Taman Flora Bukit Fraser

Taman Flora Bukit Fraser. Saya fikir mesti ramai tak tahu kewujudan taman ni di Bukit Fraser. Ia bukanlah satu destinasi yang menarik untuk dilawati, tetapi berbaloi jugalah untuk bawa anak-anak ke Taman Flora Bukit Fraser ini sebab ia tidak mengenakan sebarang bayaran.

Pertama kali saya pergi ke Taman Flora Bukit Fraser ini, sememangnya saya ingatkan ia seperti taman bunga yang cantik sepertimana yang ada di Cameron Highlands. Al maklumlah, suasana dan suhu di Bukit Fraser adalah lebih sejuk jika dibandingkan dengan di Cameron Highlands, mahupun Bukit Tinggi, Pahang.

Taman Flora Bukit Fraser

Taman Flora Bukit Fraser
Hampa sungguh. Bunga kat Butterfly Farm Cameron Highlands lagi cantik jika dibandingkan di sini. Sepatutnya nama Taman Flora ... maka banyaklah bunga-bungaan yang segar dan cantik-cantik. Tapi apa yang ada hanyalah pokok-pokok renek, yang kebiasaan jumpa di kawasan biasa. Frust sungguh, uhh nasib baik tak berbayar!
Taman Flora Bukit Fraser
Sebab utama ke sini ialah disebabkan lokasi Taman Flora Bukit Fraser ni yang tidak begitu jauh dengan tempat penginapan biasa saya dan famili, iaitu di banglo Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser.
Taman Flora Bukit Fraser
Cuma satu je yang mungkin boleh dipertimbangkan kalau anda ke Taman Flora Bukit Fraser ini, iaitu anda boleh mendapatkan sayur-sayuran segar yang ada. Anda boleh beli di sini dengan harga yang berpatutan. Seandainya anda bermalam di Bukit Fraser, anda patut ke sini untuk mendapatkan bekalan sayur-sayuran untuk memasak (jika tinggal di penginapan seperti apartment atau banglo). Ia lebih baik dan berbaloi daripada anda terpaksa turun ke kaki Bukit Fraser mencari bahan mentah ini.

Strawberry Bukit Fraser

Jika kena musim, anda boleh dapatkan buah Strawberry segar yang ada ditanam di sini. Walaupun tak banyak seperti di Cameron Highlands, bolehlah juga dibeli dan dimakan semasa di situ. Boleh dijadikan pemanis - Ais Krim Strawberry. Tak bernasib baik, kehadiran saya dan keluarga ketika ini, tak ada buah strawberry yang boleh dirasa.

Pun begitu, tak banyak pilihan sayuran yang ada di sini. Jika bernasib baik, anda boleh dapatkan labu manis yang tumbuh secara menjalar. Buahnya agak besar, dan memang sedap kalau dibuat masak lemak mahupun sup sayur. Ada juga kobis, beetroot, ubi keledek, kentang dan carrot.

Ada beberapa spesies Periuk Kera dan Orkid Hutan boleh anda jumpa di Taman Flora Bukit Fraser, tak banyak tapi bolehlah ditunjukkan pada anak-anak sebagai salah satu pengetahuan... huhuhu.
Taman Flora Bukit Fraser
Oh ya, lokasi taman ini adalah bersebelahan dengan satu-satunya tasik yang ada di Fraser's Hill iaitu di Allan's Water. Anda pasti akan jumpa ... :)

Tidak terpilih sebagai lokasi atau tempat menarik di Bukit Fraser tapi jika dah sampai ke sini, elok jugalah anda singgah dan lihat sendiri.