Saya amalkan minum air Jus Nanas (segar) yang dicampur dengan Gula Batu. Dalam masa sehari sahaja, sakit tekak dan batuk saya hilang. Cuma ada rasa kerengsaan sikit pada anak tekak, al maklumlah .. minum jus nenas ketika sahur dan berbuka, lepas tu seharian tekak tidak dibasahi air. Rasa tajam Nanas tu macam tertinggal lak dalam tekak .. huhuhu. Lagi-lagi, jus Nanas dibuat secara sendiri, perah dari sumber.
Gula Batu + Jus Nanas Merawat Batuk
Apa yang perlu anda buat untuk legakan sakit tekak dan batuk dengan petua ini ialah ...- Perah jus Nenas (samada beli jus tersebut atau perah terus dari buahnya).
- Masukkan sebiji Gula Batu ke dalam secawan jus Nenas.
- Kacau, dan tambahkan sedikit air suam untuk memudahkan Gula Batu larut.
- Minum sehingga habis.
- Amalkan setiap pagi dan petang, kalau dalam kes saya .. sahur dan berbuka.
In Sha Allah .... batuk akan hilang.
Saya dah gunakan petua ni atas paksaan isteri saya .. hahaha ... alhamdulillah, ia mujarab dan hanya ambil masa sehari untuk melihat kesannya.
Saya dapat tahu kebanyakan Jus Nanas yang ada dijual, turut mengandungi Gula Batu sebagai bahan utama. Jadi, tidak syaklah ada yang kata Jus Nanas tersebut boleh melegakan sakit tekak dan batuk.
Kalau begitu, bolehlah simpan sebotol dua Jus Nanas di dalam rumah. Kalau tak pun, beli je buah Nanas, dan buat jus sendiri .. bukan susahpun, beli buah Nanas, buang kulit, perah ...campur Gula Batu pastu letak dalam peti ais.
Cubalah.... leh je berbuka dengan Jus Nanas + Gula Batu.
boleh cuba lepas ne...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah...in sya Allah boleh diamalkan ni..
ReplyDeleteAda petua yang suruh kita tapis jus nenas sampai takde buih dan serat. tapi petua yang ni campur dengan gula batu je ya?. Lagi senang.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.