Pada pandangan marhein saya, kedua-dua program iaitu Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia ada kebaikan untuk rakyat Malaysia; dan ia memberikan kemudahan dan kelegaan buat mereka yang menerimanya. Cuma masalahnya ialah dari segi perlaksanaannya terutama dari segi menentukan siapa yang layak menerima bantuan-bantuan kerajaan ini.
Dilemma Penerima BB1M dan BR1M
Saya tidak mahu diskusi dari aspek politik mengenai kedua bantuan ini, walaupun banyak benda boleh menjadi topik terhangat lagi kontroversi boleh disembangkan. Saya cuma berminat untuk ketengahkan berkaitan isu yang timbul di sebalik BR1M vs BB1M. Mereka yang terlibat berada di dalam dilemma, dan mempersoalkan bagaimana bantuan ini yang sepatutnya memberikan impak positif tetapi berlaku sebaliknya.
Berikut adalah beberapa komen mereka yang terlibat dengan BR1M vs BB1M yang saya ambil daripada beberapa laman web dan blog Malaysia.
- BB1M diberikan kepada pelajar tahun akhir dan yang menjalani praktikal, walhal keperluan utama adalah untuk sara diri semasa praktikal dan bukan buku rujukan.
- BB1M masih diberikan kepada mereka yang telah tamat belajar.
- Ada golongan sasaran untuk terima BR1M tidak menerima bantuan sepatutnya.
- Adakah sistem BR1M dengan sistem BB1M dikemaskini secara betul?
- Duit BR1M lambat masuk ke akaun bank walhal sistem sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Saya bukanlah penerima BR1M, dan isteri saya walaupun belajar sepenuh masa (Master) juga bukan penerima BB1M. Saya tidak memohon, dan isteri saya juga tidak memohon mana-mana bantuan di atas ini kerana kami sedar ada insan dan orang lain yang lebih layak.
Walaupun begitu, kerap juga saya menerima email daripada mereka yang terlibat bertanyakan pelbagai soalan berkaitan BR1M dan juga BB1M ini.
Antara cadangan yang boleh difikirkan untuk tambah-baik kedua bantuan di atas ialah:
- Penglibatan Penghulu, Ketua Kampung untuk sahkan penerima kedua-dua bantuan di atas. Ini kerana mereka yang lebih dekat dengan masyarakat, dan lebih tahu mengenai hal ehwal dalam kampung, kejiranan, kawasan masing-masing.
- Sistem pengurusan data dan maklumat pelajar di IPTA, IPTS, kolej dan seumpamanya perlu up-to-date supaya dapat diselaraskan dengan data-data penerima BR1M dan BB1M.
- Dicadangkan agar pelajar sepenuh masa sahaja layak untuk terima BB1M, manakala separuh masa serta pelajar tahun akhir dan mengikuti praktikal diberikan BR1M Pelajar.
- BB1M boleh ditukarkan kepada wang tunai untuk berikan lebih nilai kepada bantuan, mungkin diberikan portion tertentu seperti RM200 untuk belanja buku, manakala RM50 boleh ditebus untuk keperluan lain contohnya makanan di kedai 1Malaysia.
- Daripada diberikan BB1M, dicadangkan agar kerajaan lengkapkan koleksi buku terbaik dan rujukan terkini di perpustaan IPT, IPTS serta kolej. Boleh manfaatkan sokongan daripada sektor swasta untuk menyumbang.
Ini sekadar pendapat saya, dan juga beberapa kesimpulan yang boleh saya buat daripada penelitian ringkas saya berkaitan dilemma penerima BB1M dan BR1M ini.
Anda mungkin ada pengalaman sendiri atau mahu kongsikan sesuatu yang bermakna berkaitan topik ini. Saya mengalu-alukan komen.
Kredit: Melvister
:)
ReplyDeleteSaya setakat ini belum lagi menerima BR1M, mungkin lambat atau ada proses penapisan tertentu pun saya tak tahu. Harap2 boleh dpt walaupun lambat sikit.
ReplyDeleteBR1M pada orang bujang ramai yang fikir tidak wajar sbb mereka ada kudrat untuk berusaha mencari rezeki. Kan?
ReplyDeleteHarap yang akan datang lebih baik pelaksananya.
ReplyDeleteDapat BR1M kena gunakan dengan sebaiknya. Beli barang-barang yang bagus dan dapat dijadikan pulangan ke atas duit yang dilaburkan.
ReplyDeletetahun ni dapat lambat ataupun tak dapat langsung kot..ahaha..sedang dalam proses untuk BRIM2016
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.