Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Salah satu tempat makan medan Ikan Bakar best dan menjadi pilihan ramai di Melaka ialah Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Sebenarnya, saya tidak tahu pun kewujudan medan ikan bakar ni di Melaka, yang saya tahu dan pernah pergi adalah di Umbai, dan juga Alai. Rupa-rupanya, Ikan Bakar Muara Sungai Duyung adalah antara yang popular dan diberitahu antara tempat makan ikan bakar terbaik yang ada di Melaka.

Alhamdulillah, semasa cuti sekolah 2015, sempatlah saya merasai keenakkan ikan bakar di Muara Sungai Duyung ini. Tempatnya agak jauh juga, dari jalan besar .. perlu masuk ke dalam sehingga nampak laut di pandangan mata.

Ikan Bakar Muara Sungai Duyung

Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Apa yang saya suka mengenai tempat ini ialah ia lapang dan mempunyai tempat letak kereta yang agak luas, selain boleh menikmati pemandangan yang indah Muara Sungai Duyung. Acapkali juga kelihatan bot-bot nelayan menyusuri masuk ke muara ini, lalu memberikan satu suasana kampung nelayan yang aman damai.
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Walaupun tempat ikan bakar Muara Sungai Duyung ini tidak seperti di Umbai yang mempunyai deretan kedai makan, namun ada gerai-gerai kecil yang menawarkan hidangan dan menu lain yang menarik. Antaranya ialah Tauhu Bakar, Ais Krim Special, Otak-Otak, Nasi Lemak, Coconut Shake.

Ada juga gerai yang menjual beberapa produk terbaik tempatan seperti keropok, belacan dan juga Cencaluk. Ramai kata belacan Melaka sedap .. almaklumlah, Sambal Belacan merupakan antara menu istimewa orang Melaka ... huhuhu...
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Ikan Bakar Muara Sungai DuyungIkan Bakar Muara Sungai Duyung
Tempat makan seafood best di Melaka
Banyak juga pilihan ikan segar yang ada di Ikan Bakar Muara Sungai Duyung ni. Ada Siakap, Jenahak, Kerapu, Kembong, Sotong, Kerang, Kepah, Ketam dan macam-macam lagi. Harga pula dipaparkan dengan jelas untuk pelanggan, dan dikira dengan cara timbangan. Jadi, tidak timbul isu seandainya terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi untuk makan ikan segar di restoran ini.

Saya dan keluarga sampai ke medan ikan bakar ni sebelum jam 6:00 petang di waktu perniagaan baru hendak dibuka. Pengunjung pun tidak terlalu ramai ketika itu. Alhamdulillah, medan ikan bakar ini mesra pengunjung beragama Islam, ada surau disediakan untuk mereka yang dekat menunaikan kewajipan sholat.
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Bermula selepas Maghrib, suasana di Ikan Bakar Muara Sungai Duyung akan mula meriah. Ramai yang datang makan di satu-satunya restoran ikan bakar yang ada di sini. Malah, ada beberapa meja yang telah siap ditempah oleh pelanggan.

Dalam menantikan hidangan ikan segar siap, boleh nikmati beberapa makanan ringan terutama Nasi Lemak yang telah tersedia di atas meja. Kalau habis, boleh tambah ... dan kalau tidak mahu, hanya biarkan sahaja di atas meja.
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Ikan Bakar Muara Sungai Duyung
Secara amnya setelah menikmati hidangan ikan bakar di sini, saya boleh katakan OK sahaja. Walaupun ikan segar disediakan untuk dijadikan menu ikan bakar tetapi ada sedikit kekurangan rasa jika nak dibandingkan dengan medan ikan bakar lain yang pernah saya pergi.

Mungkin sebab rasa saya tidak sama dengan orang lain, atau kehadiran saya dan keluarga ketika itu tidak dapat menikmati keenakkan sebenar ikan segar Muara Sungai Duyung seperti diperkatakan ramai.

In Sha Allah, andai umur panjang boleh cuba sekali lagi. Ikan Bakar Muara Sungai Duyung .. pasti akan menjadi salah satu tempat destinasi menarik untuk makan-makan di Melaka.


2 comments.. read them below or add one

Hasrul Hassan Hasrul Hassan February 05, 2016
Boleh je, tempat ni ok skit tak sesak sgt ..

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.