Sukaneka Tadika Islam Perak Daerah Parit Buntar 2014

Seronok betul tengok anak-anak kecil bila meningkat dewasa dan cergas. Baru-baru ni, saya hadiri sukaneka tadika anak perempuan tunggal saya. Tak sangka pula anak perempuan saya, Maira 4 tahun laju juga berlari, sama seperti abang tengah (angah). Maira bersekolah di Tadika Islam Perak, Taman Seri Tenggara, Parit Buntar.

Meriah juga sukaneka Tadika Islam Perak Daerah Parit Buntar ni, ada 5 buah Tadika Islam semuanya - tak silap sayalah. Setiap tadika Islam mewakili satu warna pasukan. Anak saya, Maira dari Tadika Islam Taman Seri Tenggara, gunakan warna merah sebagai warna pasukan.

Sukaneka Tadika Islam Perak Daerah Parit Buntar 2014

Sukaneka ini diadakan di Dewan Masyarakat Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak. Meh layan dulu beberapa gambar kemeriahan anak-anak tadika Islam Perak ini bersukaneka ...hoho...

Acara Sambut Belon Air Dalam Gelung

Sukaneka Tadika Islam Perak Daerah Parit Buntar 2014
Sukaneka Tadika Islam Perak Daerah Parit Buntar 2014
Sukaneka tadika Islam Parit Buntar

 Acara Lompat Kepit Bola Celah Kaki

Acara Isi Air Dalam Botol Guna Span

Acara Bina Kota Dengan Cawan

Anak saya Maira, masuk dalam Acara Bina Kota. Berjaya menang tempat ketiga sahaja. Meh layan gelagat Maira yang sungguh nak menang dalam acara sukaneka ni. Nak lawan Abang Ngah katanya.... nak lari laju-laju ....

Siap sedia nak dapatkan 'umpanan' bagi melaksanakan tugas ... dan lihatlah betapa lajunya Maira berlari ke hujung untuk bina kota ....
Dan ... menang tempat ketiga daripada empat pasukan yang ada. Oh ya, lupa nak beritahu .... walaupun tadika Islam Daerah Parit Buntar ada lima buah, tapi salah satu tu tak cukup korum untuk sukaneka sebab hanya ada lebih kurang 10 murid je ...  tak pasti samada mereka diserap masuk ke kumpulan lain.

Hoho ... seronok anak-anak tadika ni dapat hadiah masing-masing.
Ada satu adegan menarik semasa sukaneka ni yang sempat saya rakamkan dengan kamera. Nanti, saya ceritakan di entri yang lain ... hehehee....

3 comments.. read them below or add one

Denaihati Denaihati November 13, 2014
meriah ni, bwah bumbung lagi, tunggu lama pun tak kisah. tahniah maira dapat no.3.
JAWATAN KOSONG 2014 JAWATAN KOSONG 2014 November 14, 2014
Seronok tengok anak2 kecil bersukan kan...mcm2 gelagat dan aksi diorang yang mencuit hati...em ada sambungan ye..em tak sabar nanti tahu ape kesah seterusnye ni tuan HH...
Hafiszan Kamarudin Hafiszan Kamarudin November 14, 2014
seronok nampaknya anak bersukan, cuti sekolah sudah tiba. kebanyakakn tadika buat sukan. esok anak saya pula bersukan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.