Memancing Siakap Semilang Amir Chalet

Bagai rasa lama tak memancing bersama anak-anak, kali akhir sebelum post ini ditulis adalah memancing ikan Puyu bersama anak kedua saya di kawasan parit yang ada di tempat saya. Haha .. rasanya dah cukup baik untuk anak saya yang baru darjah dua itu untuk melepaskan gian memancing. Alhamdulillah, baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menempah bilik/chalet di Amir Chalet yang terletak di Kampung Baru, Setiawan. Misi kami anak-beranak, adalah untuk memancing Siakap Semilang Amir Chalet!

Ini bukan pertama kali kami memancing di Chalet Amir. Malah, saya dah banyak kali kongsikan gambar memancing di Chalet Amir yang terkenal dengan tangkapan ikan Siakap yang saiznya agak besar. Kalau anda rajin, bolehlah jenguk di instagram saya ... uhh follow je terus .. ekekeke.

Memancing Siakap Semilang di Amir Chalet, Kampung Baru, Setiawan

Memancing Siakap Semilang Amir Chalet
Amir Chalet dah lama beroperasi, cuma tak ramai yang tahu memandangkan lokasinya yang agak terperosok jauh di hujung Kampung Baru, Setiawan. Ada banyak rumah atau chalet yang boleh disewakan. Malah, Tuan Haji yang menjadi pemilik Amir Chalet turut sediakan dorm-dorm dan dewan untuk kumpulan yang besar.

Chalet Mengujur ke Muara Sungai

Jika hujung minggu memang susah sikit nak dapat tempah. Nasib baiklah kali ini, saya dapat tempah chalet yang biasa kami ambil, iaitu Chalet Aked yang mengujur ke laut, yang merupakan antara lubuk Siakap dan Semilang di Amir Chalet. In Sha Allah, kalau tempah Chalet Aked ini ... anda pasti takkan kecewa.
Percutian Memancing Siakap dan Semilang di Amir Chalet, Kg Baru Setiawan
Cuma satu je nak pesan .... chalet di sini memang khas untuk kaki pancing. Jadi, faham-faham ajelah ye .. takde TV, takde sofa .... takde kemudahan 2-3 bintang. Yang ada cuma katil, tilam, sinki, bilik air yang seadanya sahaja. Ada jenis chalet yang disediakan dengan kemudahan bilik berhawa dingin, tetapi kebanyakkannya jauh dari kawasan lubuk ikan. Hanya beberapa chalet yang mengunjur ke laut sahaja yang selalunya membawakan hasil menggembirakan.

Saya pilih Chalet Aked Amir Chalet sebab ia adalah sebuah rumah dibina di atas laut. Ada dua bilik dengan setiap satunya ada dua katil. Sorry, no air-condition .... huhu. Tapi ada kipas, in Sha Allah ... dapat melegakan kepanasan melampau berada di tepi laut.
Percutian Memancing Siakap dan Semilang di Amir Chalet, Kg Baru Setiawan
Percutian Memancing Siakap dan Semilang di Amir Chalet, Kg Baru Setiawan
Bermesraan berdua di tepi laut

Awas, Lalat dan Nyamuk Banyak!

Lagi satu nak beritahu ... jika siang, anda akan diancam dengan kehadiran lalat yang ada masa sangat melampau banyaknya .. tengah menyuap makanan pun leh hinggap di tepian bibir .. uhh tak ke melampau tu?? Manakala, waktu malam, anda perlu bersiap sedia dengan serangan nyamuk yang datangnya macam segerombolan lebah yang kena jolok sarang. Kalau tak ada ubat nyamuk, maka bertepuk tamparlah anda nanti.

Tetapi, ia bukan berlaku setiap masa. Kebanyakkan waktu saya dan keluarga ke Amir Chalet, alhamdulillah .. tak adalah teruk sangat. Lalat tetap ada, begitu juga nyamuk .. biasalah .. tepi laut, kat muara sungai pula; memang habitat yang sangat disukai kedua haiwan yang boleh mengancam kesihatan manusia.

Jenis Ikan Pernah Dipancing Di Amir Chalet

Setiap kali saya dan keluarga ke Amir Chalet untuk memancing, antara hasil yang pernah kami bawa balik adalah ...
  • Siakap (bukan saya dapat ...)
  • Semilang
  • Tetanda
  • Tetuka
  • Gerut-Gerut
  • Gelama
  • Duri
  • Kurau
  • Senangin
  • Dan beberapa spesies tidak diketahui sangat namanya...
Memancing Siakap Semilang Amir Chalet
Alhamdulilah, percutian keluarga weekend getaway kali ini memberikan hasil ... anak kedua saya telah berjaya mendaratkan ikan pertama iaitu ikan Tetanda sebesar tapak tangan. Dan saya pula berjaya menaikkan ikan Semilang ketika air surut penuh, berat lebih kurang 1kg lebih. Best juga melayannnn ...

Pancing Patah Disebabkan Ikan Sebesar Peha ...

Dan pada satu ketika, saya tersentak apabila pancing yang baru saya belikan untuk anak saya hebat melentik hampir 90 darjah. Jenuh melawan tarikan ikan ... hampir-hampir nak daratkan ... hujung pancing tersebut patah. Memang tak ada siapa yang dapat menolong, sebab yang lain-lain, iaitu isteri dan ketiga anak-anak saya semuanya dah tidur lena. Jadi, pertarungan antara lelaki kacak dan ikan dikail memang sengitlah .. berdecit-decit kekili saya berbunyi kasar di tarik ikan.

Fuh. Memang berat ... memang berat.

Hujung joran patah, maka saya gunakan kudrat tangan, nasib baiklah ada sarung tangan ... kalau tak, mau naya jari jemari 'dimakan' tali microfilamen pancing. Laaaa ... bapak besor ikan yang makan umpan .... ada sebesar peha saya. Baru je nak melihat saiz ikan dengan jelas ...berdebuk .. ikan yang menjadi tarungan akhirnya terlepas. Tali pancing putus ...
Semasa nak naikkan ikan yang pada hemat saya beratnya lebih 5 kg itu .. dapatlah saya kenal-pasti spesiesnya. Cehhh .. rupa-rupanya ikan Duri yang menjadi tarungan... spoil betul untuk bercerita pada adik-beradik dan sepupu sepapat ... mati-mati saya ingatkan ikan Siakap .... adehh. Rasa tak berbaloi batang pancing patah disebabkan ikan Duri ni.

Hasil Trip Percutian Memancing Chalet Amir April 2016

Trip dan percutian memancing di Amir Chalet kali ini hanya dapat 4 ekor ikan sahaja. Seekor ikan Semilang hasil tangkapan saya, dan selebihnya adalah ikan yang dipancing oleh anak saya. Oh ya, kali ini berjaya naikkan seekor bapak ikan Tamban yang melekat pada pelampung untuk menjerat Siakap.

Alhamdulillah. Walaupun hasilnya tidaklah selebat sebelum ini, tapi cukup puas hati kerana saya berjaya menaikkan ikan Semilang yang beratnya lebih daripada sekilogram. Apa lagi ... menjadi lauk gulailah lepas ni.
Memancing Siakap Semilang Amir Chalet
Jika anda berada di Perak, dan nak cuba menduga sekitar perairan berhampiran Amir Chalet ini, bolehlah membuat tempahan menerusi facebook Chalet Amir. Anda kena buat tempahan awal untuk ke sini, sebab ia menjadi kegemaran untuk pelajar-pelajar IPT untuk berkhemah, bersantai dan menjalankan aktiviti luar kampus.

1 comment... add one now

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah April 19, 2016
Menarik betul tempat ni untuk kaki pancing. Tapi kena sediakan ubat nyamuk awal-awal kan. Kasihan patah pula pancing HH. Tak apa, lain kali pergi sana bawa yang baik punya.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.