Berkesankah Letak Banner Iklan Dalam Blog?

Berkesan ke meletakkan banner iklan di sesebuah blog? Ramai pengusaha, usahawan serta peniaga online seperti ragu-ragu mahu meletakkan iklan di sesebuah blog. Ok, kalau anda rasa ragu, lihat apa yang telah saya peroleh dengan meletakkan banner iklan di blog ... saya mahu tunjukkan bahawa banner iklan di blog sebenarnya berkesan, asalkan banner tersebut benar-benar menarik dan boleh 'menjual'.

Ada peniaga dan usahawan online yang meletakkan salah pada pemilik blog kenapa banner iklan yang diletakkan tidak memberikan impak positif. Sebenarnya, bukan salah pemilik blog. Pemilik blog hanyalah memberikan kebenaran dengan sewaan tertentu untuk pengiklan meletakkan banner. Samada banner itu dapat 'menjual' atau memberikan sales untuk pengiklan bukanlah tanggungjawab blogger.

Berkesankah Letak Banner Iklan Dalam Blog?

Cuba lihat apa yang telah saya peroleh apabila meletakkan banner saya sendiri di dalam blog ini ... dan lihat impak yang telah diberikan:
Berkesankah Letak Banner Iklan Dalam Blog?
Ok, tak cukup lagi? Saya tunjukkan lagi apa yang telah saya terima apabila saya meletakkan banner iklan lain pula di dalam blog ...
Berkesankah Letak Banner Iklan Dalam Blog?
Banner iklan yang diletakkan di dalam blog memang berkesan, tetapi perlu ada strategi yang perlu dilakukan oleh pihak pengiklan supaya impaknya lebih jitu, dan memberikan apa yang dikehendaki. Saya pernah cerita mengenai teknik coupling yang membuatkan jualan bertambah hanya dengan menggunakan pengiklanan di blog.

Letak iklan berbentuk banner di blog memang akan berkesan jika mempunyai banner yang menarik, berjangka-masa (tempoh) lama, besar, pada posisi yang tepat dan seperti saya cakapkan tadi, disusuli dengan pengiklanan berbentuk advertorial - teknik coupling.
  • Advertorial untuk jangkamasa lama - awareness, fakta, pencarian maklumat
  • Banner iklan untuk promosi dan jangkamasa tempoh terhad tertentu - promosi terhad, diskaun
Menerusi teknik yang saya cakapkan, saya berjaya buat banyak sales menerusi affiliate Ashadee, dan berjaya menjadi antara top 3 affiliate Ashadee.com pada tahun 2015.
Berkesankah Letak Banner Iklan Dalam Blog?
Antara aspek penting untuk berjaya dalam pengiklanan berbentuk banner di blog adalah:
  • Jumlah trafik ke blog tersebut
  • Niche blog
  • Saiz, kedudukan banner 
  • Rekabentuk banner
Berdasarkan apa yang telah saya tunjukkan tadi, jadi saya menyangkal pendapat sesetengah usahawan dan peniaga online bahawa letak iklan banner di blog tidak berkesan - apatah lagi jika disalahkan ketidakberkesanan itu pada pemilik blog.

Pengiklan bertanggungjawab untuk hasilkan sebuah banner yang bagus, mesti ada rekabentuk yang menarik, perlu ketahui jumlah trafik, kekuatan dan niche blog yang mahu diletakkan banner iklan. Anda tidak boleh fikir bahawa dengan letak banner iklan kereta boleh mudah hasilkan sesuatu di sebuah blog yang bercerita soal pelancongan - melainkan anda buat servis sewa kereta.... :). Jadi, kena bijak memilih ... kena fikir.

[Baca] Tataletak Banner Iklan Yang Berkesan di Dalam Blog

Berkesankah letak banner iklan di blog? Baca apa yang telah saya ceritakan ... siap diberikan tips lagi. Cuba lakukan semula ... dan lihat impak, pastikan anda pilih blog yang sesuai.

Untuk pengiklanan di blog saya, boleh hubungi menerusi ruangan contact.


{ 17 comments.. read them below or add one }

permohonan upu permohonan upu February 16, 2016
terima kasih bro atas artikel ni. memang tertanya-tanya juga, berbaloi ke letak iklan banner, atau lagi baik letak je iklan dari innity or adsense..
Ruzana Ibs Ruzana Ibs February 16, 2016
Banner Iklan tu yang macamana?
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah February 16, 2016
Banyak hasil dengan letak bener iklan ni yea. Tahniah Bro HH.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit February 16, 2016
Bagus tips ni. Menjadi dan berhasil.
sabree hussin sabree hussin February 17, 2016
Betul tu, sebenarnya memang sangat berkesan. Namun kena lihat pelbagai faktor juga, seperti yang dah di terangkan oleh penulis :D
Mohd Zahran Md Fazil Mohd Zahran Md Fazil February 20, 2016
Tidak dinafikan banner iklan memang berkesan terutamanya yang mempunyai banyak trafik ke blog.

Pada saya sendiri, banner iklan adalah cara yang baik untuk dapat sale, tetapi jika blog terrrlalu banyak iklan pun secara tidak langsung menolak pelanggan untuk klik banner tu..

Sekadar pandangan ;-)
Haridah Haridah March 13, 2016
wah, teruja tgk income HH.. hihi
vivix Shaklee vivix Shaklee March 13, 2016
memang banyak pun banner dalam blog HH
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Banner khas untuk pengiklan hanya ada 2 tempat sahaja, di sidebar (4 slot) dengan saiz 300x90, dan banner atas setiap post (1 slot). Yang lain adalah banner Adsense dengan affliate.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Jika buat affiliate, kena ada post pasal produk tu, katakan minggu tu nak promosi produk A ... kena share post produk A di laman sosial, pada masa sama, letakkan banner.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Jangan silap antara banner iklan produk .. dengan banner Adsense, H12, mediawhite, revenuehits sbb ni platform iklan yang ada program ppv - lebih banyak trafik, dapat lebih banyak bayaran
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 13, 2016
Alhamdulillah. Moga lebih ramai blogger dapat ikuti tips yang saya berikan.
Trendslink Blog Trendslink Blog March 20, 2016
Bro. macam mana dengan earning adsense semasa? susah nak dapatkan earning dari adsense skrg nih. Traffic dari fb pun kena banned
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 21, 2016
Alhamdulillah, saya masih lagi ok dengan pendapatan dari Adsense.

Mengenai trafik dari FB, memang polisi Adsense dari dulu lagi supaya blog dan laman web dapatkan trafik dari enjin carian dan bukannya FB. Saya tak ada masalah dengan hal tu, mmg elok pun banned .. sbb dalam FB dah ada iklannya sendiri.
zulaikha ali zulaikha ali April 20, 2016
ok..baru faham teknik. terima kasih :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.