Langkau ke kandungan utama

Backlink Blog Untuk Ranking Terbaik Dalam Google

Adeh, sejak mula cuti sekolah ni, dah jadi semakin lemau dan malas lak nak update blog. Mungkin sebab anak-anak sentiasa berada di depan mata, maka banyak masa dihabiskan melayan kerenah mereka. Nasib baiklah ada rakan blogger yang bakal menjadi Pakar SEO Malaysia yang sudi kongsikan sedikit tips berkenaan SEO untuk dimuatkan dalam blog saya ini .. hoho. Ia berkaitan kepentingan backlink blog untuk mendapat ranking terbaik di enjin carian Google.

Rakan blogger yang saya maksudkan ialah saudara Syed. Beliau merupakan antara pembaca blog saya yang banyak menimba ilmu berkaitan Search Engine Optimization (SEO). Kerajinan beliau mendalami ilmu SEO daripada yang paling simple hingga yang paling rumit memberikan impak positif untuk blognya, terutama apabila turut menjadi peserta dalam Contest Review Lynk.my 2015 yang menawarkan ganjaran wang tunai lumayan sebagai hadiah.
Backlink Blog Untuk Ranking Terbaik Dalam Google

Backlink Blog Untuk Ranking Terbaik Dalam Google

Backlinks memang sesuatu yang penting untuk sesebuah blog. Dengan adanya backlinks berkualiti, ia akan memberikan kelebihan kepada sesebuah blog untuk lebih cepat terindeks di halaman carian Google dan mendapat rank yang baik.

Jom baca catatan daripada saudara Syed ini .... ia mungkin tips SEO yang boleh anda gunakan nanti.

====
Assalamualaikum.

Ini bukan dari HH tau. Saya hanya diberi peluang untuk buat guest post di sini. Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada kerana sudi beri peluang kepada saya untuk berkongsi pengetahuan tentang SEO. Saya pasti visitor HH sudah terbiasa dengan cara HH share idea SEO. Saya harap penulisan sharing saya ini juga mampu difahami.

Baiklah, Siapa saya?

Saya Syed baru sahaja start blog saya yang baru umur 1 bulan 2 minggu. Dan alhamdulliah saya diberi peluang yang sebesar ini daripada HH. So hari ni saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda nilai sama ada perlu buat berapa banyak backlink untuk ranking sesuatu keyword.

Adakah lebih banyak daripada apa yang competitor anda buat atau hanya beberapa sahaja. Untuk yang masih lagi beginner dalam SEO, Disini, saudara Hasrul ada jelaskan serba sedikit mengenai SEO. Dan post, 9 tips seo terbukti ini juga mungkin akan dapat menambah lebih ilmu pengetahuan anda tentang SEO.

Sudah baca? So kita tahu, teknik SEO diperlukan untuk dapatkan blog kita ranking yang lebih baik di Google. Dan salah satu faktor yang paling utama ialah, mesti ada BACKLINK, lagi banyak dapat backlink, lagilah OK. Maksudnya ranking lagi lah akan tinggi. Contoh macam nak ranking keyword "contest review lynk.my 2015" di bawah.
sample image

Dan mengikut tools yang terbaik untuk menilai berapa banyak backlink yang ada ialah dengan menggunakan ahrefs.com, kebiasaannya yang paling tinggi adalah yang mempunyai paling banyak backlink. Diikuti dengan yang di bawahnya. Seperti di atas, katakan blog pertama ada 40 backlinks. Yang kedua mungkin lagi kurang daripada 40, 30 contohnya dan ketiga katakan dalam 20 backlinks sahaja. Ini untuk kebiasaannya lah.

Sesuatu website itu akan lebih tinggi rankingnya kalau ada backlink yang lebih banyak daripada yang lain. Yang jumlah backlink 40, 30 dan 20 tu contoh sahaja tau. So katakan yang paling tinggi ada 40 baclinks, so ada perlu dapatkan berapa banyak backlink? 50 ke? Jawapan saya, tak tentu juga. Sebab kemungkinan backlink yang 40 tu terdiri daripada low quality backlink.

Jadi di post ini, saya akan kongsikan sikit pengalaman dan pengetahuan yang saya ada untuk menilai kadar kekuatan sesuatu backlink. Supaya kita lebih faham dengan lebih detail di sebalik 40 backlinks itu. Pendek kata, kalau anda lihat backlink hanya sekadar daripada jumlah nombor atau berapa jumlahnya sahaja. Itu sudah salah. Kerana masih banyak lagi factor yang mesti di ambil kira.

Di post ni saya ada 6 perkara yang anda boleh ambil kira untuk tentukan berapa banyak backlink yang anda perlukan. Sama ada perlu lebih banyak atau lebih kurang daripada competitor anda. Semestinya 6 perkara ni tak perlu dinilai kesemuanya untuk setiap kali anda mahu ranking sesuatu keyword.

Namun..... Walaupun tak perlu nilai kesemuanya, tapi ada baiknya kalau kita semua tahu serba sedikit teknik ini supaya kalau kita memanglah ini yang akan kita hadapi nanti, at least kita sudah lebih faham kan. Tambah lagi kalau kita berhadapan dengan project dari client. Bukannya kita boleh pilih niche atau keyword apa kadang kadang tu. Kalau client kita sudah memang nak ranking sesuatu keyword, terpaksa buat juga.

Dan bila itu terjadi, saya percaya 6 list saya ni anda akan guna nanti. Harap harap lah. :) Saya akan listkannya dahulu di bawah dan kita akan pergi satu persatu nanti.
  1. berapa banyak backlink pula yang diorang ada? 
  2. adakah backlink itu relevant? kalau tak relevant akan lagi kurang.
  3. quality pula macam mana? PA, DA, PR 
  4. jenis anchor text yang ada?
  5. adakah backlink tersebut akan membawa traffic?
  6. look for 2nd tier backlink?

So itu dia, ada 6 semua. Mungkin lebih lagi kalau beri saya masa yang lebih untuk tulis article ni :) Tapi tak pe lah, untuk post ni. Ini pun sudah cukup untuk anda faham. Sekarang kita akan pergi satu persatu dengan lebih detail....

Berapa banyak backlink yang competitor anda ada?

Untuk ini, anda boleh gunakan ahrefs.com ataupun majestic.com untuk nilai berapa banyak backlink yang ada. Katakan 40 backlinks. Catit dahulu kesemua backlink tersebut, listkan semuanya dalam excel contohnya. Bila anda sudah listkan, untuk step yang seterusnya di bawah nanti, kita akan nilaikan setiap 40 backlinks tersebut satu per satu jika perlu.

Backlink Relevancy?

Ini adalah salah satu Google Ranking Factor yang paling utama. Maksudnya di sini ialah, katakan blog anda bercerita tentang kucing contohnya. Dan backlink yang anda dapat pula datang daripada blog yang bercerita mengenai dekorasi rumah contohnya.

Adakah ia relevant? Sudah pasti tidak. Bermaksud, katakan ada 40 backlinks, kesemuanya datang daripada back link yang tidak relevant, tapi anda mampu dapatkan back link daripada blog yang relevant dengan topic blog anda, maka tak perlulah untuk anda carikan lebih daripada 40 back link. Kurang daripada 40 itu pun sudah cukup. Jadi lesson pertama yang anda mesti tahu, "kalau dapat backlink yang relevant atau mengenai topik yang sama di blog anda huraikan, maka ranking anda akan jauh lebih baik daripada blog yang ada back link daripada topik yang tidak relevant."

Quality Backlink? PA, DA and PR

PR tu macam biasa ialah Page Rank. PA dan DA pula ialah, Page Authority dan Domain Authority. Kalau Page Rank rating daripada 1 hingga 10, kalau PA dan DA, rating daripada 1 hingga 100. Untuk browser chrome, anda boleh gunakan SEO Quake addon untuk lihat PR dan untuk Page authority dan domain authority anda gunakan tool add on dari moz ni.

Untuk sekarang, katakan yang 40 backlink tadi, kesemuanya datang daripada back link page yang hanya PR 1 contohnya. Dan katakan anda pula mampu untuk dapatkan back link yang lebih daripada 1, atau Page Rank 3 contohnya. Maka, lagi sekali tak perlu lah sampai lebih daripada 40. Sebab quality back link page anda lebih baik, iaitu Page Rank 2. Katakan anda dapat Page Rank 10? Ok kalau macam ni. anda hanya perlu tunggu ranking sahaja. Sebab 1 backlink daripada Page Rank 10, sudah cukup untuk kalahkan 40 backlink itu.

Jenis Anchor Text

Untuk ini anda perlukan majestic SEO. Melalui pengalaman saya, anda boleh gunakan ahrefs untuk mencari berapa banyak backlink yang ada. Sebab sistem ahrefs jauh lebih baik mengesan backlink. Majestic bagi saya agak kurang sikit. Contoh kalau anda cuba analisa backlink guna Ahrefs untuk blog http://www.hasrulhassan.com di bawah.

contoh carian dari ahrefs


Kalau anda perhatikan ada 4 ratus ribu backlink yang ada, dan 1 350 adalah daripada unique domain. Tapi kalau guna Majestic dibawah

contoh carian dari majestic
Majestic hanya mampu dapat kesan 2 ratus ribu lebih backlink, dan hanya datang daripada 4 ratus lebih backlinks sahaja. Sedangkan ahrefs yang di atas tadi dapat kesan lebih banyak kan? So, guna ahrefs untuk analisa berapa banyak backlink. Tapi guna majestic untuk analisa percentage anchor textnya. Sebab kalau anda gunakan ahrefs untuk percentage anchor text anda akan dapat view di bawah,

contoh result keyword dari ahrefs


Sekarang tengok pula anchor text yang datang daripada Majestic,
contoh result dari majestic pula

Nampak lebih mudah untuk bezakannya bukan? Sebab dengan majestic ia berbentuk Pie Chart. Sekarang saya akan cerita apa kaitannya pula dengan backlink?

Macam ni, katakan sekarang ni anda nak ranking "buat duit online" di page pertama contohnya. Tapi bila anda lihat anchor text backlink competitor anda adalah pengulangan keyword yang mahu di rankingnya.

Seperti contoh: "Buat duit online" untuk kesemua 40 backlinks tersebut. Ini bermaksud, anda akan lebih mudah untuk outrank competitor anda. Sebab mengikut Google, kalau anda nak ranking "buat duit online" dan anchor text back link anda berlambak dengan pengulangan keyword tersebut, Google akan detect anda ni menipu. Ibarat macam backlink spamming lah.

Sebaliknya, anchor text yang terbaik bila anda buat backlink ialah yang lebih bersifat branded keyword.

Dan kebiasaannya branded keyword adalah pengulangan nama domain blog itu sendiri. Dan percentage yang sesuai atau nampak lebih natural di mata Google ialah seperti seakan akan di bawah: nama domain - 10% url domain - 10% nama penulis - 5% lain lain - XX% Maksud saya di sini ialah, untuk percentage yang pertama sampai ke tiga, mestilah mengulagi nama domain itu sendiri. Seperti contoh anda boleh lihat anchor text daripada website pakar seo antarabangsa di bawah: searchenginejournal.com
lagi sekali dari majestic

Pengulangan domainnya kan? Ini adalah signal branded keyword. So Google akan lebih percaya untuk rankingkan website seperti ini. Sekarang, tengok pula anchor text untuk Amazon.com
amazon pula

Lagi sekali pengulangan branded keyword. Alright? Sekarang tengok pula blog Saudara Hasrul Hassan sekali lagi..
contoh result dari majestic pula


So, di mata Google. Backlink yang seperti ini ia akan tampak lebih natural. Justeru ranking pun akan lebih baik. Ringkasannya, kalau anda lihat anchor text backlink competitor anda menggunakan keyword yang exactly dia nak ranking, dan tidak utamakan branded keyword maka anda tak perlu buat backlink yang lebih tinggi daripada 40 backlink tadi. So sekarang kalau nampak Saudara Hasrul boleh ranking macam macam. Mungkin boleh fikir kenapa kan? kita teruskan lagi....

Adakah backlink tersebut membawa traffic?

Ok, signal Google Ranking factor untuk ini masih lagi bukan factor yang tinggi buat masa sekarang. Tapi ia juga salah satu faktor juga serba sedikit. Maksud saya begini, katakan anda dapat backlink daripada blog lain. Dan backlink tersebut, hanya sekadar backlink tanpa orang click dan tiada traffic datang daripada blog tersebut. Ini bermaksud, di mata Google anda telah buat backlink yang spamming. Ibarat macam apa yang biasa kita dengar itu Private Blog Network. Siapkan dalam 10 blog lain dan letak backlink. Tapi ada visitor tak blog tu? ada orang tak click back link tu? Kalau tiada, berbanding dengan anda dapatkan backlink yang buat orang click dan datang ke blog anda.

Maka anda tak perlu cari backlink yang sampai lebih 40 back link lagi. Kurang sudah cukup, sebab back link anda lebih berkualiti. Bukannya backlink "hantu" dalam bahasa kasarnya. Tapi itu lah, ia bukan lagi signal yang kuat. Tapi at least anda boleh bezakan. Maaf kalau saya ambil masa anda lama sikit untuk post di blog HH ni. Saya ada satu point sahaja lagi yang saya nak kongsikan, iaitu.

Look for 2nd tier back link

Kadang kadang, di page pertama, dan ranking pertama. Anda akan perasan ada page yang backlinknya sedikit, tapi boleh outrank page yang backlink nya lebih banyak. Kenapa? Ok mungkin back linknya lebih berkualiti iaitu mungkin dia ada gunakan teknik yang kita faham untuk analisa back link di atas tadi. Tapi kemungkinan juga sebenarnya backlink blog tersebut mempunyai 2nd tier back link.

Apa itu 2nd tier back link? 2nd tier backlink adalah back link untuk back link. Maksudnya, blog www.hasrulhassan.com ada back link daripada ideakini.com. Dan ideakini.com pula ada back link daripada blog yang lain. Inilah kita namakan sebagai 2nd tier back link. Kiranya gunakan teknik ini untuk power up kan link juice backlink yang pertama tadi. Seperti contoh gambarajah di bawah:

contoh 2nd tier backlink


Nampak macam senang saja kan. Blog tu ada dua backlink sahaja. Daripada wordpress satu, daripada blogspot satu. ada 2 je. So.... Sebagai seorang yang arif lagi bijaksana dalam SEO kita hanya perlu cari? 3 atau 4 sahaja.

Salah lah macam tu. Sedangkan, backlink yang dua tu ada pula backlink yang point ke arahnya. Kalau anda perhatikan di atas, siap ada 3rd tier back link lagi. Kalau ini yang berlaku, anda bukan sahaja kena analisa page backlink competitor anda, anda juga mesti analisa letak kan url page backlink tersebut di ahrefs juga satu persatu. Lagi lah menyampah kalau nak analisa competitor macam ni kan. :)

Sekian sudah 6 perkara. Ada banyak lagi faktor, tapi tak perlulah kita pergi se advance itu kerana tidak ramai yang aplikasikannya. Saya rasa 6 faktor di atas saya sudah cukup untuk pemahaman kita bersama.

Justeru itu, Seperti yang saya katakan tadi. Jangan menilai back link dari segi nombor atau berapa banyaknya sahaja. Ada banyak lagi perkara yang masih lagi perlu di rungkai. :)


Terima Kasih HH kerana beri saya peluang. :) Ikhlas dari saya... Syed

====
Fuh ... panjang juga artikel berkaitan tips SEO yang dikongsikan oleh Syed ini. Saya pasti ramai yang telah mendapat sedikit sebanyak manfaat yang ada. Saya sendiri telah dapat sesuatu daripada perkongsian ini. Sepertimana sebelum-sebelum ini, saya dah tekankan bahawa ilmu mengenai SEO tidak pernah berhenti untuk 'mengejutkan'; pasti ada sesuatu yang baru untuk dipelajari.

Jangan berhenti untuk belajar, dan berkongsi ilmu ... tanpa perkongsian, ilmu yang dah ada takkan melekat lama. In Sha Allah, moga kita semua dapat sesuatu dari post ini.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih bro perkongsian nie...

    mselim3

    BalasPadam
  2. baca sampai 2 kali baru faham..hahaha

    BalasPadam
  3. oooo...mcm tu rupanya...

    http://sweetpearl24.blogspot.my/2015/12/kisah-lucy-bukan-nama-filem.html

    BalasPadam
  4. Terima Kasih banyak atas info ini :) ...

    BalasPadam
  5. terbaik bro Syed..banyak ilmu dapat ni...

    BalasPadam
  6. GOOD SHARING... http://jmbelog.blogspot.my/

    BalasPadam
  7. Terbaiklah bro Syed dan bro HH....

    BalasPadam
  8. Wah....teknik baru tentang SEO dan backlink. Kena baca banyak kali agar ianya lebih faham lagi.

    Apapun ia satu teknik terkini yang perlu kita praktikkan.

    Terima kasih Tuan Syed dan Tuan HH sudi berkongsi info ini untuk semua pembaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun jadi cerah pengetahuan balik hasil dari perkongsian oleh Syed ni .. in Sha Allah, akan ada lagi perkongsian berkaitan SEO dan TIPS Blogging.

      Padam
    2. Perkongsian yang sebegini yang kita mahukan. Ada point-point penting yang boleh kita praktikkan dalam memantapkan artikel kita dan backlink tu yang bestnya.

      Padam
  9. Terbaik sharing pasal backlinks ni... http://www.gerobokbuku.com/

    BalasPadam
  10. baca sikit-sikit .. tak faham lagi.
    nanti kolin baca lagi..bagi faham.
    kureng laa sikit hal-hal gini huhu.
    tq HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu pun blur jugak. Kena rajin belajar dan cedok ilmu.

      Padam
  11. Hai... Terima kasih utk info ini. Panjang lebar maklumat yg dikongsi. That's good! Bagaimanapun, saya masih baru dalam dunia blogging. So, perkataan 'backlinks' pun saya tidak arif lagi. Mohon pencerahan lanjut. Tq..

    BalasPadam
  12. masih usaha nak fahamkan. apapun terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
  13. slow2 nak blaja blk nie.. huhuh tq

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…