Pasar Batu 6, Syurga Kuih Muih di Kuala Terengganu

Biras saya, iaitu isteri kepada adik ipar saya berasal dari Batu 6, Kuala Terengganu. Malah, dah acapkali saya dan keluarga menginap di rumah orang tuanya yang terletak di Batu Enam, Kuala Terengganu; kalau kami bercuti ke Pantai Timur.

Salah satu tarikan yang best yang terdapat di Batu 6, Kuala Terengganu ialah Pasar Batu 6. Pasar ni memang terkenal, bukan sahaja kepada penduduk sekitar Kuala Terengganu malah kepada orang luar. Di pasar ini macam-macam boleh jumpa, terutamanya kuih muih tradisional orang Terengganu.

Pasar Batu 6, Syurga Kuih Muih di Kuala Terengganu

Pasar Batu 6, Syurga Kuih Muih di Kuala Terengganu

Nah ... bulan Ramadhan, lagilah meriah. Pasar Batu 6 menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan pelbagai juadah berbuka puasa. Aneka kuih muih dari rasa masam, masin, pedas dan manis. Meh tonton video di bawah ini untuk tengok betapa meriahnya Pasar Batu 6, sehingga dianggap sebagai syurga kuih muih di Kuala Terengganu.

Video - Pasar Batu 6, Syurga Kuih Muih di Kuala Terengganu


Tempat anda ada tak pasar yang macam ni? Kongsikan ...

1 comment... add one now

Mohd Adha Mohd Zain Mohd Adha Mohd Zain June 15, 2016
Memang banyak kuih dekat Pasar Batu 6 ni. Rambang mata dibuatnya. Cuma kena hati-hati sket sebab ada segelintir peniaga yang jual kuih semalam yang mungkin boleh buat kita sakit perut. Imej pasar ni agak tercalar disebabkan sikap peniaga yang tak bertanggungjawab ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.