Apakah pengertian SEO? Ini mungkin satu revisi bagi mereka yang dah mengetahuinya. Saya pasti ramai blogger Malaysia dah faham dan tahu kepentingan SEO (Search Engine Optimization) ini dalam blog. Asasnya ialah SEO membolehkan sesebuah blog menerima trafik organik atau menerima kunjungan pungunjung menerusi laman carian terutamanya Google, Yahoo dan Bing.

Pengertian SEO - Search Engine Optimization

Bagi yang belum lagi mengetahui - SEO merupakan singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization atau dalam bahasa mudah yang boleh saya fikirkan ialah optimasi blog untuk keperluan enjin carian. Ini bermakna, anda memperlengkapkan ciri-ciri entri dalam blog (atau blog secara keseluruhan) bagi menerima trafik menerusi enjin carian.
apakah dimaksudkan dengan Search Engine Optimization

SEO Penting Untuk Trafik Blog

SEO adalah topik paling hangat diperkata dan dibincangkan terutama dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat blog anda berada dalam senarai carian yang pertama dalam enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'Kereta' di laman enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Strategi pemasaran juga bermaksud strategi untuk penjenamaan, mempromosikan blog dan menjadikan blog dikenali ramai, serta menerima trafik yang sepatutnya.

2 Teknik Asas SEO

Terdapat 2 teknik asas dan ia terbahagi kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian. Ia merupakan teknik yang ramai blogger dan pakar SEO kongsikan di blog mereka. Cara ini memang diketahui ramai, dan sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan terkini algorithma robot enjin carian.

Manakala, Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenarkan. Ia merupakan teknik jalan mudah bagi mereka yang mahu secara cepat mendapat tempat dalam enjin carian. Cara ini sangat ditegah oleh enjin carian, dan sekiranya didapati terbukti sesebuah blog atau laman web menggunakannya, penalti akan dikenakan dan mungkin laman web atau blog tersebut tidak akan berada di dalam enjin carian mereka.

Di bawah merupakan beberapa teknik White Hat SEO yang banyak digunakan oleh blogger dan pengendali laman web.

Teknik White Hat SEO 

  • Penempatan penggunaan kata kunci dalam blog dan entri
  • Penggunaan analisis sambungan atau Link Building Analysis
  • Penggunaan Link Exchanges atau pertukaran link dengan blog niche serupa
  • Penggunaan Onsite Analysis
  • Penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web

Manakala berikut adalah beberapa teknik Black Hat SEO

Teknik Black Hat SEO

  • Entri dipenuhi dengan kata kunci yang dinamakan Keyword Stuffing
  • Page Stuffing
  • Selling and Farming Link - iaitu anda menawarkan penyenaraian link dalam satu laman web yang hanya penuh dengan link-link laman web

Ok, sekarang anda dah tahu sedikit sebanyak apa itu yang diertikan dengan SEO - Search Engine Optimization. Malah, anda sudah pun tahu mengenai teknik-teknik yang ada dalam SEO, yang tentunya boleh anda Google di enjin carian.

Teknik SEO memang berbaloi terutama kepada mereka yang mahu blog menjana pendapatan, dan bagi mereka yang kurang rajin nak update entri secara kerap. Teknik ini akan menghasilkan bukan sedikit trafik, tetapi boleh mencapai ribuan hanya dengan penggunaan kata kunci yang betul, dan tajuk yang tepat - tanpa perlu anda nak ping sana sini secara keterlaluan.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. maklumat berguna utk blogger. thanks for sharing !

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba baca artikel seo dari adib blogger jugak.. pn byk manfaat macam abg HH kita ni - kedaionlinemy.com

      Padam
  2. Page stuffing ??? Apa ke bendanya tu ? Boleh explain ??

    BalasPadam
  3. Hmmm .. dia macam anda buat satu page tu ... hanya letak keyword je .. macam2 ... semua keyword panas dan bervariasi diletakkan hanya untuk menarik robot enjin carian. Tapi isi tak ada .. kalau ada pun, dia berikan link atau pautan ke entri lain atau tempat lain.

    BalasPadam
  4. Ok. Terima kasih atas penjelasan tu.Lagi satu saya nak minta tolong pasangkan widget avatar tu utk ganti widget yang ada sekarang boleh. Semenjak Google dah ubah cara mengedit html kepada bentuk baru ni, saya rasa saya terus jadi bodoh . Dah tak berani usik langsung html kod kat belakang tu - maklum memang bukan pandai pun. Kalau Hasrul kata boleh, saya bagi pasword blogger saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Check email .. saya ada hantar email.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement