Ada peniaga dan usahawan online yang meletakkan salah pada pemilik blog kenapa banner iklan yang diletakkan tidak memberikan impak positif. Sebenarnya, bukan salah pemilik blog. Pemilik blog hanyalah memberikan kebenaran dengan sewaan tertentu untuk pengiklan meletakkan banner. Samada banner itu dapat 'menjual' atau memberikan sales untuk pengiklan bukanlah tanggungjawab blogger.
Berkesankah Letak Banner Iklan Dalam Blog?
Cuba lihat apa yang telah saya peroleh apabila meletakkan banner saya sendiri di dalam blog ini ... dan lihat impak yang telah diberikan:

Letak iklan berbentuk banner di blog memang akan berkesan jika mempunyai banner yang menarik, berjangka-masa (tempoh) lama, besar, pada posisi yang tepat dan seperti saya cakapkan tadi, disusuli dengan pengiklanan berbentuk advertorial - teknik coupling.
- Advertorial untuk jangkamasa lama - awareness, fakta, pencarian maklumat
- Banner iklan untuk promosi dan jangkamasa tempoh terhad tertentu - promosi terhad, diskaun

- Jumlah trafik ke blog tersebut
- Niche blog
- Saiz, kedudukan banner
- Rekabentuk banner
Pengiklan bertanggungjawab untuk hasilkan sebuah banner yang bagus, mesti ada rekabentuk yang menarik, perlu ketahui jumlah trafik, kekuatan dan niche blog yang mahu diletakkan banner iklan. Anda tidak boleh fikir bahawa dengan letak banner iklan kereta boleh mudah hasilkan sesuatu di sebuah blog yang bercerita soal pelancongan - melainkan anda buat servis sewa kereta.... :). Jadi, kena bijak memilih ... kena fikir.
[Baca] Tataletak Banner Iklan Yang Berkesan di Dalam Blog
Berkesankah letak banner iklan di blog? Baca apa yang telah saya ceritakan ... siap diberikan tips lagi. Cuba lakukan semula ... dan lihat impak, pastikan anda pilih blog yang sesuai.
Untuk pengiklanan di blog saya, boleh hubungi menerusi ruangan contact.
wah hebat lah abg HH! :)
BalasPadamterima kasih bro atas artikel ni. memang tertanya-tanya juga, berbaloi ke letak iklan banner, atau lagi baik letak je iklan dari innity or adsense..
BalasPadamBanner Iklan tu yang macamana?
BalasPadamBanyak hasil dengan letak bener iklan ni yea. Tahniah Bro HH.
BalasPadamJika buat affiliate, kena ada post pasal produk tu, katakan minggu tu nak promosi produk A ... kena share post produk A di laman sosial, pada masa sama, letakkan banner.
PadamBagus tips ni. Menjadi dan berhasil.
BalasPadamAlhamdulillah. Moga lebih ramai blogger dapat ikuti tips yang saya berikan.
PadamBetul tu, sebenarnya memang sangat berkesan. Namun kena lihat pelbagai faktor juga, seperti yang dah di terangkan oleh penulis :D
BalasPadamTidak dinafikan banner iklan memang berkesan terutamanya yang mempunyai banyak trafik ke blog.
BalasPadamPada saya sendiri, banner iklan adalah cara yang baik untuk dapat sale, tetapi jika blog terrrlalu banyak iklan pun secara tidak langsung menolak pelanggan untuk klik banner tu..
Sekadar pandangan ;-)
Jangan silap antara banner iklan produk .. dengan banner Adsense, H12, mediawhite, revenuehits sbb ni platform iklan yang ada program ppv - lebih banyak trafik, dapat lebih banyak bayaran
Padaminfo yang menarik...
BalasPadamwah, teruja tgk income HH.. hihi
BalasPadammemang banyak pun banner dalam blog HH
BalasPadamBanner khas untuk pengiklan hanya ada 2 tempat sahaja, di sidebar (4 slot) dengan saiz 300x90, dan banner atas setiap post (1 slot). Yang lain adalah banner Adsense dengan affliate.
PadamBro. macam mana dengan earning adsense semasa? susah nak dapatkan earning dari adsense skrg nih. Traffic dari fb pun kena banned
BalasPadamAlhamdulillah, saya masih lagi ok dengan pendapatan dari Adsense.
PadamMengenai trafik dari FB, memang polisi Adsense dari dulu lagi supaya blog dan laman web dapatkan trafik dari enjin carian dan bukannya FB. Saya tak ada masalah dengan hal tu, mmg elok pun banned .. sbb dalam FB dah ada iklannya sendiri.
ok..baru faham teknik. terima kasih :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.