ETS Kuala Lumpur - Padang Besar Bermula 10 Julai 2015

Alhamdulillah. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya perkhidmatan ETS (Electric Tren System) akan memulakan servis mulai 10 Julai 2015. Satu servis terbaru dari KTM yang saya dan keluarga tunggu sekian lama, mana tidaknya .. asyik melihat tren ETS melalui kawasan perumahan kami, tapi tak pasti bila ia bermula.

Dengan adanya servis ini, maka in Sha Allah, akan memudahkan saya dan keluarga untuk pulang ke kampung dengan bajet lebih baik, selain bertemu adik beradik yang tinggal di Kuala Lumpur. Untuk info, saya tinggal di Nibong Tebal, dan sering ambil perkhidmatan KTM dari Parit Buntar untuk ke Kuala Lumpur. Kalau anda selalu baca blog saya, tentu pernah lihat beberapa perkongsian saya mengenai perjalanan menaiki tren Senandung Langkawi dan Ekpress Rakyat untuk hadiri event dan review membabitkan blogger.
ETS Kuala Lumpur - Padang Besar Bermula 10 Julai 2015

ETS Kuala Lumpur - Padang Besar Bermula 10 Julai 2015

Anak saya sering tanya saya .. "Abah, bila keretapi letrik tu boleh naik, asyik nampak dia lalu je .."

Jadi, mungkin dalam minggu terdekat ini, bolehlah saya bawa anak-anak menaiki tren ETS ini.

Difahamkan jadual perjalanan tren ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar adalah sebanyak 2 kali sehari, iaitu dari KL ke Padang Besar, dan dari Padang Besar ke KL.
ETS Kuala Lumpur - Padang Besar
ETS Kuala Lumpur - Padang Besar Bermula 10 Julai 2015
ETS Kuala Lumpur - Padang Besar
Keretapi laju elektrik yang baru ini dilaporkan hanya mengambil masa selama 4 jam 45 minit sahaja untuk sampai ke Padang Besar dari Kuala Lumpur. Dan paling menariknya ialah, ia akan berhenti di setiap stesen untuk mengambil penumpang.

Tren ETS ini mempunyai enam gerabak dan boleh memuatkan sehingga 300 penumpang dalam satu-satu masa perjalanan.

Yeah .. excited ni ..  anak-anak saya pasti teruja punya. Nanti mudahlah nak travel dari utara ke selatan dengan ETS ini walaupun ia hanya berakhir di Kuala Lumpur.

Tren Khas Aidilfitri KL Sentral ke Padang Besar
Untuk jadual perjalanan dan kadar tambang - Harga Tiket dan Jadual Perjalanan Tren ETS Ekspres KL-Padang Besar

0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.