05 Januari 2016

Gambar Remaja Kena Halau Sebab Solekan Tebal

Remaja kena halau dari sebuah bas kerana solekan tebal. Uhh macam-macam dunia sekarang ehh? Kasihan remaja bernama Zahra Sadiq yang berumur 15 tahun ... dah la kena halau dari menaiki sebuah bas, lepas tu kena berjalan kaki 6.4km. Lagi sadis, kena denda pula sebanyak RM222.

Kejadian remaja bernama Zahra Sadiq warga Britain kena halau dari bas disebabkan solekan tebal ini telah berlaku di Birmingham, London, England. Ketika itu, remaja tersebut mahu menaiki bas National Express untuk menonton wayang. Semasa konduktor memeriksa tiket bas, remaja berkenaan ditanya mengenai umurnya .. dan apabila memberitahu bahawa umurnya 15 tahun, serta-merta Zahra dihalau keluar dari bas tersebut.

Remaja Kena Halau Dari Bas Sebab Solekan Tebal

Gambar Remaja Kena Halau Sebab Solekan Tebal
Apa yang berlaku ialah konduktor tidak percaya bahawa remaja tersebut berumur 15 tahun disebabkan solekan yang tebal, ini adalah kerana Zahra Sadiq memegang tiket kanak-kanak. Konduktor mungkin ingat bahawa Zahra menipu umur kerana mahu mendapatkan harga tiket kanak-kanak.... adeh. Tiket itu dianggap tidak sah .. lalu menghalau remaja malang ini keluar dari bas.

Oh ya, saya tak pasti samada harga tiket kanak-kanak di England bermula dari umur berapa tahun. Mungkin apa yang berlaku adalah yang sepatutnya berlaku, dan mungkin remaja bernama Zahra ini idak sepatutnya membeli tiket bas untuk kanak-kanak .. hoho ...

Ok. Tak ada apa nak heran sebenarnya sebab remaja yang baru berusia 13, 14 tahun sekarang memang boleh nampak seperti seorang dewasa berumur 20an. Semua gara-gara mekap ... pap sana sikit, pap sini sikit ... walla ... dah leh rupa gaya model umur 20an .. fuh .. lagi2 fizikal remaja sekarang lebih cepat berkembang dari dulu. Umur baru nak masuk tingkatan satu dah kena pakai bra saiz 32 .... keh keh keh.

Gambar Remaja Zahra Sadiq - Kena Halau Sebab Solekan Tebal

Saya kongsikan beberapa gambar remaja bernama Zahra Sadiq yang didakwa dihalau dari bas kerana mekap tebal ini. Anda boleh lihat ... dan boleh buat nilaian sendiri ... andai anda tidak baca entri ini, anda boleh agak tak umur si Zahra Sadiq ni ehh?
Gambar Zahra Sadiq - Remaja Kena Halau Sebab Solekan Tebal
Gambar Zahra Sadiq - Remaja Kena Halau Sebab Solekan Tebal
Gambar Zahra Sadiq - Remaja Kena Halau Sebab Solekan Tebal

Sumber: Berita Harian


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

6 Komen Gambar Remaja Kena Halau Sebab Solekan Tebal

biasanya orang malaysia ni, tiket kanak-kanak sampai umur 12tahun je.Kalau umur 15, memang ramai yang dah berwajah dewasa.

Segelintir kanak-kanak dan remaja sekarang lebih berani mencuba..lebih suka nak dewasa sebelum waktunya itu yang kadang kita boleh keliru...kadang kita yang naik segan tengok..

15 tahun tiket kanak2 eh kat kat sana? I yang 30 tahun ni pun x mekap..

macam ni pun ada ker?

kesian pulak.

Hahhaaa... ops.. kesian tapi kelakar pun ada.

Hmm sib baik bukan kat Malaysia ..


EmoticonEmoticon