Langkau ke kandungan utama

Video Iklan Raya Aidilfitri 2015 Dari Telekom Malaysia

Video iklan raya Aidilfitri 2015 dari Telekom Malaysia (TM). Semakin hampir dengan 1 Syawal, maka semakin banyaklah munculnya iklan atau TVC raya Aidilfitri 2015. Ada yang sudah mula ditayangkan di TV, dan ada yang hanya menggunakan media sosial untuk memaparkan video iklan raya Aidilfitri ini.

Terbaru iklan raya Aidilfitri 2015 daripada TM. Iklan yang memaparkan konsep memberi, di mana memperlihatkan bagaimana seorang pakcik tua yang kerjanya memungutkan bahan-bahan terbuang dengan senang hati menyerahkan kesemua wangnya untuk membantu seorang gadis bernama Azura yang awalnya sangat lokek nak belanja berbuka puasa kawan-kawannya.
Video Iklan Raya Aidilfitri 2015 Dari Telekom Malaysia

Video Iklan Raya Aidilfitri 2015 Dari Telekom Malaysia

Tauladan yang sangat bagus dipaparkan menerusi video iklan raya Aidilfitri 2015 ini oleh TM. Walaupun begitu, saya berpendapat TVC kali ini dari TM agak hambar walaupun menampilkan seorang gadis yang sangat comel pada penglihatan saya .. huhuhu..

Dan dek kerana kecomelan gadis tersebut, saya kongsikan kepada anda video iklan raya 2015 yang telah dikongsikan menerusi laman TM YouTube sejak 6 Julai 2015. Mungkin ada sesuatu yang lebih yang boleh anda dapat dari melihat apa yang telah saya lihat, in Sha Allah.


Jadi, macamana? Ada sebarang komen?

Mungkin boleh dibandingkan dengan iklan Raya Aidilfitri 2014 daripada TM yang lebih mengesankan berjudul Adik. TVC Raya 2014 daripada TM rasanya lebih syok dan lebih best ... ye tak?



Komen

  1. Sekarang ni memang syiok layan iklan2 macam ni. Banyak nasihat dan pengajaran yang ditunjukkan dalamnya.

    BalasPadam
  2. Saya tak jumpa lagi iklan raya... hahaha, udah jarang tengok tv sbb kejenyer asik masak aje kat umah pas balik ofis...

    BalasPadam
  3. alahai... seronok plak tgk video adik tu... yang 2015 tu, memang terkesan la pada yang kedek sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha .. siapa kedekut .. beringat2lah ye untuk sedekah time bulan Ramadan ni .. huhu

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…