Langkau ke kandungan utama

Jadual Perjalanan Terkini Tren Intercity dan ETS KTM Mulai 10 Oktober

Jadual terkini tren Intercity dan ETS KTM mulai 10 Oktober 2015. Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap servis tren Intercity, komuter sektor utara, komputer sektor selatan dan ETS terbaru, KTM Berhad telah menstrukturkan semula jadual perjalanan tren Intercity JB Sentral-Butterworth, JB Sentral-Hatyai, JB Sentral-Ipoh, dan JB Sentral-Gua Musang.

KTM juga telah menstrukturkan semula masa dan waktu perjalanan bagi ETS KTM untuk semua perjalanan ETS Padang Besar-Gemas, ETS Gemas-Butterworth, ETS Gold/Silver Kl Sentral-Ipoh, dan juga ETS Padang Besar-Butterworth.

Jadual Terkini Tren Intercity dan ETS KTM Mulai 10 Oktober 2015


Jadual Perjalanan Terkini Tren KTM Intercity

Jadual Terkini Tren Intercity Mulai 10 Oktober 2015

Jadual Perjalanan Terkini Tren ETS KTM

Jadual Terkini Tren ETS KTM mulai 10 Oktober 2015

Jika anda perasan, ada enam perkhidmatan ETS baru yang diperkenalkan, iaitu:
  1. ETS Gemas-Padang Besar-Gemas (2 perjalanan)
  2. ETS Gemas-Butterworth-Gemas (2 perjalanan)
  3. ETS Butterworth-Padang Besar (2 perjalanan)

Saya suka nak update mengenai jadual terkini tren Intercity dan ETS KTM ini kerana isteri saya merupakan pengguna setia perkhidmatan KTM, malah isteri saya dah siap booking tiket untuk sebulan perjalanan pergi-balik dari Parit Buntar ke KL Sentral, samada menaiki tren Intercity KTM mahupun tren terbaru ETS Utara.

Jadual Perjalanan KTM Intercity Arah Utara

Jadual Perjalanan KTM Intercity Arah Utara Oktober 2015
Saya memang telah maklum mengenai perubahan waktu dan jadual perjalanan tren Intercity dan ETS yang berkuat-kuasa 10 Oktober sejak seminggu yang lalu, cuma belum benar confirm sahaja untuk dikongsikan di blog saya ini.

[Update] Jadual Terkini Tren ETS Januari 2016

KTM juga memperkenalkan satu lagi perkhidmatan KTM terbaru iaitu Ekspress Peninsular. Ia telah mula beroperasi sejak 1 September 2015. Ekspress Peninsular melibatkan destinasi terus dari JB Sentral ke Hatyai.

[Baca] Kadar Tambang ETS Gemas - Butterworth - Padang Besar 

Nanti, saya akan update mengenai kadar tambang tren Intercity dan ETS KTM ini menerusi post yang lain, atau anda boleh muat turun brosur yang disediakan di pautan berikut - Jadual Tren Intercity KTM 10 Oktober

Semoga dimanfaatkan.


Dah baca post berikut:

advertisement


Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…