Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia

Ramai yang bertanyakan kepada saya cara untuk daftar affiliate InvolveAsia. Sebenarnya tidaklah susah mana, cuma mungkin pemahaman yang berbeza membuatkan ada beberapa kolum pengisian dalam borang online nampak mengelirukan. Dan bagi membantu rakan blogger lain jana income sampingan menerusi affiliate InvolveAsia (ShopStylers), saya sediakan post ini. Semoga dapat berikan lebih pencerahan.

Ok. Perkara utama yang perlu anda siap sedia sebelum daftar affiliate InvolveAsia ini ialah sebuah blog yang aktif, email sah, statistik blog (UV sebulan), dan nombor akaun bank. Dah siap sedia, maka bolehlah ikuti tutorial ringkas cara daftar affiliate percuma InvolveAsia ini. Semua proses ini ambil masa kurang dari 10 minit, kalau ambil masa lebih dari tu ... samada anda lost .. atau talian internet anda lembab .. hoho.

Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia

Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia
  • Pertama sekali, anda perlu ke laman pendaftaran percuma sebagai affiliate - http://bit.do/involve-asia
  • Paparan di bawah akan kelihatan, maka isi butiran yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Kegagalan anda melakukannya akan membuatkan anda bermasalah untuk terima komisen atau apa-apa tawaran khusus untuk blogger. Apa yang saya tunjukkan di bawah cuma contoh sahaja ye .. 
Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia
  • Bahagian kedua dalam borang pendaftaran tersebut ialah mengenai butiran diri termasuklah nama, email sah anda, password untuk anda login ke akaun affiliate, dan juga beberapa perkara lain. Untuk bahagian title, masukkan samada encik, tuan, puan, cik, datuk, tan sri yang mana bersesuaian dengan diri anda. Untuk id Skype, bagi mereka yang ada .. letakkan id anda, bagi mereka yang belum ada, letaklah alamat email anda. Jangan lupa isikan URL blog anda untuk memudahkan anda track apa-apa komisen yang anda dapat nanti.
Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia
  • Selesai sahaja isi, klik butang Sign Up dihujung borang. 
  • Anda akan terima satu email dari InvolveAsia (ShopStylers) selepas membuat permohonan sebagai affiliate. Dalam email itu, ia akan beritahu butiran login dan juga memberitahu bahawa permohonan anda sedang dilihat (review). Jadi bersabar.

Selesai. Ada apa-apa masalah, boleh tanya saya menerusi FB atau email. Rasa susah sangat, tinggalkan komen di bawah untuk apa jua persoalan.

Nanti di entri lain, saya akan cerita pula cara untuk mendapatkan komisen menerusi affiliate InvolveAsia ini. Secara amnya, ia lebih kurang sama dengan sistem affiliate Lazada Malaysia. Cumanya ialah .. InvolveAsia lebih kepada menyediakan peluang lebih untuk turut dapat komisen menerusi beberapa program affiliate produk lain seperti Lazada, PhotoBook, MakanDeal, Dermalogika, Cuppatea, Clinelle, Twenty3, PegiPegi dan beberapa lain.

Dan satu lagi yang best ialah anda boleh jana income menerusi member-get-member. Tiada sebarang pembayaran diperlukan, tiada sebarang yuran .. semuanya percuma.


{ 7 comments.. read them below or add one }

Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah March 17, 2016
Mudah aje bila ikut panduan ni kan Bro HH
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit March 17, 2016
Ada daftar. tak sempat buat apa lagi.
Wanz Mejuez Wanz Mejuez March 17, 2016
Sapa-sapa yang belum berdaftar lebih baik daftar sebab buat duit dengan Affiliate Involve Asia ni senang je.

Kalau ada masa boleh singgah blog saya untuk

http://www.mejuez.com/search/label/Involve%20Asia

Tips Buat Duit Dengan Involve Asia
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz March 18, 2016
Menarik ni..saya pon dah join..tq bro HH
Haffizul Iskandar Haffizul Iskandar July 21, 2016
orait sifu! dah banyak baca cerita blogger berjaya buat duit dengan involveasia ni, harini terus register..hehehe.

www.ceritaejoy.com

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.