Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Online Shopping di Nile.com.my Untuk Hadiah Harijadi

Pengalaman online shopping di Nile.com.my. Satu lagi pilihan untuk shopping secara online. Saya mungkin antara blogger yang lambat mencuba servis online shopping yang disediakan oleh Nile ini. Al maklumlah, saya bukannya seorang kaki fesyen memandangkan laman web tersebut banyak menyediakan produk berkaitan fesyen inspirasi dari Korea.

Namun begitu, sejak saya menerima habuan sebagai salah seorang pemenang dalam Giveaway yang dianjurkan oleh Nile, saya seperti ditarik-tarik untuk masuk ke laman web tersebut buat kali kedua. Kali pertama masuk adalah untuk redeem baucer kemenangan, dan kali kedua ini ... saya masuk untuk membeli seperti pengunjung lain.

Pengalaman Pertama Online Shopping di Nile.com.my

Pengalaman Online Shopping Nile.com.my
Seperti yang dijangka, saya berpuas hati dengan pengalaman online shopping di Nile. Ada beberapa aspek menarik yang disediakan oleh Nile yang menjadikan ia sebuah laman web yang menjadi antara pilihan untuk kaki shopping online.
  • 7 Days Return Guarantee
  • Free Delivery Above RM100
  • 24 Hours Cash Delivery

Cari Produk Fesyen Lelaki di Nile Untuk Hadiah Harijadi

Pada 23 Julai 2015, saya telah masuk ke laman web Nile buat kali kedua. Tujuan saya ialah untuk mendapatkan sebuah dompet baru sebagai menggantikan dompet hadiah kemenangan dengan baucer Nile tempoh hari yang telah saya hadiahkan kepada isteri. Katanya dompet panjang yang saya dapatkan dari Nile tak sesuai untuk lelaki macho bergaya seperti saya, jadi ... ini telah memberikan satu alasan kukuh untuk shopping online di Nile buat kali kedua .. hahaha...

Saya telah membeli beberapa produk berkaitan dengan lelaki. Tak banyak pun, adalah 3-4 barang yang semuanya dibeli dengan harga diskaun yang diberikan. Saya anggap pembelian dengan nilai lebih RM100 ini sebagai hadiah untuk diri sendiri yang akan menyambut hari lahir ke 3X pada bulan Ogos ... huhu.
Pengalaman Online Shopping Nile.com.my

Email Memberitahu Proses Pembelian

Wah, segalanya diproses pada hari yang sama! Apabila saya check-out dan membayar order menggunakan Maybank2u, saya menerima beberapa siri email yang merujuk kepada proses-proses yang sedang berlaku kepada pesanan pembelian saya.
  1. Email berkaitan proses order (order process) dari Nile.
  2. Email daripada FPX berkaitan pembayaran online - sistem digunakan oleh Nile untuk pembayaran secara online menggunakan online transfer.
  3. Email daripada Nile mengesahkan pembayaran telah diterima.
  4. Email daripada Nile memberitahu bahawa pesanan sedang diproses.
  5. Email daripada Nile memberitahu mengenai pesanan telah dihantar yang mengandungi nombor tracking penghantaran pesanan.
Pengalaman Online Shopping Nile.com.my

Terima Pesanan Pembelian Dalam 24 Jam

Dan alhamdulillah, semua pesanan saya diterima pada keesokkan harinya menerusi servis penghantaran GDex. Saya telah menggunakan servis oleh ExpressTrack.net untuk check secara online nombor tracking yang diberikan oleh Nile. ExpressTrack.net memberikan saya akses percuma untuk check nombor tracking pesanan menggunakan kurier untuk lebih 18 syarikat kurier yang ada di Malaysia. Ini antara servis check penghantaran kurier dan pos antara terbaik yang pernah saya gunakan.

Semua pesanan yang telah saya buat telah diterima dengan selamat dan dalam keadaan baik.
Pengalaman Online Shopping Nile.com.my
Pengalaman Online Shopping Nile.com.my

Kualiti Produk Dijual di Nile

Saya amat berpuas-hati dengan  kualiti produk yang telah dibeli dan diterima. Jadi secara amnya, saya boleh katakan produk-produk yang dijual di Nile adalah produk yang bagus walaupun anda terpaksa berkompromi sedikit dengan design, serta ukuran memandangkan ukuran terutama berkaitan pakaian adalah kurang sesaiz dengan saiz yang sepatutnya - almaklumlah tubuh orang Korea agak kecil berbanding dengan orang Malaysia.

Saya ada dapatkan sehelai skirt labuh untuk isteri saya menerusi baucer Nile sebelum ini, dan alhamdulillah, isteri saya sangat sukakannya. Katanya, skirt labuh tersebut lembut dan selesa. :)

Dompet yang saya beli dari Nile juga penuhi expectation saya. Memang bagus kualiti jahitan pada dompet tersebut - antara perkara penting kalau nak beli dompet baru.
Nah, saya dah ceritakan serba sedikit pengalaman peribadi beli-belah online shopping di Nile.com.my. Satu pengalaman yang baru beli belah produk yang kebanyakkannya dari Korea. Tetapi agak dukacita sedikit sebab tak banyak pilihan yang sesuai untuk diri saya sebagai lelaki Malaysia sejati .. hehehe ...  apa yang boleh dibeli pun setakat produk yang bukan melekap di badan ... mungkin pada orang lain ... tidak begini.

Selamat bershopping online di Nile.

Oh ya, berikut ada beberapa testimoni daripada beberapa rakan blogger yang pernah shopping online di Nile.com.my:



Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…