Langkau ke kandungan utama

ZTE Blade V7 Lite Telefon Canggih Harga Bajet

Blade V7 Lite. Ramai yang telah memperkatakan mengenai telefon pintar terbaru daripada ZTE ini. Saya sendiri telah berkesempatan menggunakan telefon pintar canggih ZTE Blade V7 Lite ini, dan telah berkongsi mengenai ciri-cirinya yang terbaik menerusi blog post berikut - 6 Sebab ZTE Blade V7 Lite Menarik Untuk Dimiliki

Saya dapati ramai yang sukakan telefon ini kerana harganya yang sangat berpatutan tanpa mendeskriminasi soal kualiti. Spesifikasinya yang tip top serta canggih serta rekabentuknya yang premium menjadikan telefon ini antara telefon yang patut dilihat sebagai antara pilihan untuk semua golongan yang tidak mahu ketinggalan dari segi teknologi telefon pintar. Apatah lagi rekabentuk premiumnya dihasilkan di Munich, German. Sesuatu yang agak luar biasa untuk sebuah telefon pintar buatan China.

ZTE Blade V7 Lite Telefon Canggih Harga Bajet

ZTE Blade V7 Lite Telefon Canggih Harga Bajet
ZTE Blade V7 Lite Telefon Canggih Harga Bajet

Harga Rasmi Hanya RM669

Disebabkan ciri-ciri yang ada di dalam telefon ZTE Blade V7 Lite, ia telah mendapat sambutan yang hangat daripada pengguna-pengguna telefon pintar di Malaysia. Sewaktu pelancarannya sahaja, telefon pintar yang dijual dengan harga diskaun RM335 laris seperti Pisang Goreng panas. Untuk info, harga rasmi telefon model terbaru 2016 ZTE ini adalah RM669.

Malah, post terdahulu saya mengenai telefon ZTE Blade V7 Lite telah menerima antara trafik terbanyak minggu ini. Ia bagai satu fenomena apabila ramai pengguna internet sibuk mencari info mengenai telefon ZTE dengan pemproses Quad-Core 2GB RAM berserta memori 16GB ROM.

Lihat statistik entri dalam minggu pertama saya terbitkan artikel mengenai telefon ZTE Blade V7 Lite ini .... ia telah menghasilkan lebih daripada 8 ribu pageviews dan masih meningkat sehingga sekarang!
ZTE Blade V7 Lite mendapat perhatian ramai pengguna di Malaysia

Ramai Sukakan Kamera ZTE Blade V7 Lite

Jika diperhatikan menerusi komen-komen jujur tentang telefon ini, ramai yang sukakan spesifikasi yang ada pada kamera depan belakang telefon ZTE Blade V7 Lite ini. Ia sangat sesuai bagi mereka yang mementingkan kualiti gambar terbaik HD. Mana tidaknya, kamera depan didatangkan bersama flash dengan resolusi 8MP dan kamera belakang 13MP. Apatah lagi fungsi perisian terbina dalam untuk kamera telefon ini membolehkan pengguna mengambil gambar dalam mode Pro.

Fungsi Auto Mode juga tidak mengecewakan dengan memberikan 6 kelebihan yang hanya terdapat pada sebuah telefon pintar premium yang berharga lebih RM1000! Tapi dengan Blade V7 Lite ini, anda boleh memilikinya serendah RM499 di Lazada Malaysia.
Tidak boleh kata tidak pada kebolehan dan keupayaan yang ada pada telefon pintar terbaru dari ZTE ini. Anda boleh lihat spesfikasi penuh telefon ini di laman rasminya di sini - http://ztedevices.com.my/index.php/2016/05/11/blade-v7-lite/

Kelebihan Pada Fingerprint Sensor

Selain tarikan utama harga bajet dan fungsi kamera yang hebat, ada satu kelebihan premium yang ada pada ZTE Blade V7 Lite ini iaitu fungsi fingerprint sensor. Ia memberikan anda kelebihan dari sudut keselamatan data dan akses peranti serta aplikasi. Yang menariknya ialah, anda boleh menggunakan kelima-lima jari anda untuk mengakses fungsi aplikasi berbeza yang ada di dalam telefon ini.

Ia satu kelebihan untuk mereka yang mahukan akses pantas tetapi pada masa yang sama menyekat daripada disalahguna oleh orang lain.

Harga Bajet Untuk Sebuah Telefon Spesifikasi Premium

Jadi bagaimana? Cukup menarik bukan untuk sebuah telefon dengan harga rasmi serendah RM669 !! Malah, anda boleh memilikinya dengan harga promosi menarik RM499 di Lazada Malaysia.
ZTE Blade V7 Lite Telefon Canggih Harga Bajet
Untuk info serta promosi:

Facebook - ZTE Malaysia (https://www.facebook.com/ZTEMalaysia)
Laman Web - ZTE Devices - Blade V7 Lite
Untuk mendapatkan ZTE Blade V7 Lite secara online - Lazada ZTE Blade V7 Lite RM499


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…