambar dari ZTE Blade V7 Lite ini, dapat bantu mereka yang masih lagi tak tahu membuat keputusan samada nak beli atau tidak telefon ini...huhuhu ..


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

2 Komen

amboi!!! semakin besar header semakin cantik pula gambar bunga matahari tu... :D

Reply

mungkin atas sebab kacaknya bro hh membuatkan foto ni awesome..huhu

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.