Tak boleh nak buat apa, saya terpaksa ... dia dah gian sampai katanya tangan dah menggeletar. Anak saya, seorang kanak-kanak normal lain, gian mahu memancing dan mahu lepaskan rasa. Paling mudah untuk saya, bawa anak saya itu melepaskan gian memancingnya di tepian parit. Dan nasib baik parit di sekitar tempat saya ni banyak ikan. Fuh ... kalau tak .. mau diajaknya pergi Ban Pecah, di Kuala Kurau.

Ala, saya masa kecik-kecik pun perangai lebih kurang sama .... memancing di tepian parit sebelah umah arwah Opah. Ketika itu, air parit boleh masuk main air, mandi manda .. terutama ketika selepas hari hujan. Kalau air dalam, akan ada banyak ikan bermain-main di tepi tebing parit. Kena musim ikan mengawan .. sauk je semak-semak di tepi parit leh dapat macam-macam jenis ikan.

Budak Darjah Dua Lepas Gian Tepi Parit

Budak Darjah Dua Lepas Gian Tepi Parit
Tapi skarang, mana ada parit yang airnya boleh main terjun tiruk. Kalau di sesetengah tempat, mungkin ada tali air yang airnya jernih .. .. tapi susah dah nak jumpa. Di kawasan saya ni pun, banyak terusan, banyak tali air dan parit yang tersambung ke kawasan sawah padi... tapi .. tengok airnya .. uh penuh dengan sampah sarap. Gamak nak terjun? silap-silap pampers anak jiran kampung sebelah singgah atas kepala .. haha.

Anak saya, kanak-kanak seperti saya dahulu .. memang sering rasa gian untuk memancing. Lebih-lebih lagi apabila dah merasai bagaimana asyiknya ikan meragut umpan.

[Baca] Tips Memancing Ikan Kerapu Tepian Batu oleh Anak Saya

Kesempatan singkat yang ada, saya bawa anak saya .. yang baru darjah dua melepas gian di tepian parit. Banyak parit ... pilih mana yang nampak ada 'sambutan'. Alhamdulillah, gian anak saya tu akhirnya dapat dilepaskan ... dapat ikan puyu beberapa ekor pulak tu. Saya seronok je tengok dia gembira dan tersenyum puas mendapat ikan, dan melepaskan gian memancing. Tengok gambar yang saya selitkan tu ... muka penuh bangga je .. hahahaha
Budak Darjah Dua Lepas Gian Tepi Parit
Hmm .. teringat awal-awal saya memancing dulu .. ikan pertama saya dapat ialah ikan keli. Hanya memancing di parit di tepi rumah arwah Opah dengan menggunakan umpan tepung dan serbuk kunyit.  Seronok dapat 4 ekor ikan keli yang akhirnya jadi hidangan tengahari saya dan arwah Opah. Emak saya ... arwah abah tak suka .. jadi sayalah yang tukang bedal. Rasa bangga lak dapat makan ikan yang dipancing sendiri .. dan ketika itu .. saya juga baru darjah dua!

p.s: Al-fatihah untuk arwah Abah dan Opah ...



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement