Webe Promotion

5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian Sendiri di Usia Muda

5 Rahsia Untuk Miliki Rumah di Usia Muda

Semua orang mahu memiliki rumah. Namun, tidak ramai yang melakukannya di usia muda. Percaya atau tidak, ada di kalangan rakan-rakan dan kenalan saya yang masih lagi belum memiliki rumah sendiri, walaupun sudah berkeluarga dan beranak-pinak. Paling sadis, ada yang menumpang di rumah ibu bapa mereka walaupun sudah berkahwin lebih daripada 5 tahun! Untuk itu, saya suka nak kongsikan 5 rahsia bagi membolehkan ramai orang memiliki rumah di usia muda.

Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai situasi #SayaZahra dan berkongsikan tentang - Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y. Walaupun saya telah menulis dengan agak panjang lebar, dan berkongsi sesuatu yang boleh membantu golongan muda di Malaysia, nampaknya ia kurang mendapat perhatian.

5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian Sendiri di Usia Muda

5 Rahsia Untuk Miliki Rumah di Usia Muda
Saya berkongsi rahsia memiliki rumah di usia muda agar lebih ramai golongan ini untuk lebih bersedia di masa hadapan. Cabaran hari ini tidak sama seperti dahulu. Jika dulu boleh bina rumah di atas tanah pusaka mak ayah, tetapi kini .. dah sukar. Dulu boleh dapat harga rumah di bawah RM100,000; sekarang tidak lagi. Dulu, boleh sewa beli dengan kadar RM500 sebulan untuk sebuah rumah selesa 3 bilik tidur, sekarang tidak lagi. Nak tak nak ... kena struggle.

Post saya yang disebutkan #SayaZahra di atas tadi nampaknya kurang respon dan hanya dikongsikan sebanyak 15 kali sahaja. Nampak jelas, sebenarnya ramai generasi muda yang masih lagi alpa dan tidak memikirkan akan masa depan mereka. Oleh sebab itu, tidak menjadi satu kehairanan buat saya mengapa dan kenapa ramai golongan muda yang muflis, yang banyak hutang, serta tidak mampu memiliki rumah sendiri, dewasa ini. Hanya segelintir sahaja yang sedar, dan melakukan sesuatu untuk memastikan masa depan mereka terjamin.

Jangan Sampai Nama Masuk Blacklist!

Apabila sudah berada di situasi sukar, barulah mencari segala pertolongan. Tetapi, apa boleh buat, hutang sudah bertimbun, kemudian nama pula berada di dalam barisan nama blacklist CCRIS dan CTOS. Apabila ini berlaku, nak buat pinjaman perumahan pun sudah tidak boleh. Maka, haraplah pada skim itu dan skim ini ... yang nyata beribu lagi sedang bersusun untuk memohon pada skim yang sama.

Jom Praktikkan 5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian di Usia Muda

Cuba praktikkan 5 rahsia ini, sebaik sahaja anda mendapat pekerjaan pertama anda. Kata orang, biar bersakit dahulu, bersenang-lenang kemudian. Rahsia memiliki rumah di usia muda ini telah diguna-pakai oleh ramai golongan yang berjaya memiliki rumah sendiri, bukan setakat satu atau dua.. malah lebih. Paling menarik, ada yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan pula.
Tips untuk memiliki rumah impian sendiri di usia muda
  1. Ketepikan sedikit duit secara tetap pada tiap-tiap bulan untuk “Tabung Rumah Impian”. Mungkin mula dengan RM200 pada bulan pertama, kemudian meningkat pada bulan seterusnya. Yang penting mestilah Istiqomah iaitu tetap dan berterusan. Kalau anda mempunya masalah disiplin, boleh terus buat simpanan melalui potongan autodebit, cara ini lebih konsisten kan? Tak adalah tabungan anda macam chipsmore nanti, kejap ada kejap takde. Tapi senang cerita anda hanya perlu disiplin dan tahan hawa nafsu memboros.
  2. Jangan sesekali terima cinta oleh kad kredit. Memang semuanya nampak manis di awal perkenalan, semua yang anda nak dia tunaikan. Tapi tahukah anda, cinta ini memakan diri anda sendiri. Saat nak melunaskan semua yang ditunaikan dengan tamak haloba anda, pahit nya hanya anda yang boleh rasa. Hati-hati, licik tau dia ni. Jangan terpedaya! Tapi kalau dah terikat, cepat-cepat selesaikan semua hutang anda, elakkan meggunakannya dan jangan biar ada baki tertunggak.
  3. Tak cukup dengan godaan kad kredit, ditambah lagi dengan kemudahan sewa beli gadget terkini. Nampak mudah kan, tapi kalau boleh jangan lah banyak sangat komitmen. Dapatkan apa yang paling penting dulu.
  4. Mula buat tinjauan harga rumah, kalau rajin , sentiasa kunjungi seminar atau pameran membeli rumah, almaklumlah semua benda kena belajar, jangan belagak pandai… nanti sendiri yang rugi. Setidak-tidaknya, anda dapat tahu info berguna dan tidak kena tipu semasa proses pembelian rumah nanti.
  5. Pembiayaan Peribadi pun jangan! Interest tinggi dan anda pasti akan rasa terbeban untuk membayarnya sebab tak nampak mana pergi duit tu bila dah habis.
Jadi bagaimana? Rasanya boleh tak golongan muda seperti anda (mungkin) melakukan 5 rahsia untuk memiliki rumah impian sendiri ini? Nampak seperti sukar .. tetapi belum cuba, belum tahu. Mungkin nampak perit, tetapi in Sha Allah, lambat laun apabila tiba masanya ... anda akan tersenyum puas sendiri - dan mungkin tersenyum bersama isteri tercinta.
5 Rahsia Untuk Miliki Rumah di Usia Muda
Zaman sekarang, nak kahwin dengan anak orang .. paling tidak mesti ada sebuah rumah, biarpun hanya sebuah rumah pangsa atau flet, asalkan milik sendiri dan sudah hampir abis bayar. Biar tak dapat berikan hantaran berbelas ribu ringgit, tetapi anda boleh kata .. bahawa di usia anda .. anda sudah mampu hidup di bawah bumbung sendiri ... nak-nak lagi bebas dari hutang! Barulah mak pak mertua rasa senang hati.

Sudah Terlambat?

Ok. Mungkin anda sudahpun tidak lagi muda. Dan anda mungkin sudah bertahun bekerja. Niat masih ada untuk memiliki rumah sendiri, jadi anda kena rajinkan diri untuk mencari info dan maklumat berguna tentang perumahan baru atau lama yang hendak dijual. Mungkin masih ada yang dijual pada harga yang mampu anda miliki, siapa tau.
Tips untuk memiliki rumah impian sendiri di usia muda

Lawati laman web - Mega Three Housing untuk mengetahui dan mendapatkan info berkaitan rumah mampu milik untuk golongan seperti anda.

Kesimpulannya, wujudkan impian untuk memiliki rumah dari awal. Awal 20an, awal 30an, awal dapat kerja, awal dapat kerjaya baru, awal dapat isteri, awal dapat anak ... dan pastikan anda melakukannya dengan bersungguh dan berdisiplin. Jangan sampai anda sudah bercucu-cicit .. anda masih lagi berada di sebuah rumah sewa yang diduduki bersama anak dan cucu-cucu anda.

Lakukan dari sekarang. Ikuti tips yang telah saya kongsikan tadi, dan jadikan 5 rahsia memiliki rumah impian sendiri di usia muda sebagai panduan untuk anda.

Semoga bermanfaat.

Artikel di atas telah diubahsuai dan diolah oleh saya berdasarkan artikel - Rahsia Memiliki Rumah di Usia Muda. Ia adalah sebahagian dari usaha saya bersama Mega Three Housing untuk mendidik masyarakat khususnya golongan muda dan belia untuk memiliki rumah sendiri di usia muda.

Kongsikan artikel ini sebanyak yang mungkin, dan tag rakan-rakan anda. Prihatin anda akan dapat membantu lebih ramai berjaya memiliki rumah impian mereka. Support this, do please share.

[full_width]

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,301,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,90,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,301,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,66,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,117,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,316,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: 5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian Sendiri di Usia Muda
5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian Sendiri di Usia Muda
5 Rahsia Untuk Miliki Rumah di Usia Muda
https://4.bp.blogspot.com/-bZQJUhPH_cw/VwfxV9Bu0oI/AAAAAAAAKig/-yLhANE9iC8hrKIRyzUKy5EFY4wSYdXhA/s1600/5-rahsia-memiliki-rumah-impian-sendiri.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-bZQJUhPH_cw/VwfxV9Bu0oI/AAAAAAAAKig/-yLhANE9iC8hrKIRyzUKy5EFY4wSYdXhA/s72-c/5-rahsia-memiliki-rumah-impian-sendiri.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/04/5-rahsia-untuk-miliki-rumah-di-usia-muda.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/04/5-rahsia-untuk-miliki-rumah-di-usia-muda.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy