Jika anda ada membaca post saya sebelum ini, berkaitan 5 Tips Jimat Menggunakan Penghawa Dingin, saya ada memberitahu tentang pemilihan kuasa (horse-power) penghawa dingin yang betul untuk sesebuah bilik. Jika kuasa ini tidak cukup kuat, ia mungkin akan mengakibatkan penghawa dingin bekerja keras untuk memenuhi ruang dengan suhu yang ditetapkan. Salah satu cara untuk memudahkan anda memilih kuasa (horse-power) penghawa dingin ini ialah dengan mengira BTU.

BTU bermaksud British Thermal Unit. Pemilihan BTU yang betul untuk sesebuah ruang bagi penghawa dingin akan membolehkan penghawa dingin digunakan secara optimal, tidak terlebih beban, dan tidak kekurangan beban. Anda tidak boleh memasang 2.0HP untuk sebuah ruang yang kecil walaupun dengan cara ini akan lebih cepat menyejukkan ruang atau bilik anda. Begitu juga anda tidak boleh menggunakan 1.0HP untuk ruang yang terlalu besar kerana ia akan meningkatkan penggunaan tenaga untuk menyejukkan ruang.

Cara Kira BTU Untuk Pilih HP Penghawa Dingin

Cara Kira BTU Untuk Pilih HP Penghawa Dingin

Maka, mengetahui jumlah BTU diperlukan bagi setiap kaki persegi ruang adalah penting dalam memilih saiz relau dan sistem penyaman udara. Sistem yang betul akan membolehkan penghawa dingin menyejukkan rumah anda dengan cekap dan berkesan.

Formula 'Emas' Acson Kira BTU

Ada cara untuk anda mengira BTU sesuatu ruang atau bilik; iaitu dengan menggunakan formula di bawah. Dengan pengiraan menggunakan formula ini, anda akan tahu berapa kuasa (horse-power (HP)) yang diperlukan bagi bilik tersebut.

  1. Langkah 1 - Tentukan saiz bilik anda. Katakan saiz ruang atau bilik anda ialah 500kaki persegi.
  2. Langkah 2 - Mengira BTU dengan formula emas Acson ini: 63.9 X Saiz Bilik (kaki persegi) = 63.9 X 500 = 31,950
  3. Langkah 3 - Pilih kuasa (horse-power (HP)) berdasarkan nilai BTU tadi.
Daripada contoh tadi, bilik atau ruang berkeluasan 500 kaki persegi memerlukan 31,950 BTU, bermakna ia memerlukan sebuah penghawa dingin dengan kekuatan kira-kira 3H.P.

Faktor Lain Untuk Ketepatan Kiraan BTU

Tetapi, harus juga diambil kira faktor-faktor lain seperti ketinggian syilling, jumlah orang yang berada di dalam ruang, penggunaan alat elektrik/pemanasan dan penerobosan cahaya dari luar. Untuk itu, saya berikan satu tips am untuk memperbaiki nilai BTU.

  • Jika ruang agak kelam tanpa ada cahaya luar masuk, maka kurangkan nilai BTU kepada 10 peratus.
  • Jika ruang agak terang, kadar penembusan cahaya adalah tinggi, maka tingkatkan kapasiti BTU kepada 10 peratus.
  • Jika bilik atau ruang itu sentiasa memuatkan lebih daripada 2 orang, maka tambah 600 BTU bagi setiap tambahan orang melebihi 2 tadi.



Faham tak? Mungkin agak sukar kot nak kira, tapi in Sha Allah boleh seandainya anda baca pelan-pelan arahan di atas. Ingat ye, tips dan strategi ini penting supaya anda dapat optimasi penggunaan tenaga dari penghawa dingin, supaya tenaga tidak dibazirkan dan anda tidak perlu membayar bil elektrik yang berlebihan.

Secara am, nilai BTU bersandarkan kepada keluasan ruang adalah seperti jadual di bawah.

Cara Kira BTU Untuk Pilih HP Penghawa Dingin

Ok, setiap jenama serta set penghawa dingin ada nilai BTU yang berbeza-beza. Malah untuk satu model tertentu dalam satu-satu jenama boleh ada nilai BTU yang berlainan walaupun mempunyai kekuatan kuasa HP yang sama.

Bermakna 1HP mungkin mempunyai 3,000 BTU/hr atau 3,500 BTU/hr.

Jadi penting untuk anda tahu nilai ini .. ia juga untuk mengelakkan dari terpedaya dengan kata-kata penjual yang mahu anda membeli penghawa dingin yang lebih mahal walhal kuasa dan nilai BTU yang sepatutnya adalah rendah daripada ditawarkan.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Untuk lebih jelas dan tepat, anda disarakan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang lebih arif, dan kalau boleh carilah mereka yang anda kenal dalam mengenal-pasti jumlah BTU dan nilai kuasa HP untuk ruang yang mahu anda letakkan penghawa dingin.

Perkongsian ini cumalah cara ringkas secara am untuk anda tahu pengiraan BTU ini bagi elakkan dari tersilap memilih kuasa penghawa dingin.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nice sharing... belajar sst yg baru pasal aircond ni... sebelum ni tak pernah dgr pun BTU tu,,, hehe

    BalasPadam
  2. nak beli aircond..tapi dalam perancangan sahaja dulu

    BalasPadam
  3. Tips yang bagus ni. Musim panas ramai yang nak ni.

    BalasPadam
  4. Bagus ni, Kena kira jika nak berjimat cermatkan.

    BalasPadam
  5. Maaf..mcm x lengkap la kiraannya. Ketinggian siling mcm mana. Gmbar kolum per sqf tu x faham. Xda tunjuk horsepower

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena baca dari awal .... faham betul-betul .. memang ada diberitahu bahawa aspek ketinggian syilling ada impak, tetapi apa yang saya kongsikan ini dariAcson adalah pengiraan am, yang boleh kita kira sendiri .. nak ukur ketingggian tu kadang sukar.. jadi ambil pjg lebar bilik lebih mudah.

      Mengenai kolum tu ..berdasarkan pengiraan sebelumnya tu ..

      31,950 BTU, bermakna ia memerlukan sebuah penghawa dingin dengan kekuatan kira-kira 3H.P.


      Jadi, jika 34 BTU .. kira2 3HP. Jika 24 ribu ....2HP ...

      Nak lebih tepat minta pendapat pakar ye .. saya cuma kongsi apa pengetahuan am seorang marhein je.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement