Sup Hameed Cicah Roti Memang Sempoi

Sup Hameed, siapa yang pi lepak atau bercuti ke Penang, saya syorkan untuk pekena Sup Hameed. Saya sejak belajar lagi dah mengenal Sup Hameed ni. Kiranya dah berpuluh tahun dah. Sup Hameed memang terkenal di Penang, terutama yang tinggal berdekatan George Town. Tak kira bangsa, agama, hampir semua golongan memang berselera menikmati kehangatan Sup Hameed.

Restoran Sup Hameed tak susah nak cari. Dengan teknologi Google Map, anda dah boleh ke restoran ini dengan mudah. Ia terletak berhadapan sebuah hotel iaitu Hotel Malaysia, dan trademark lain adalah sebuah stesen minyak di simpang masuk ke restoran ini. Kalau susah juga nak cari, cuba cari Hotel Cititel yang berjarak kurang 100 langkah sahaja (kalau langkah besar .. hehe).

Sup Hameed Cicah Roti Memang Sempoi

Sup Hameed Cicah Roti Memang Sempoi
Biasanya waktu siang, keadaan di restoran ini agak lengang. Ia akan jadi riuh rendah apabila malam menjelma. Memang ramai warga Penang, termasuklah pelancong tempatan dan pelancong asing yang menginap di hotel berdekatan yang akan menikmati menu pelbagai sup panas-panas yang ada disediakan di Sup Hameed.

Apabila anda memesan sup di restoran ini, anda akan secara automatik dihidangkan dengan roti gebu lagi lembut untuk dicicahkan dengan roti. Perlu diingat ialah harga sup dengan harga roti adalah berlainan. Kalau anda rasa tidak mahu makan sup panas-panas dengan roti, boleh minta dikembalikan roti segar yang tersedia. Sup Hameed cicah dengan roti memang sempoi. Anda boleh juga memesan Nasi Puteh untuk dihidangkan bersama sup. Pilihan tersedia, hanya bayar sahaja .. hehehe.

Pelbagai Macam Jenis Sup di Restoran Sup Hameed

Ada macam-macam sup disediakan di Restoran Sup Hameed, Penang ni. Antaranya:
  • Sup Daging Lembu
  • Sup Tulang
  • Sup Kambing
  • Sup Kaki Kambing
  • Sup Ayam
  • Sup Burung Puyuh
  • Sup Urat Lembu
  • Sup Lidah Lembu
  • Sup Torpedo
  • Sup Perut Lembu
Sup Hameed Penang Cicah Roti Memang Sempoi
Dan juga pelbagai jenis Roti Canai .... huhu .. saya pun kagum begitu banyak jenis roti canai ada disediakan di restoran ini, antaranya Roti Planta, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Sardin, Roti Cheese, Roti Telur, Roti Milo .. uhh anda kena datang kalau nak rasa kagum dan mencuba rasa kepelbagaian ini.

Kalau nak mencari makan malam sempoi atau mungkin makan lewat malam (supper) bolehlah lepak-lepak di Sup Hameed pekena sup panas, roti gebu dan teh tarik. Suasana memang meriah, apatah lagi kalau hari malam cerah .. sampai ke kaki lima bangunan bersebelahan pun penuh meja orang hirup sup panas-panas.

Kuah sup memang pekat, bergantung dengan jenis sup yang anda pesan. Kalau saya ke sini, antara pilihan terbaik harus dicuba ialah Sup Ekor Lembu, dan juga Sup Kambing. In Sha Allah, anda takkan susah payah nak makan daging dalam Sup Hameed sebab semuanya dah empuk lembut dah ... dan anda akan berpeluh jantan dek kerana rempah ratus sup yang power!


1 comment... add one now

Mustaffa Yasin Mustaffa Yasin June 14, 2016
saya peminat masakan kambing.. tapi sup kaki kambing tak pernah try lagi..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.