Anda kaki shopping online? Jika anda seorang yang malas nak keluar rumah untuk bershopping dan mahu mendapatkan diskaun-diskaun khas serta potongan harga menarik setiap hari, anda patut singgah di Lazada Malaysia. Sejak saya diperkenalkan dengan Lazada, sudah banyak kali saya shopping online di situ, dan alhamdulillah .. setakat ini tiada masalah rumit yang saya hadapi.

Lazada Malaysia memang tempat yang sangat seronok untuk bershopping online. Ada banyak tawaran menarik di laman beli-belah online nombor satu di Malaysia ini. Jika anda merupakan follower blog saya, tentu dah baca pengalaman saya beli belah di Lazada.

Shopping Online Dengan Diskaun Khas Setiap Hari Lazada MY

Saya pernah beli telefon pintar Huawei Honor 7, penyapu elektrik, microwave oven, kipas elektrik, jam tangan, jam meja, usb hard disk, malah beberapa hadiah istimewa untuk emak, isteri dan anak-anak saya. Banyak juga saya telah berbelanja di Lazada. Saya juga pernah dapat beberapa baucer khas disebabkan kesetiaan saya beli belah di situ.

Sebelum ini, saya ada berkongsi sedikit tips dan panduan bagaimana nak dapatkan kod baucer diskaun di Lazada. Kali ini, saya nak kongsikan beberapa tips lain untuk dapatkan diskaun di Lazada Malaysia.
Diskaun Khas Setiap Hari Lazada MY
Untuk info, setiap hari .. Lazada memberikan diskaun khas untuk pelanggan-pelanggan bank-bank khusus. Anda boleh dapatkan diskaun khas ini bermula dari hari Selasa hingga Sabtu Ahad. Diskaun yang diberikan pula adalah sehingga 5%-10%.

[Promo] Beli iPhone Dengan Tawaran Terbaik, Harga Bermula dari Serendah RM3XX.XX (ansuran)

Anda hanya perlu sedikit kecerdikan untuk memanipulasi pemberian diskaun khas ini. Sebenarnya anda tidak perlu pun menjadi pelanggan kepada bank-bank ini. Anda boleh sahaja berpakat dengan kawan-kawan, sanak-saudara ... group whatsApp untuk peroleh diskaun ini, dengan syarat mereka merupakan pelanggan bank-bank yang berlainan ini.

Anda boleh berpakat untuk beli-belah bersama mereka, bayar dengan harga diskaun yang ditawarkan oleh Lazada dan bank. Kalau anda seorang usahawan runcit, mungkin sesuatu yang boleh anda ambil manfaat ... huhu.. kerana ada sesetengah produk yang dijual di Lazada, harganya jauh lebih murah dari pasaran.
[Promo] Tawaran Nexus 6P dari Lazada Malaysia
Setiap minggu pula, tawaran menarik sentiasa berubah ... dan kadangkala ada diskaun tambahan diberikan kepada pelanggan-pelanggan Lazada, khusus pelanggan baru yang menggunakan Lazada Apps.

Mahu dapatkan lebih banyak diskaun bila shopping di Lazada, anda kena rajin jenguk laman web tersebut setiap hari ... dan untuk menambahkan sebab .. ada Flash Sale dengan tawaran diskaun yang berkali-kali lebih rendah dari kebiasaan.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement