Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015

Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015. Alhamdulillah, anak saya yang bongsu naik pentas buat kali kedua dah .. bukan sebab menang atau jadi pelajar terbaik ke apa ke .. tapi sebab konvo.. hehehe. Anak saya yang bongsu - Haseena 'tamat' belajar di Tadika Islam Perak pada 19 November 2015 lalu.

Ini merupakan kali kedua naik pentas konvo. Pertama kali adalah semasa umur 4 tahun, juga di Tadika Islam yang sama. Dua tahun di Tadika Islam, in Sha Allah, tahun hadapan anak saya ini akan ke tadika prasekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Islam Perak merupakan prasekolah dibawah kendalian Pejabat Agama Islam Perak.

Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015

Konvo Tadika Islam Perak daerah Kerian untuk tahun 2015 diadakan di Dewan Masyarakat Tanjung Piandang. Ramai juga ibu bapa yang hadir. Ibubapa angkat anak saya juga hadir.

Alhamdulillah, tahun ni Haseena .. satu-satunya anak perempuan saya telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kelas. Agak pelik rasanya sebab anak saya ni banyak kali juga ponteng secara sengaja ... tup tap .. tau tau berjaya dalam peperiksaan dan ujian yang diadakan.... hahaha.

Tahun ini juga menampakkan anak saya ni dapat naik pentas buat persembahan, nyanyi lagu sekolah...uhhh siap dapat pegang mikrofon lagi.

Video Persembahan (Babak Akhir)

video

Bangga rasanya dapat lihat anak dapat melibatkan diri dalam aktiviti dan ko-kurikulum sekolah. Sebelum ini, anak saya antara yang aktif dalam bersukan. Saya ada tunjukkan gelagat Haseena dan rakan-rakan semasa Sukaneka Tadika Islam pada tahun 2014.

[Ads] Klik Untuk Tahu Rahsia Anak Pintar Membaca Sebelum Tadika

Dua orang anak saya, merupakan 'graduan' dari Tadika Islam. Anak sulong saya, alhamdulillah, sekarang merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya, saya ada ceritakan dalam entri bertajuk - Semak Keputusan Exam Anak Menggunakan SAPS NKRA

Anak kedua saya pula, adalah graduan dari Tadika Perpaduan. Memang banyak beza 'hasil' antara tadika-tadika ini, dan saya pernah kongsikan pendapat saya mengenainya dalam entri - Beza Tadika Islam Perak dengan Tadika Perpaduan JPN
Saya harap anak-anak saya akan meneruskan kecemerlangan masing-masing. Zaman sekarang, cabaran mendidik anak memang hebat, apatah lagi kemunculan gajet seperti tablet, telefon pintar, ipad sedikit sebanyak memberikan satu dugaan untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan yang terbaik.

[Ads] Tips Didik Anak 

Pendidikan bukan terletak di tangan guru semata, tetapi juga ia merupakan tanggungjawab besar ibubapa. Semua perlu selari, dan memastikan apa yang belajar di sekolah, turut diaplikasi di rumah dan begitu juga sebaliknya.

Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T .. dan didiklah anak ke arah menjadi hamba yang terbaik kepada Yang Maha Esa.

5 comments.. read them below or add one

ILA shafila ILA shafila November 27, 2015
Tahniah Haseena. Tahun depan darjah 1 lah ye.
Syira Lokman Syira Lokman November 27, 2015
TAHNIAH ! SYIRA NAMPAK KASUT HELLO KITTY TUUU DULU...HEHEHE..
EHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 27, 2015
Tak .. tahun depan dia masuk Prasekolah umur 6 tahun lak ... huhuhu
ILA shafila ILA shafila November 27, 2015
hehehe..tertinggal part pertama kali umur 4 tahun. Good luck untuk pra lah ye...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 27, 2015
Pra mungkin ok skit sbb ada abang2 dia dalam satu sekolah ... seroang tu POPULAR .... jadi tak berani aaa nak kacau awek nama Haseena ..hahaa

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.