Langkau ke kandungan utama

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

5 sebab akaun Facebook boleh disekat. Adakah anda tahu bahawa akaun laman sosial Facebook anda boleh disekat atau dengan kata lain dikenakan tindakan 'Disabled'? Ramai yang tidak tahu bahawa pihak Facebook boleh menyekat anda untuk login ke akaun laman sosial yang anda cipta sendiri. Ada 5 sebab mengapa dan kenapa akaun Facebook anda boleh kena sekat.

Saya pasti ramai rakan blogger yang mempunyai akaun laman sosial popular Facebook ini. Menerusi Facebook, seorang blogger boleh mencipta page tersendiri untuk blognya, malah boleh mewujudkan group follower sendiri di situ. Seorang blogger boleh meningkatkan pengaruh blognya dengan mudah menerusi Facebook, asalkan digunakan dengan cara berkesan dan terbaik.
5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Saya sendiri menggunakan Facebook untuk menyalurkan ilmu berkaitan tips blogging dan panduan blogger, khas dan khusus untuk blogger baru. Saya ada beberapa page Facebook, dan saya ada beberapa group tersendiri di Facebook. Setiapnya ada fungsi berbeza.

Namun begitu, harus sentiasa waspada apabila mempunyai banyak Facebook page dan group ini. Tersilap langkah, akaun peribadi Facebook anda boleh terkena tempias, dan disekat oleh pihak administrator Facebook.

Ketahui 5 Perkara Yang Boleh Membuatkan Akaun FB Personal Disekat

Berikut adalah 5 sebab akaun Facebook boleh kena sekat. Dan sekatan ini samada bersifat sementara atau kekal. Apabila akaun anda dikenakan tindakan ini, anda akan nampak satu mesej 'Account Disabled' dipaparkan ketika mahu login. Jika tiada mesej 'Account Disable', tetapi anda tidak boleh login, kemungkinan besar anda ada isu mengenai cara untuk login - termasuklah dari lokasi mana anda cuba login akaun Facebook anda itu.

  1. Secara terus-terusan melakukan tindakan yang dilarang setelah menerima nota amaran dari Facebook. Tindakan ini termasuklah LIKE sesuatu secara bertalu-talu. Tag rakan-rakan pada sesuatu post secara melulu.
  2. Menambah atau membenarkan rakan Facebook ditambah dengan tujuan untuk pengiklanan, gangguan, dating, atau perkara-perkata lain yang tidak sepatutnya.
  3. Menggunakan nama palsu.
  4. Mengambil identiti orang lain atau menyamar.
  5. Kongsikan sesuatu yang langgar terma dalam Facebook.
5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat
Namun begitu, seandainya anda merasakan tindakan Facebook menyekat anda untuk akses adalah satu kesilapan, anda boleh membuat rayuan atau permohonan untuk dikembalikan akaun anda.

Rayuan tersebut boleh dilakukan menerusi pautan ini - https://www.facebook.com/help/contact

Untuk makluman, pihak Facebook tidak akan memaklumkan anda mengenai sebarang sekatan akaun kepada anda. Anda hanya akan ketahui apabila mahu login ke Facebook.

Rayuan pula hanya akan diterima sekiranya kesalahan-kesalahan yang dilakukan dianggap boleh dimaafkan atau tidak terlalu serius. Jika terlalu banyak perlanggaran terma dilakukan, pihak Facebook mungkin tidak menerima permohonan rayuan anda, dan akaun Facebook anda akan hilang buat selama-lamanya.

Jika itu berlaku, tiada jalan lain. Anda perlu buat satu akaun baru dengan alamat email yang baru.

Semoga bermanfaat.

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …