17 November 2015

Script Iklan Innity Ada Malware

Script Iklan Innity Ada Malware. Ada seseorang whatsApp saya, memberitahu bahawa blog ini tidak dapat diakses menerusi internet. Saya pun segera membuat semakan menerusi laman web Sucuri.net. Alamak, memang betullah, ada malware ditemui menerusi imbasan yang dibuat secara online di laman web Sucuri.net. Dan agak mengejutkan juga, sumber malware itu adalah dari script iklan Innity yang diletakkan di dalam blog.

Hmm patutlah beberapa hari, trafik ke blog agak merundum. Saya pula memang tak jenguk blog dan terbitkan entri baru sebab sibuk dengan keluarga - almaklumlah, wife bercuti selama seminggu. Dalam dok bercuti tu, dapatlah bawa satu famili bercuti di Rockbund, Lumut dan juga Rumah Peranginan Persekutuan Morib.

Script Iklan Innity Ada Malware

Hasil daripada imbasan online di Sucuri.net, mendapati malware berikut dikesan:
Script Iklan Innity Ada Malware
Malware dinamakan MW.BLK:2 ini dikesan telah 'menjangkiti' javascript iklan Innity. Anda boleh lihat pada bahagian kekotak merah yang saya tunjukkan di atas. Disebabkan itu, blog saya dianggap berbahaya untuk dimasuki.

Saya tidak pasti samada ada rakan blogger atau pengunjung lain yang merasai kesan dan akibat daripada malware ini. Tetapi, blog saya terkena kesan ini sehingga trafik menurun menjadi bawah 5000 UV pada beberapa hari kebelakangan ini.

Setelah mengenalpasti punca malware, saya pun tanpa teragak-agak membuang segala script iklan Innity di dalam blog. Saya lakukan rescan untuk memastikan bahawa malware itu telah tiada dalam blog saya. Alhamdulilah, keputusan imbasan menerusi Sucuri.net memberikan keputusan positif.
Script Iklan Innity Ada Malware
Jadi, jika anda alami masalah yang sama, cuba bertindak dengan mengikuti arahan yang ada diberikan di laman web Sucuri.net ini. Ini merupakan kejadian kali kedua yang menimpa blog saya.

Sebelum ini, blog saya dikenalpasti mempunyai malware disebabkan script terbenam yang berada dalam template blogspot oleh saudara Muh.Akram, menerusi template Catatan.info. Agak sukar untuk kenalpasti mana satu script yang terjejas dengan malware, sehingga saya ambil keputusan untuk menggunakan template blogspot yang lain.

Jika anda mahu blog anda bebas daripada malware, saya sarankan anda untuk lakukan tiga perkara berikut:
  1. Update antivirus di komputer anda.
  2. Kemaskini mana-mana javascript yang ada dalam blog - cari versi terbaru atau simpan fail javascript tersebut di lokasi lain yang lebih selamat (bukan sumber asalan).
  3. Lakukan imbasan sekali dua bulan di Sucuri.net atau mana-mana laman web yang menyediakan imbasan virus serta malware percuma.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi pedoman dan peringatan buat semua.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

9 Komen

tq bro hassan insyaAlkah nanti

semua yg guna innity alami masalah sama,,,,patut la trafik lain mcm ja mgu ini

Asalam hh etuza xa pasang..dulu selalu suka widget..ada blogger tegur ada virus...di blog Etuza..kurang dah letak..lagi ringan

Sifu HH terima kasih masih dalam bloglist ya

Fuhh lega...not detected with malware...lega2...tenkiu tuan HH atas sumber ini!

alhamdulillah tiada. terima kasih atas ilmu terbaru ini.

Rupanya blog pun boleh terkena malware. Nampak gaya kena check juga di blog saya...mana tahu terkena jugak, walau pun boleh dibuka. Bolehlah bersedia sebelum terkena.

baru scan td aah terbukti malware dri script innity
tp kawan lain boleh buka blog sy
mcm mana erk..nak buang or biarkan script ni
malware ni ada kesan x
malware x sama mcm virus kan..

terima kasih atas info laman web untuk check malware tersebut :)


EmoticonEmoticon