Lagu Raya 2016 - Hang Pi Raya oleh Khalifah

Wah. Ada lagu raya baru 2016 la. Lagu raya 2016, 'Hang Pi Raya' oleh Khalifah mula mendapat tempat dan videonya di YouTube sudah pun mendapat lebih 300K tontonan. Lagu raya baru 2016 diadaptasi dari rentak lagu popular kumpulan Khalifah - 'Hang Pi Mana' cepat menjadi tarikan kerana rentaknya yang cukup catchy.

Suara Yabang memang power. Lenggok suara memang best. Dulu tengok Yabang rambut panjang nak gelak je ... tapi skarang dah ensem, rambut pendek gitu. Dalam 'Hang Pi Raya' ni .. lirik awal-awal tu mungkin susah sikit nak follow .. tapi anak-anak saya dah mula suka dah ... walaupun baru pertama kali dengar.

Lagu Raya 2016 - Hang Pi Raya oleh Khalifah

Lagu raya nak popular senang je .. bagi sesuai dan mudah nak dilagukan budak-budak .. aha ... cepatlah lagu tu jadi siulan .. huhu walaupun tak reti bersiul .. wakaka... nak nak lagi lagu raya dari Khalifah ni. Sebab apa? Sebab lagu 'Hang Pi Mana' dah pun viral dan meletop. Anak-anak saya ... ada je dok nyanyi lagu tu .. kejap nak keluar gi kedai pun, derang dok lagu ... "Hang Pi Mana .. " adehhhh ....

Meh layan lagu raya baru 2016 dari kumpulan Khalifah .. 'Hang Pi Raya' ...


Dah dengar lagu raya 2016 dari kumpulan Khalifah ni? Amacam? Kira oklah kan?

1 comment... add one now

Mama Kembar 3 Mama Kembar 3 June 22, 2016
Cute plak lagu ni. Buat tak sabaq nak balik raya!

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.