Tips Elak Kanak-Kanak Terlihat Iklan Tidak Sesuai di Internet oleh Blogger. Isu lama tapi kembali diperkatakan. Baru-baru ini, rakan blogger saya yang berpengaruh, iaitu saudara +Syukri Mohammad Nor  telah membangkitkan isu ini menerusi satu post di Kelab Blogger Belia kendalian saya. Ia berkaitan mencari jalan penyelesaian untuk elakkan iklan yang tidak sesuai dipaparkan kepada kanak-kanak, khususnya menerusi blog-blog tertentu. Memang banyak cadangan yang telah diberikan, terutama daripada rakan-rakan blogger yang prihatin mengenai perkara ini.

Masalah iklan tak sesuai untuk paparan kanak-kanak ialah hanya sebahagian masalah yang berlaku apabila kanak-kanak gunakan internet. Ia bukan sekadar mengenai iklan yang keluar di blog atau laman web, tetapi juga iklan yang kadangkala keluar di enjin carian dan juga laman sosial terutama Facebook. Pernah perasan tak iklan-iklan tersebut? Ada tak anda nampak iklan yang muncul itu tidak sesuai untuk kanak-kanak? Ada tak sebarang kemungkinan, bahawa andainya anak-anak anda menggunakan komputer, iklan tersebut tidak dipaparkan?

Cadangan Untuk Elak Kanak-Kanak Lihat Iklan Tidak Sesuai di Internet

Tidak dinafikan, kanak-kanak juga antara golongan yang sekarang sudah aktif menggunakan internet. Mereka melayari apa sahaja laman web tanpa mereka sedari kesan baik buruknya. Kadangkala ada laman web dan blog yang paparkan cerita kartun Doraemon, Boboiboy, Upin dan Ipin ... tetapi 'dihias' dengan iklan-iklan yang tidak berapa sesuai untuk paparan kanak-kanak.

6 Tips Untuk Elak Kanak-Kanak Melihat Iklan Tidak Sesuai di Internet

Jadi, untuk cuba cari jalan penyelesaian, cadangan-cadangan berikut telah diberikan sebagai langkah untuk halang iklan yang tak sesuai dipaparkan kepada kanak-kanak. Anda boleh anggap ia merupakan kesimpulan yang telah saya kutip bersandarkan kepada pendapat dan pandangan yang telah diberikan oleh beberapa rakan blogger di Kelab Blogger Belia.

Pantau Penggunaan Internet oleh Ibu Bapa

Anda perlu tahu apa yang dicari oleh anak-anak menerusi internet. Anda perlu ambil kesah mengenai saluran YouTube yang mereka tonton, dan blog mahupun laman web apa yang mereka baca.

Letak Komputer Di Tempat Mudah Dilihat

Kalau boleh letakkan komputer di tempat yang mudah untuk anda perhatikan gerak geri mereka. Elak letakkan komputer di dalam bilik yang tertutup.

Hadkan Penggunaan Internet

Gunakan router yang mempunyai fungsi untuk tutup Wifi. Saya sendiri menggunakan router internet jenis TP-Link yang ada butang khas untuk mematikan fungsi Wifi. Dengan hanya satu butang, Wifi akan ditutup. Jadi, anak-anak saya tidak boleh gunakan tablet untuk melayari internet atau menonton di YouTube.

Gunakan Software Sekuriti Rangkaian atau Internet

Ada banyak perisian dan software yang boleh digunapakai untuk halang iklan-iklan daripada muncul di pelayar internet. Ada yang jenis berbayar, ada pula plugin percuma.

Pasang Firewall

Untuk mereka yang mempunyai pengetahuan teknikal, bolehlah gunakan cara ini untuk halang iklan-iklan yang merosakkan daripada muncul semasa melayari internet, atau menghalang daripada anak-anak tertekan iklan yang boleh memberikan kesan mudarat.

Gunakan Pelayar Internet Yang Ada Mode Khas

Sekarang ni, banyak pelayar internet yang mempunyai plugin khas untuk halang iklan-iklan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Malah, ada pelayar internet yang menyediakan mode khas untuk kanak-kanak. Ia bukan sahaja menyekat iklan, tetapi juga filter carian yang ditaip dan ditulis oleh kanak-kanak.

Itu antara cadangan atau tips untuk elak kanak-kanak daripada terlihat atau melihat iklan-iklan yang tidak sesuai. Ia mungkin bukan penyelesaian kekal, tetapi ia merupakan langkah yang terbaik untuk elak kanak-kanak yang menggunakan komputer dan internet terlihat atau melihat iklan-iklan yang tidak sesuai.

Salam Browser - Pelayar Islamik

Anda mungkin boleh cuba gunakan perisian pelayar internet ini - Salam Browser sebagai salah satu alternatif melayari internet dengan lebih selamat. Saya terjumpa capaian untuk install Salam Browser ini semasa sedang menyiapkan artikel ini, untuk mencari cara yang sesuai bagi elak kanak-kanak terlihat iklan yang tidak sesuai seperti iklan berbentuk pornografi dan keagamaan.

Dari penelitian awal, saya dapati browser ni masih dalam peringkat Beta, masih diuji dan masih cuba mendapatkan pandangan daripada pengguna untuk dikemaskini dengan lebih baik. Ia nampak seperi sebuah pelayar internet Islamik, dengan beberapa ciri yang agak baik seperti tapisan enjin carian. Kalau anda nak cuba, bolehlah download nanti - Muat Turun Salam Browser atau http://www.salambrowser.com

Semoga post dan artikel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Internet - Dunia tanpa sempadan akan jadi tidak terbatas kalau kita tidak membataskannya. Lakukan sesuatu untuk pastikan yang baik memberikan manfaat dan yang buruk dijauhkan.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Setuju dengan kata-kata Bro HH. terima kasih sebab sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... inilah kerja sebagai seorang blogger .. huhuhu

      Padam
  2. Setuju dengan perkongsian yang abg HH utarakan. Fyna pun x selesa sekiranya keluar iklan yang bukan-bukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah Fyna ... sebagai orang dewasa, leh fikir dan pilih dengan betul..kanak-kanak?

      Padam
  3. bagus ni..sejak jadi parents ni semua ni dah kene amik tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cabaran untuk ibu bapa dah tak macam dulu. Sekarang kita banyak terdedah .. dan vulnerable.

      Padam
  4. Terima kasih tips yang diberi. CP dah muat turun Salam Browser

    BalasPadam
  5. rajin rajin tengok ruangan 'history' di Youtube supaya dapa pantau video apa yg mereka tonton

    BalasPadam
  6. Thanks for sharing. Tips ni memang berguna untuk mereka yang menitik beratkan keselamatan semasa anak-anak melayari internet. ;)

    BalasPadam
  7. Bila ada anak dan memasing makin dekat dengan teknologi, lagi perlu kita berhati-hati. Mereka masih di fasa mudah dipengaruhi dengan apa benda yang mereka lihat.

    Thank untuk info tentang Salam Browser

    BalasPadam
  8. Saya pun ada anak yg meningkat remaja yg suka layari internet. Risau sgt2 jika tertengok iklan2 yg tak senonoh. Memang perlu ada app mcm ni yg boleh pantau dr mereka tgok iklan2 sebegini.
    Thanks HH ada perkongsian yg amat berguna ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement