Tips Dapat Income 4 Angka Menerusi Rumah Sewa

Di tempat dan kawasan anda banyak tak rumah untuk disewakan? Apakata anda ambil peluang untuk menyewa kesemua rumah tersebut dan jadikan ia sumber income anda setiap bulan? Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda tips untuk mendapatkan income 4 angka menerusi rumah sewa. Anda pasti terkejut bahawa tak susah mana pun untuk jana income menerusi kaedah ini, andai sudah tahu teknik dan cara.

Bukan semua orang mampu untuk membeli sebuah rumah. Harga rumah sekarang, dah pakat sampai ratus ribu dah untuk teres setingkat. Malah, di tempat saya, rumah kembar dua setingkat ada yang dah cecah RM200,000 sebuah. Manalah mampu nak beli, jadi ramai yang cari rumah hanya mampu menyewanya sahaja.

Tips Dapat Income 4 Angka Menerusi Rumah Sewa

Tips Dapat Income 4 Angka Menerusi Rumah Sewa
Tahukah anda bahawa pelajar adalah golongan yang selalunya desperate untuk mencari rumah sewa? Terutama sekali pelajar antarabangsa. Mereka bukan mahu mewah duduk di rumah sewa, asal cukup kemudahan dan ada perabut untuk belajar, maka mereka akan sewa.

7 Tips Jana Income Menerusi Rumah Sewa

Saya nak kongsikan satu tips yang diambil dari sebuah panduan - Rahsia Sublet Premium. Di dalam panduan tersebut ada diceritakan kaedah, langkah, cara serta beberapa tips rahsia untuk menjadikan sebuah rumah sewa sebagai lubuk income bulanan.

Ada pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk menjadikan rumah sewa sebagai lubuk bisnes dan dapat income 4 angka; tetapi saya akan kongsikan hanya satu cara sahaja. Cara yang sangat biasa bagi kebanyakkan otai hartanah di Malaysia - sewa sebuah rumah atau banglo, atau pangsapuri ataupun flat dan kemudian sewakan kepada orang lain.

Pertama - Anda mesti mencari rumah untuk disewakan. Bukan semua rumah sesuai untuk anda sewa. Anda kena lihat keadaan dan lokasi rumah sewa tersebut. Apakah tarikan yang ada? Adakah ia merupakan kawasan berpenempatan tinggi? Siapa yang ramai menyewa di situ? Ada kilang? Ada IPT? Ada kolej?

Kedua - Anda mesti melihat samada lokasi tersebut mempunyai kemudahan pengangkutan awam yang baik. Adakah ia berdekatan dengan jalan besar? Adakah ia berhampiran dengan stesen LRT/Komuter? Adakah bas kilang selalu melalui kawasan tersebut? Adakah bas pengantara yang disediakan IPT melalui jalan besar di lokasi tersebut?

Ketiga - Anda kena mengetahui kadar asas sewa di kawasan sekitar. Penting untuk anda untuk tahu supaya anda boleh menetapkan harga sewaan yang berpatutan kelak.

Keempat - Jika sudah menjumpai sebuah rumah yang sesuai, anda perlu lihat keadaan rumah sewa tersebut. Paling penting jumlah bilik dan jumlah bilik air. Berapa keluasan setiap bilik?

Kelima - Berurusan dengan pemilik rumah, cuba dapatkan kadar sewa paling minima yang boleh anda dapat. Sediakan surat perjanjian antara anda dengan pemilik rumah (ada template dalam Rahsia Sublet Premium). Penting untuk menjaga kebajikan anda, dan juga bakal penyewa rumah tersebut.

Keenam - Buat sedikit ubahsuai ringkas pada rumah yang anda sewa. Sediakan rel langsir pada tingkap dan sliding door. Berikan warna baru pada dinding rumah sewa. Sediakan beberapa perabut asas. Seandainya kawasan rumah sewa anda itu ramai pelajar yang tinggal menyewa, maka sediakan setiap bilik dengan katil dan meja tulis, dan juga almari pakaian. Atau anda sediakan satu ruang khas di ruang tamu untuk modifikasi menjadi ruang untuk belajar.

Ketujuh - Iklankan rumah sewa anda yang telah anda berikan warna baru, letakkan perabut asas, dan tambah kemudahan (hawa dingin, dapur memasak, peti ais).

Selesai.

Dengan beberapa penambahan yang telah anda buat, anda boleh sewakan semula rumah tersebut dengan harga lebih tinggi dari harga sewaan anda sebulan. In Sha Allah, dalam masa 3-5 bulan, anda akan dapat semula modal untuk sebarang penambahan yang telah anda buat - tanpa jejas sedikitpun kos anda menyewa rumah tersebut dari pemilik rumah.
Tips Dapat Income 4 Angka Menerusi Rumah Sewa
Malah, jika anda bijak ... anda boleh tukarkan rumah yang anda sewa dengan kadar RM500 sebulan, menjana income bersih (ditolak kos) sehingga RM300 - RM500 sebulan! Tipsnya ialah golongan sasaran untuk anda sewakan rumah tersebut ... huhuhu...

Itu baru sebuah rumah! Bagaimana jika ada 5 buah? Bagaimana 10 buah? Bagaimana andai setiap rumah boleh berikan anda keuntungan bersih sebanyak RM300? RM300 x 5 = RM1,500!. Dan ia akan berlaku setiap bulan .... walaupun ketika anda sedang bercuti ke luar negara!

Banyak Tips, Kes Study, Serta Rahsia Yang Perlu Anda Tahu

Ada banyak lagi panduan, kaedah, tips serta contoh-contoh sebenar yang ditunjukkan di dalam ebook atau panduan Rahsia Sublet Premium.

Jika anda baca, anda bakal ketahui teknik untuk mencari kawasan yang berpotensi untuk meletakkan kadar sewa tinggi; anda juga akan ketahui cara untuk deal dengan pemilik rumah, anda akan ketahui cara langkah demi langkah tukarkan rumah yang anda sewa kepada lubuk income bulanan yang sangat menguntungkan.

Terhad Sehingga Tgh Malam 5 Januari 2016

Jika anda mahu tahu lebih lagi, maka saya syorkan anda mendapatkan Rahsia Sublet Premium ini.

Untuk masa terhad sehingga 11:59 malam 5 Januari 2016, anda boleh mendapatkan panduan ini dengan harga pengenalan - RM100 untuk set lengkap Rahsia Sublet Premium. Selepas masa dan tarikh disebutkan, harga akan dinaikkan menjadi RM1XX.

Untuk info, anda boleh klik pautan disediakan di bawah ini:

Tawaran Khas Rahsia Sublet Premium

Ia ilmu sangat bagus untuk anda ketahui cara nak jana income 4 angka menerusi rumah sewa. Ia merupakan permulaan untuk anda berjaya dalam bisnes hartanah - tanpa perlu membeli sebarang hartanah pun.
Tips Dapat Income 4 Angka Menerusi Rumah Sewa
Dan panduan ini juga akan mengajar anda cara untuk berbakti dan membantu golongan lain terutama pelajar yang sangat terdesak untuk mendapatkan tempat tinggal.


5 comments.. read them below or add one

Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum January 05, 2016
great project to get side income
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 05, 2016
Dah download minggu lepas lagi .. memang best, menarik. Mudah untuk mereka yang baru nak berjinak dalam hartanah ni.
Muhamad Ilyas Muhamad Ilyas January 05, 2016
project yang luar biasa keuntungannya :)
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah January 06, 2016
Menarik panduan ni. Kena dapatkan juga macam ni.
danish danish January 08, 2016
Dalam keadaan ekonomi sekarang memang sesuai sangat dijadikan panduan untuk menambah kewangan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.