Terima kasih TNB kerana sediakan iklan raya penuh makna #lepastu. Watak kanak-kanak bernama Din adalah cermin diri semua insan. Mana ada insan dan manusia yang tidak berbuat salah dan silap. Ini khilaf manusia, walaupun Allah S.W.T telah mencipta makhluk bernama manusia dengan sebaik-baik kejadian. Iklan raya 2016 dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) #lepastu mengingatkan kita akan erti kemaafan.

Saya merasakan iklan raya TNB 2016 kali ini agak comel dengan penampilan kanak-kanak bernama Din. Din sebelum ini tertanya-tanya, apakah segala dan semua kesalahannya akan dimaafkan oleh ayahnya, Dia risau takut dimarahi ... anda boleh lihat dua teaser iklan raya TNB 2016 di sini - Teaser Iklan Raya Aidilfitri 2016 TNB

Iklan Raya TNB 2016 #lepastu (Full Version)

Iklan Raya TNB 2016 #lepastu

Kali ini saya tampilkan iklan penuh iklan raya TNB 2016 #lepastu untuk tontonan anda. Lihat sahaja gelagat orang ramai yang dengar pengakuan Din yang banyak buat salah pada ibu dan ayahnya .. uhhh .. kalau dengar pengakuan Din, jika anak saya .. susah gak tu saya nak terima ... hoho .. memang perlu menjadi ayah yang dapat menerima dan bersabar.

Video Penuh Iklan Raya 2016 #lepastu TNB

Ini hakikat dan realiti, kita memang banyak buat salah dan silap sepanjang hidup kita. Dan saya fikir tak ramai seperti Din yang mengaku semua salah dan silapnya. Kita? Takat hulur salam ... dan mohon maaf secara am.... tak sebut pun apa salah dan silap .. huhuhu ..

Nih antara senarai kesalahan Din pada ayah dan ibunya ....
  • Terhilangkan jam
  • Tertumpahkan air basahkan kasut kegemaran abah
  • Tercalarkan kereta baru
  • Terbuang pokok abah
  • Terbanjirkan dapur mak
  • Terosakkan drone abah
  • Terpijak ipad abah
  • Tertumbangkan almari cantik mak
  • Terlanggar comel
  • Terkotorkan baju abah
  • Terpatahkan spek mata hitam abah ..
#lepastu ....

Iklan Raya TNB 2016 #lepastu
Ada brani macam Din? Ada brani sebut satu-satu salah dan silap pada suami? pada isteri? pada ayah ibu? pada boss? pada kekasih hati? .. haha .. saya jamin, banyak kesilapan dan kesalahan yang akan disembunyikan. Bak kata pepatah, ada perkara bagai diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Terhibur saya dengan iklan raya TNB 2016 #lepastu ... anda bagaimana?

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement