6 Sebab ZTE Blade V7 Lite Menarik untuk Dimiliki. Wah, akhirnya saya dapat merasai betapa menariknya menggunakan ZTE Blade V7 Lite, sebuah telefon pintar keluaran terbaru daripada syarikat ZTE. Telefon pintar berskrin paparan 5" HD ini baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Mei 2016 yang lalu. Saya berkesempatan menggunakan telefon ZTE Blade V7 ini selama 2 minggu, dan post ini akan memberitahu anda semua kenapa dan mengapa telefon ini menarik untuk dimiliki.

Jadi, ikuti ulasan saya mengenai telefon pintar terbaru keluaran ZTE ini. Anda pasti akan teruja sebagaimana saya telah teruja menggunakannya!

6 Sebab ZTE Blade V7 Lite Untuk Menarik Dimiliki

Secara jujurnya, saya mulanya agak skeptikal dengan keupayaan telefon pintar dari ZTE ini. Almaklumlah, nama syarikat ini masih baru buat diri saya. Namun, setelah menggunakannya selama 2 minggu, saya dapati telefon ZTE Blade V7 Lite ini bukan sahaja menarik untuk dimiliki, tetapi mempunyai ciri-ciri terbaik untuk sebuah telefon pintar yang ringan dan dengan harga yang cukup murah.

Harga Berbaloi - Hanya RM699

Harga rasmi yang telah diumumkan untuk ZTE Blade V7 Lite semasa pelancaran rasminya di Plaza Low Yat  adalah RM669. Bagi saya, ia harga yang cukup berbaloi untuk sebuah telefon pintar yang mempunyai ciri-ciri dan spesifikasi yang boleh dianggap premium yang hanya terdapat pada telefon berharga lebih RM1000 ke atas.

Buat sesetengah orang, harga ambil peranan dalam memilih sebuah telefon pintar, jadi saya berikan sebab utama ini untuk anda semua... hoho .. RM699 cukup menarik tak harganya? 

Rekabentuk Premium, Ringan dan Selesa di Tapak Tangan

ZTE Blade V7 Lite memang ringan (135 gram) dan nipis, hanya 7.9mm dari sudut ketebalannya. Rekabentuk premium telefon ini yang dirangkakan menggunakan aloi aluminium telah dihasilkan di Munich, German. Ia tidak berbucu dan selesa dipegang di tapak tangan. Malah, disebabkan saiz dan beratnya ... ia mudah disimpan di dalam poket dan boleh dimuatkan dalam sebuah beg tangan seorang wanita. 

Spesifikasi Terbaik Dengan Harga

Saya bukanlah seorang yang begitu teknikal, tetapi jika dilihat pada spesifikasi am yang ada pada telefon ZTE Blade V7 ini, saya fikir apa yang terkandung di dalam rekabentuknya sudah sangat memadai bagi pengguna santai seperti saya. Berikut adalah spesifikasi dalaman yang ada pada ZTE Blade V7 Lite:
  1. Pemproses Quad-Core 2GB RAM dengan memori 16GB ROM; memadai untuk multi-tasking sebuah telefon pintar.
  2. Menggunakan Android 6.0 - Marshmallow sebagai pengantara antaramuka yang dipercayai lebih lancar dan lebih pantas.
  3. 4G LTE dual standby untuk mereka yang mahu asingkan fungsi kerjaya dan peribadi
  4. Bateri 2500mAh yang berupaya memberikan tempoh kuasa yang lama
  5. Kamera depan 13MP dan kamera belakang 8MP untuk ambilan gambar yang beresolusi tinggi, disertakan dengan flash depan belakang untuk pencahayaan terbaik untuk mengambil gambar waktu malam.
  6. Kamera dengan fungsi face detection untuk gambar selfie yang sempurna.
  7. Mempunyai slot untuk memori tambahan sehingga 32GB (Micro SD)
  8. Fungsi pelbagai untuk fingerprint sensor yang terletak pada bahagian belakang telefon.

Ambil Gambar Dengan Pro Mode dan Auto Mode

Sebagai blogger, dan yang suka mengambil gambar ... fungsi ambil gambar dan kelebihan pada kamera ZTE Blade V7 Lite sangat menarik perhatian saya. Ia mempunyai dua mode khas untuk mengambil gambar terbaik, iaitu Pro Mode dan Auto Mode. Jadi, andai saya mahu dapatkan gambar hebat yang persis dari seorang jurugambar profesional, saya boleh menggunakan fungsi ambilan gambar Pro Mode.

Yang agak menarik ialah fungis mengambil gambar secara Auto Mode menggunakan suara dan juga smile detection. Malah, ia juga berupaya mengambil gambar secara automatik jika kita menunjukkan V-gesture. Maka, ia sangat memudahkan untuk mendapatkan gambar terbaik terutama ketika berselfie.

Berikut adalah contoh gambar-gambar yang saya ambil menggunakan telefon pintar ZTE Blade V7 Lite ini:

Amacam? Kira okey la kan sebab ia autofokus dan menggunakan Auto Mode. Tanpa sebarang editing, saya snap dan terus kongsikan gambar dari ZTE Blade V7 Lite ini ke laman Instagram saya.

Fungsi Fingerprint Sensor Pelbagai

Antara ciri yang menarik yang ada pada telefon pintar ZTE ini ialah fingerprint sensor. Saya ada mempunyai satu telefon pintar lain yang mempunyai ciri fingerprint sensor ini, tetapi ia tidak dapat menandingi kepelbagaian fungsi yang ada pada fingerprint sensor ZTE Blade V7 Lite ini.

Anda boleh menggunakan kelima-lima jari anda untuk mewakili fungsi atau aplikasi yang berbeza. Dengan hanya satu sentuhan jari sahaja, anda boleh segera mengakses mana-mana aplikasi yang mewakili jari jemari tangan anda tersebut, tanpa perlu memasukkan kod pin!. Pantas dan segera. Malah dengan ciri ini juga, anda sebenarnya meningkatkan keselamatan pada isi kandungan di dalam telefon anda. Maka, ia tidak mudah diceroboh dan memastikan aplikasi berbentuk peribadi tidak diakses dengan mudah oleh orang lain.

Tiada Masalah Membuka Aplikasi dan Bermain Permainan Online

Masalah yang selalu dihadapi sebagai blogger dan online influencer menggunakan telefon pintar seperti saya ialah tempoh untuk akses sesuatu aplikasi. Aplikasi yang menggunakan memori banyak seperti Facebook dan Instagram serta permainan online sering memberikan masalah pada sebuah telefon pintar tetapi .. setelah 2 minggu saya menggunakan ZTE Blade V7 Lite ini, masalah ini saya dapati berlaku dengan sangat minima. Atau dengan kata lain, ia tidak ada masalah besar untuk mengoperasikan aplikasi dan permainan online.

Dengan adanya fungsi fingerprint sensor, akses kepada aplikasi tersebut menjadi lebih mudah dan lancar. Hanya dengan satu jari, saya boleh buka aplikasi secara terus.

Okey. Rasanya alasan-alasan dan sebab saya berikan di atas sudah cukup untuk menjadikan telefon pintar ZTE Blade V7 Lite ini tampak menarik untuk dimiliki. Jangan kata saya tak cerita ye .. hoho.

Walaupun ada beberapa ciri yang mungkin tidak disukai oleh golongan tertentu, tetapi saya yakin anda tidak akan kecewa dengan prestasi serta nilai yang ada pada telefon ini.

Berita baik untuk anda, telefon ZTE Blade V7 Lite kini dijual dengan harga pengenalan cukup menarik iaitu RM499 sahaja di Lazada Malaysia (Harga asal: RM669).

Sambutan Hangat Sewaktu Pelancaran ZTE Blade V7 Lite Malaysia

Oh ya, sewaktu pelancaran telefon pintar ZTE ini di Plaze Low Yat, ia telah mendapat perhatian mengagumkan daripada orang ramai. Anda boleh tengok beberapa gambar yang saya kongsikan di bawah sewaktu pelancaran model ZTE Blade V7 Lite ini pada 15 Mei 2016 yang lalu.
Jika nak tahu lagi mengenai ciri-ciri istimewa dan terbaik yang ada pada model telefon terkini ZTE ini:

Facebook - ZTE Malaysia (https://www.facebook.com/ZTEMalaysia)
Laman Web - ZTE Devices - Blade V7 Lite
Untuk mendapatkan ZTE Blade V7 Lite secara online - Lazada ZTE Blade V7 Lite RM499



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang berbaloi dengan harganya..
    bab kamera tu saya suka..

    BalasPadam
  2. uih..camera dia boleh tahan...mmg ingat nak cari hp baru...rasanya yang ni lebih berbaloi kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara benda pertama yang menarik perhatian saya pada model ZTE ni.

      Padam
  3. Mantap ni bro...nak kena sambar sbg pengganti hp gua yg super koman ni..hahah

    BalasPadam
  4. bateri kecil, 2500mah??? kalo nk lebih tahan lama bateri, kena cari 3500mah ke atas...

    BalasPadam
  5. Sekali imbas pandang dengan kotaknya yang berwarna putih, ianya seakan-akan iPhone.

    Harga memang berbaloi gila. Dengan skrin yang begitu besar, sangat memudahkan individu seperti saya nak buat rakaman video.

    Saya buat rakaman video di mana dalam video tersebut saya kongsikan bacaan ayat2 Ruqyah sebab saya seorang perawat Islam untuk merawat masalah sihir.

    BalasPadam
  6. Masukkan ulasan anda...pemain media xboleh baca pada kad memory

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement