Dapat Peluang Belajar dan Main Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015

Uhh .. seronok betul anak-anak saya apabila dapat peluang belajar dan main inline skate. Sebenarnya memang dah lama anak-anak saya mengidam nak main inline skate ini, apatah lagi di tempat saya ni iaitu Parit Buntar ada kawasan bermain inline skate yang disediakan di Mydin. Dari melihat orang bermain, tiga-tiga anak saya dah pasang niat nak belajar dan main inline skate.

Doa mereka, Allah S.W.T makbulkan. Alhamdulillah, semasa saya berkunjung ke Festival Belia Putrajaya 2015 baru-baru ini, peluang tersebut akhirnya diperoleh.

Seronok bila dapat tahu ada sewaan inline skate disediakan di tapak festival ini. Dan paling best, ada instruktor yang tolong ajar buat mereka yang baru nak bermain inline skate. Anak-anak saya yang pertama kali bermain memang terujalah nak mencuba dan merasai keseronokkan bermain.

Dapat Peluang Belajar dan Main Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015

Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015
Saya dan isteri sewalah tiga kasut inline skate ini - RM10 sejam. Ada juga untuk orang dewasa tetapi saya dan isteri rasa malas nak mencuba .. takut-takut nanti jadi perhatian ramai .. haha.

Hoho .. awal-awal anak saya berdiri dengan inline skate memang tak stabil. Nampak kaki masing-masing gigil je. Tapi dengan bantuan instructor yang ada, sikit demi sedikit anak-anak saya, iaitu Amri, Zikri dan Maira berjaya juga berdiri dan mengesot perlahan dengan inline skate.

Tips Main Inline Skate Untuk Newbie

Ada cara nak main buat newbie.
  • Berdiri dengan bengkokkan kaki.
  • Stabilkan dan imbang badan dengan kaki berdiri bentuk V.
  • Luncur dengan angkat sebelah kaki dan tolak ke belakang.

Dengan panduan diberikan oleh instructor, akhirnya dapat jugalah anak-anak saya meluncur dengan inline skate, walaupun tidak selancar orang lain.
Inline Skate di Festival Belia Putrajaya 2015
Cukup masa. Anak-anak saya dah mula pasang akal ...

"Abah, nak beli kasut roda ni .. kat Taiping kan ada jual .. "

Nak belajar kata mereka. :)

Hmm .. berbaloi juga saya dan isteri bawa anak-anak ke Festival Belia Putrajaya 2015 ni ... dapatlah anak-anak saya pengalaman baru dan skill baru.

Dan kalau anda semua nak tahu, anak-anak saya dah pun punyai sepasang kasut inline skate ini - dibeli semasa kami singgah di Taiping. Harga kami beli - RM100 sepasang. :) Murah? Sekarang .. kemana-mana nak pegi, akan bawa kasut inline skate ini. Uhhh ..

{ 10 comments.. read them below or add one }

Murni Mohd Yusof Murni Mohd Yusof June 06, 2015
wah bestnye klu dpt main inline skate ni
reezluv reezluv June 06, 2015
aku yang besar ni pun minat nak main,tapi tak beli beli lagi skate nya.ahaha
zulhilmitempoyak zulhilmitempoyak June 06, 2015
rindu lak nak main benda ni sejak badan dah naik ni. :P
Kak Yatiadam Kak Yatiadam June 06, 2015
wah..mewsti best ni.. anak2 mesti seronok kan..
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 08, 2015
Saya sendiri pun dah rasa teruja nak dapatkan sebiji :)
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN June 08, 2015
Wife saya kata main benda ni leh jadi kurus .. :)
Unknown Unknown March 27, 2016
boleh tahu,dekat taiping,dekat area mana ya ada jual kasut roda ni, dan kalau boleh bagitahu nama kedai sekali?
Hasrul Hassan Hasrul Hassan March 27, 2016
Saya tak ingat nama kedai ni.. tapi ianya terletak betul2 di simpang masuk untuk ke pasar di pekan Taiping.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.