05 November 2015

Gambar Dr Say Shazril Shaharuddin

Gambar Dr Sya Shazril Shaharuddin. Perghh tetiba meletop nama doktor ni, mungkin akan jadi setara dengan nama blogger terkenal, Dr Fatin Liyana. Siapa sangka lelaki bertubuh tegap dan sasa, mempunyai six pax dan sudah berkahwin ini merupakan seorang doktor. Bukan doktor biasa, tetapi doktor yang kacak, pandai berjenaka serta bekerja sampingan sebagai model.

Nama Dr Say Shazril Shaharuddin tetiba dikenali seantera Malaysia kerana HotFM mengundangnya ke konti baru-baru ini. Populariti doktor yang dianggap doktor paling kacak di Malaysia ini meningkat secara mendadak setelah seorang pemanggil HotFM ke udara dan mengatakan betapa kacaknya doktor Say yang merupakan 'bos' di tempat kerjanya.

Gambar Dr Say Shazril Shaharuddin

Gambar Dr Say Shazril Shaharuddin
Dr Say Shazril merupakan doktor sakit puan di Hospital Serdang. Lelaki bertubuh sasa yang pernah memenangi beberapa pertandingan bina badan amatur di Malaysia ini telah berkahwin dengan Dr Azura sekitar tahun 2014. Berumur 27 tahun, Dr Say juga merupakan salah seorang pengedar produk Herbalife.
Foto Kacak Dr Say Shazril
Gambar model tubuh sasa Dr Say Shazril

Dr Say Shazril - Budak Lembik Yang Mahu Jadi Terkenal

Mungkin ada yang tidak tahu, Dr Say Shazril sewaktu kecil adalah seorang budak yang lembik dan pencapaiannya di sekolah terutama dalam bidang Ko-Kurikulum tidaklah begitu baik. Tetapi bukan bermaksud dia seorang yang lembut.

Samada anda percaya atau tidak, dia pernah bercita-cita untuk menjadi seorang yang terkenal dan popular. Itu antara sebab, doktor yang disenangi oleh para jururawat dan staff di Hospital Serdang ini mengambil langkah untuk menjadi model sambilan.

Saya terpanggil untuk kongsi sedikit cerita dan gambar Dr Say Shazril ini apabila isteri saya menelefon dan bercerita mengenai lelaki ini yang tetiba menjadi sebutan para wanita di Malaysia - tidak kiralah yang anak dara, bujang, dah berkahwin, isteri orang mahupun bekas isteri, semua membisikkan nama lelaki kacak dan tampan bertaraf doktor sakit puan.

Saya pasti selepas ini, cerita dan gambar Dr Say Shazril Shaharuddin akan menjadi antara carian yang popular di kalangan wanita-wanita di Malaysia ... begitu juga dengan kisah isteri Dr Say Shazril yang cantik iaitu Dr Azura yang tentu ramai mahu tahu.
Gambar Dr Say Shazril Shaharuddin
Gambar Dr Say Shazril Shaharuddin



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

13 Komen

Memang tengah hot kan sekarang tentang Dr muda ini..alhamdulillah yang baik jadikan ikutan..yang tidak wajar jangan dilakukan..tidak salah minat tapi berpada pada..

Huhuhu... bagus memang bagus .. tapi adalah lebih bagus kalau dia jadi pakar sakit tuan . hehehee

hot sungguh dr sorang ni.. mana2 duk certa pasal dia je

Yg xthn part ada perempuan nk bersalin dgn doc ni..pelik2

Tetiba galmer laks dia nih...

Semoga kaum wanita berhati2. Jangan sampai tergadai maruah sebagai seorang wanita.

Lawak pun ada. Actually ramai je profesyen lain yg kacak2 (lecturer, pilot, angkasawan, engineer etc), tapi Malaysia kan. Semua benda cepat viral. Uhuhu. Betul ke pasal wanita nak bersalin dgn doc ni. Entah2 kaum laki yg buat cerita. Adoi.

Tolonglah!!! perempuan melayu islam yang sampai nak bersalin dengan dr nih! Malaysia bukan darurat ya ramai lagi gynea perempuan. Eiiii... Menjengkelkan

Uhh ada ke? Saya tak tahu pun pasal benda tu .. haha

Hmm .. nampaknya begitulah .. banyak perkara yang boleh diviralkan sebenarnya .. namun, asal ia tidak mudarat .. in Sha Allah ok.

haha memang mantap, hensem..doktor kita ni..


EmoticonEmoticon