Bagaimana untuk menjadikan anak-anak agar pandai, pintar dan cerdas? Saya tahu sebagai ibu bapa tentu mahukan anak-anak yang lahir menjadi pandai, pintar dan cerdas. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memastikan anak-anak membesar mengikut acuan terbaik, agar nanti apabila anak-anak telah dewasa, mereka akan menjadi insan terbaik dunia akhirat, in Sha Allah.

Alhamdulillah, anak-anak saya membesar dengan cukup sihat dan baik. Ramai yang kata kerana gen yang ada pada keturunan, tetapi percayalah .. ia hanya berada dalam peratusan yang kecil. Untuk menjadikan anak pandai pintar dan cerdas, ibu bapa perlu memulakan pembentukan minda, didikan dan asuhan sebelum anak-anak dilahirkan lagi.

Bagaimana Menjadikan Anak Pandai Pintar Cerdas?

Bagaimana Menjadikan Anak Pandai Pintar Cerdas?

Rahsia Bangsa Yahudi Bijak dan Pandai?

Tahukah anda bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa yang bijak? Anak-anak Yahudi telah diasuh, dan dibentuk untuk menjadi anak-anak yang pandai, pintar dan cerdas sejak dari perut ibunya mengandung lagi.

Negara Israel antara negara yang banyak mewujudkan teknologi hebat terutama sekali dalam bidang perisikan, telekomunikasi, aeroangkasa dan banyak lagi. Malah, teknologi seperti yang ada dalam Facebook, Waze, komputer, Android, Apple adalah hasil pemikiran anak-anak Yahudi dan Israel. Mereka cukup bijak dan pintar sehingga menawan dunia menerusi ilmu pengetahuan yang ada.


Di Israel, setelah mengetahui si ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Pasangan ibu bapa akan beli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama. Mereka cukup yakin dengan melakukan demikian, si ibu dan bapa berupaya melatih otak bayi dalam kandungan, agar anak yang bakal lahir menjadi genius apabila dewasa kelak.

Soal pemakanan juga sangat penting untuk menjadikan anak pandai, pintar dan cerdas. Bangsa Yahudi misalnya, ibu-ibu mengandung akan mengambil makanan seperti kacang, badam, buah kurma beserta susu. Mereka lebih suka makan ikan dan roti untuk hidangan tengahari.

Ibu-ibu yahudi ini percaya bahawa memakan ikan, kekacang serta salad sangat baik untuk anak dalam kandungan. Mereka elak untuk memakan ikan yang ada kepala, kerana percaya bahawa memakan ikan dengan kepala tidak bagus, dan kepala ikan mempunyai bahan kimia yang boleh merencatkan perkembangan otak anak.

Manakala mengambil pati ikan atau pil minyak ikan sudah menjadi satu adat biasa bagi ibu-ibu mengandung.

[Baca] Ketahui lebih banyak rahsia bangsa Yahudi melahirkan anak-anak pandai pintar dan cergas ini - Ebook Anak Pintar Cergas dan Pandai Membaca
Kalau anda perhatikan daripada penulisan saya di atas, sebenarnya apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi tidak jauh bezanya dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah pendidikan terawal dalam membentuk anak-anak menjadikan anak pandai pintar dan cerdas.

Anak saya, yang sulong adalah seorang anak yang telah saya dan isteri didik mengikut acuan ini - tidak makan kepala ikan, mempelajari muzik di peringkat awal umurnya, perdengarkan bacaan Al Quran semasa mengandung, belajar meminati matematik, silangkata dan puzzle. Saya pernah ceritakan bagaimana anak sulong saya dalam usia seawal 3 tahun dapat selesaikan jigsaw puzzle dengan cepat .. malah lebih cepat daripada saya sendiri.

Sehingga sekarang anak saya ini sangat sukakan teka-teki, masalah matematik, dan juga mengenai teknologi. Dia obses dengan permainan Mine Craft sehingga sanggup 'berkenalan' dengan pencipta permainan ini ...  dan umurnya baru 11 tahun.

Jika anda mahukan anak-anak anda pandai, pintar dan cergas, saya syorkan anda baca ebook ini - Anak Pintar Cergas dan Pandai Membaca.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kaum Yahudi ajarkan anak-anak mereka ikut cara Nabi Muhammad..Tapi sengaja mereka reka untuk kita cara lain..supaya kita lupa ajaran Nabi Muhammad.Fida nanti kalau ada anak pun..akan ukit cara Nabi Muhammad.Insyaallah

    BalasPadam
  2. Kena cari makanan macam ni juga untuk anak-anak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement