Ok. Perkara utama yang perlu anda siap sedia sebelum daftar affiliate InvolveAsia ini ialah sebuah blog yang aktif, email sah, statistik blog (UV sebulan), dan nombor akaun bank. Dah siap sedia, maka bolehlah ikuti tutorial ringkas cara daftar affiliate percuma InvolveAsia ini. Semua proses ini ambil masa kurang dari 10 minit, kalau ambil masa lebih dari tu ... samada anda lost .. atau talian internet anda lembab .. hoho.
Cara Daftar Affiliate Percuma InvolveAsia

- Pertama sekali, anda perlu ke laman pendaftaran percuma sebagai affiliate - http://bit.do/involve-asia
- Paparan di bawah akan kelihatan, maka isi butiran yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Kegagalan anda melakukannya akan membuatkan anda bermasalah untuk terima komisen atau apa-apa tawaran khusus untuk blogger. Apa yang saya tunjukkan di bawah cuma contoh sahaja ye ..

- Bahagian kedua dalam borang pendaftaran tersebut ialah mengenai butiran diri termasuklah nama, email sah anda, password untuk anda login ke akaun affiliate, dan juga beberapa perkara lain. Untuk bahagian title, masukkan samada encik, tuan, puan, cik, datuk, tan sri yang mana bersesuaian dengan diri anda. Untuk id Skype, bagi mereka yang ada .. letakkan id anda, bagi mereka yang belum ada, letaklah alamat email anda. Jangan lupa isikan URL blog anda untuk memudahkan anda track apa-apa komisen yang anda dapat nanti.

- Selesai sahaja isi, klik butang Sign Up dihujung borang.
- Anda akan terima satu email dari InvolveAsia (ShopStylers) selepas membuat permohonan sebagai affiliate. Dalam email itu, ia akan beritahu butiran login dan juga memberitahu bahawa permohonan anda sedang dilihat (review). Jadi bersabar.
Selesai. Ada apa-apa masalah, boleh tanya saya menerusi FB atau email. Rasa susah sangat, tinggalkan komen di bawah untuk apa jua persoalan.
Nanti di entri lain, saya akan cerita pula cara untuk mendapatkan komisen menerusi affiliate InvolveAsia ini. Secara amnya, ia lebih kurang sama dengan sistem affiliate Lazada Malaysia. Cumanya ialah .. InvolveAsia lebih kepada menyediakan peluang lebih untuk turut dapat komisen menerusi beberapa program affiliate produk lain seperti Lazada, PhotoBook, MakanDeal, Dermalogika, Cuppatea, Clinelle, Twenty3, PegiPegi dan beberapa lain.
Dan satu lagi yang best ialah anda boleh jana income menerusi member-get-member. Tiada sebarang pembayaran diperlukan, tiada sebarang yuran .. semuanya percuma.
Tq info
ReplyDeleteMudah aje bila ikut panduan ni kan Bro HH
ReplyDeleteAda daftar. tak sempat buat apa lagi.
ReplyDeletethanks info tuan
ReplyDeleteSapa-sapa yang belum berdaftar lebih baik daftar sebab buat duit dengan Affiliate Involve Asia ni senang je.
ReplyDeleteKalau ada masa boleh singgah blog saya untuk
http://www.mejuez.com/search/label/Involve%20Asia
Tips Buat Duit Dengan Involve Asia
Menarik ni..saya pon dah join..tq bro HH
ReplyDeleteorait sifu! dah banyak baca cerita blogger berjaya buat duit dengan involveasia ni, harini terus register..hehehe.
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
URL blog Tu mcm mana
ReplyDeleteDH daftar tp still X blh gunakn LG X pasti nape
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**