Cara Nak Dapat Nama Domain Blog Sendiri

Cara nak dapat nama domain blog sendiri. Oh masih ada lagi blogger yang tidak tahu cara-cara nak dapatkan nama domain blog sendiri. Tak salahkan blogger ini sebab bukan semua orang tahu caranya. Saya pun tak boleh nak expect semua yang ada blog tahu cara-caranya; jadi sebagai seorang yang sudah sinonim dengan masalah blogger blogspot yang cuba diselesaikan, saya tulis juga entri ini untuk jadi panduan blogger Malaysia; terutama blogger baru yang masih kurang pengetahuan mengenainya.

Kata orang; jangan berlagak dengan ilmu yang ada, sebab ilmu ini semua pinjaman dari Tuhan. Jika dok berlagak dan sombong, ilmu yang dah bertaut lama dalam kepala pun boleh jadi karat sampai jadi nanah yang membusuk tak ada guna. Hatta ilmu yang mudah-mudah macam cara buat blog sendiri.

Cara Nak Dapatkan Nama Domain Blog Sendiri

Cara Nak Dapat Nama Domain Blog Sendiri

Bagaimana nak dapat domain blog sendiri?

Opps ok, kejap kejap ... mungkin ada yang tidak arif lagi apa itu domain sendiri.

Apa Itu Nama Domain Blog Sendiri?

Secara mudahnya domain sendiri ni ialah ... url blog dari hasrulhassan.blogspot.com menjadi hasrulhassan.com. Bila ada nama domain blog sendiri, maka nama blogspot.com itu sendiri dah tak ada. Jelas? Jelas dah kan ...  apa kebaikan dia? Ohh macam-macam ... dan salah satunya ialah ... anda akan ada nama blog yang boleh digahkan dan nampak macam sudah maju setapak dalam dunia blog.

Dah faham apa itu nama domain blog sendiri, sekarang saya nak beritahu cara-cara nak dapatkan nama domain blog sendiri.

Nak Nama Domain Blog Sendiri? Jawapan - Beli!

Tak ada cara lain, selain anda membeli nama domain anda sendiri. Harga nama domain yang ingin anda miliki untuk blog anda pula bergantung dengan akhiran yang anda mahukan. Contoh seperti dot.my, dot.com.my, dot.com, dot.net semua akhiran ini punyai harga berlainan. Jika tidak jelas, anda boleh rujuk entri blog saya yang ini - Harga Nama Domain Blog

Untuk ingatan, harga ini selain bergantung dengan akhiran, ia juga bergantung dengan syarikat yang daftarkan nama domain blog anda yang disebut sebagai Registrar. Syarikat-syarikat ini yang akan daftarkan nama domain blog yang telah anda beli.

Dimanakah tempat nak beli nama domain blog anda?

Tempat Beli Nama Domain Blog Saya Syorkan

Ok, saya senaraikan beberapa syarikat yang pernah saya berurusan untuk beli domain. Setiap syarikat ini ada pakej-pakej dia, tetapi secara amnya, nak beli nama domain seperti dot.com macam contoh www.hasrulhassan.com atau www.examkerjayakerajaan.com harganya dalam lingkungan RM30-RM40 setahun.

  • SyokHost.com - Servis memang terbaik bagi saya. Kalau ada masalah mudah berhubung. Syarikat tempatan dan berpejabat di Kulim Kedah. Saya memang recommended kalau nak beli domain atau hosting dengan mereka.
  • JomHosting.net - Satu lagi syarikat tempatan yang saya syorkan untuk beli domain dan juga dapatkan servis hosting sendiri. Syarikat ini berpejabat di CyberJaya.
  • Exabytes.com - Sebuah syarikat international berpejabat di Penang. Saya merupakan 'ahli angel' Exabytes, dah beberapa kali sertai program mereka berkaitan dunia internet ni. Memuaskan. Kalau nak rasa atau feel international, boleh dapatkan nama domain dari syarikat ini. In Sha Allah, anda akan dapat servis terbaik dari mereka.

Nak yang murah ... pun ada, anda boleh beli harga domain blog serendah RM7 setahun pun ... tapi saya tak galakkan sangat sebab nanti ... ia akan caj berkali ganda bila tiba anda perlu renew nama domain blog anda. Syarikat yang saya maksudkan ini ialah GoDaddy.com. Syarikat antarabangsa yang memang dah terkenal buat servis jual nama domain dan juga hosting.

Buat Duit Jual Nama Domain Blog

Jika nak buat duit dengan jual nama domain, maka GoDaddy.com adalah tempat dia. Anda beli hari ini, cukup masa anda jual ... boleh dapat untung sehingga 500%... beli harga RM7 atau RM10; boleh jual kelak dengan harga domain sehingga RM200 - RM500 malah RM5000 pun ada. Ada yang dah jadi jutawan senyap pun buat bisnes online jual nama domain ni.


Cara nak dapat domain blog sendiri; tak ada cara dan jalan pintas lain selain dari beli nama domain sendiri. Nak beli nama domain, anda dinasihatkan beli sendiri dan jangan sesekali anda upah orang untuk buatkan, sebab nanti akan timbul masalah bila nak renew kelak .. percayalah, ramai blogger yang dapat masalah ini sebab beri kepercayaan orang lain untuk belikan nama domain untuk blog.

Jika anda masih lagi tak tahu cara, hubungi saya; dan saya akan bantu step-by-step untuk beli nama domain blog anda secara percuma!

Semoga entri ini bermanfaat untuk blogger baru yang masih lagi tak tahu cara nak dapatkan nama domain blog sendiri.

Syok weihhh dah tak ada .blogspot.com kat blog kita .... barulah nampak ada umpphhhh dengan nama blog domain sendiri. Tak gitu? !!