5 Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Guna Penghawa Dingin

5 Tips Jimat Bil Elektrik Guna Penghawa Dingin

Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Guna Penghawa Dingin. Dalam cuaca panas sekarang, penghawa dingin merupakan antara kelengkapan rumah yang dioptimasi penggunaannya. Saya sendiri mempunyai sebuah penghawa dingin atau penyaman udara (aircond) jenama Acson yang diletakkan di bilik utama. Saya beli aircond ni secara online .... siap dapat hadiah percuma yang memang best dari Acson. Boleh baca kisah tu di sini -Pengalaman Pertama Beli Penyaman Udara Acson Secara Online

Sejak dari dulu, ramai yang anggap rumah yang ada penghawa dingin adalah rumah orang kaya. Yelah, bukan mudah nak maintain bil elektrik kalau ada penghawa dingin ni. Saya sendiri anggap memiliki sebuah penghawa dingin merupakan satu keperluan mewah. Agak berkira-kira juga masa nak beli ... tapi alhamdulillah, dengan beberapa tips jimat cara guna penghawa dingin, bil elektrik boleh dikawal supaya tidak terlalu tinggi.

Secara amnya, sebuah rumah yang ada set penyaman udara atau pendingin udara ini akan mempunyai bil elektrik yang berjumlah dua kali ganda (jika satu), dan bertambah tiga kali ganda (jika lebih) berbanding purata bil tanpa menggunakan peralatan ini. Contohnya, jika tanpa penghawa dingin digunakan, bil semasa adalah RM80 sebulan, maka apabila ada set penghawa dingin ni di dalam rumah, bil elekterik boleh melonjak menjadi RM140-RM160 sebulan.

5 Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Menggunakan Penghawa Dingin

Jadi, saya pasti ramai orang termasuklah diri saya sendiri mahu pastikan bahawa kos bil elektrik tidak terlalu membebankan, tanpa membuang keselesaan dan kenyamaan yang dapat andai menggunakan penghawa dingin. Mungkin dengan sedikit perubahan tentang cara mengaplikasikan kemudahan ini akan memberikan impak positif terhadap bil elektrik bulanan.

Saya nak kongsikan beberapa tips, teknik dan kaedah mudah yang dapat meningkatkan efisiensi penghawa dingin - yang mana bukan sahaja memberikan penjimatan penggunaan elektrik tetapi juga mengurangkan penggunaan tenaga yang sebenarnya boleh menjejaskan alam sekitar. Andai kita hormat alam sekitar, maka alam sekitar akan 'hormat' kepada kita sebagai penghuni bersama.

Pilih Kuasa (Horsepower) Yang Betul

Sebagai permulaan, adalah sangat penting untuk anda memikirkan mengenai kuasa yang diperlukan untuk menyamankan sebuah bilik. Jadi, keluasan bilik adalah aspek utama untuk pemilihan ini. Jika anda menggunakan kuasa penghawa dingin yang rendah (1.0H.P), ia mungkin tidak cukup berkemampuan untuk menyamankan sebuah bilik, bermakna ia akan beroperasi dengan lebih lama dan lebih menggunakan tenaga. Secara langsung, ia akan menyebabkan bil elektrik anda meningkat.

Walaubagaimanapun, jika menggunakan kuasa penghawa dingin yang terlalu besar (3.0HP), ia mungkin akan menyamankan bilik lebih pantas tetapi pada masa sama akan menyebabkan ruang menjadi lembab; iaitu sebaik sahaja penghawa dingin tertutup secara automatik. Keadaan ini menyebabkan anda tidak berasa selesa kerana kelembapan bilik tidak disekatakan dengan baik.

Secara amnya, kebanyakan bilik buat rumah di Malaysia memadai menggunakan penghawa dingin dengan kuasa 1.0HP - 2.0HP. Selain dari saiz bilik, ketinggian siling, sumber cahaya semulajadi dan jumlah penghuni menjadi aspek sampingan menentukan kuasa (horsepower) penghawa dingin.

Mengekalkan Suhu Yang Betul

Ketahuilah bahawa menetapkan suhu penghawa dingin yang betul dan membiarkan ia beroperasi ketika anda keluar rumah sebenarnya satu langkah yang baik untuk penjimatan tenaga. Sebelum ini, kita didogmakan bahawa membiarkan penyaman udara terpasang akan menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga. Segalanya telah dibuktikan menerusi kajian, bahawasanya tenaga dapat dijimatkan lebih baik kerana kompressor tidak perlu on off semata untuk menyejukan bilik. Untuk itu, suhu ideal untuk penetapan penghawa dingin ialah antara 22 - 26 darjah celsius - suhu bilik yang ideal. Ini akan membolehkan kompressor berada di dalam keadaan bersedia dan bukannya terpaksa bekerja keras untuk menyejukkan bilik.

Penapis Perlu Dibersihkan Sentiasa

Kena pastikan aliran udara lancar pada penghawa dingin, maka sangat penting untuk memastikan bahawa penapis udara sentiasa bersih daripada kekotoran bagi mengelakkan sebarang halangan. Jika penapis udara kotor, maka lebih tenaga diperlukan untuk memaksa aliran udara menerusi unit penghawa dingin. Juga penting ialah memastikan tiada sebarang serpihan batu, sampah yang berada berdekatan koil dan unit luar. Sebagai tambahan, anda boleh lakukan servis kepada unit luar setahun sekali untuk memeriksa samada tiada kebocoran pada saluran penghubung dan juga koil.

Memilih Model Inverter

Memilih model terbaik dalam kelas penghawa dingin adalah sangat penting untuk langkah penjimatan bil elektrik. Teknologi inverter memang digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik yang melibatkan penyejukan. Ia terbukti memaksima keupayaan tanpa melibatkan penggunaan tenaga secara berlebihan. Menurut kajian, teknologi ini membolehkan penjimatan elektrik sehingga 20%-40%.

Gunakan Alternatif

Penggunaan kipas dapat membantu dalam pengaliran udara yang baik, memastikan bahawa udara yang nyaman dapat dioptimasi secara seimbang. Kipas gunakan jumlah tenaga yang kecil dan membolehkan sesebuah ruang tidak terasa sesak, dan suhu adalah sekata. Penggunaan bersama penghawa dingin bersama kipas membolehkan fungsi termostat dioptimumkan, dan mengelakkan berlakunya penggunaan tenaga yang besar semata untuk pelarasan suhu.

Elakkan pembaziran tenaga, dan pada masa sama menjimatkan kos dan bil elektrik anda.

Sumber: Acson Air Conditioning

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,299,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: 5 Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Guna Penghawa Dingin
5 Tips Jimat Bil Elektrik Apabila Guna Penghawa Dingin
5 Tips Jimat Bil Elektrik Guna Penghawa Dingin
https://2.bp.blogspot.com/-7yx2mD_eqb0/VvTJU4f7H6I/AAAAAAAAJi0/oWsTI931YUoQXNmHBWg1-ghVSfY6zXqzA/s1600/tips-jimat-guna-penghawa-dingin.png
https://2.bp.blogspot.com/-7yx2mD_eqb0/VvTJU4f7H6I/AAAAAAAAJi0/oWsTI931YUoQXNmHBWg1-ghVSfY6zXqzA/s72-c/tips-jimat-guna-penghawa-dingin.png
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/03/5-tips-jimat-guna-penghawa-dingin.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/03/5-tips-jimat-guna-penghawa-dingin.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy